Haziq Rosebi

(Dilencongkan dari Haziq)

Hazwan Haziq bin Rosebi atau lebih dikenali sebagai Haziq (lahir 7 Januari 1988) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kluang, Johor.

Hazwan Haziq bin Rosebi
Nama asalHazwan Haziq bin Rosebi
Nama lahirHazwan Haziq bin Rosebi
Juga dikenali sebagai
Haziq
Kelahiran (1988-01-07) 7 Januari 1988 (umur 33)
Kluang, Johor
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Rosmayati Sidik

Penyanyi kegemarannya ialah Jamal Abdillah, Ahmad Jais, dan Mawi AF3. Pelakon kegemarannya pula ialah Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramli, Rosyam Nor, Fasha Sandha, Maya Karin, Azean Irdawaty, dan Nasha Aziz.

Maklumat lainSunting

Makanan Kegemaran : Mee goreng mamak
Minuman Kegemaran : Milo
Filem Kegemaran : Baik Punya Cilok
Lagu Kegemaran : Bunga Tanjung
Hobi : Bersukan, menyanyi, dan bermain PS2
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 179 cm
Berat : 60 kg
Bangsa : Melayu
Umur : 18 tahun

Penglibatan dalam Akademi FantasiaSunting

Haziq diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju ke peringkat akhir untuk musim kali ini bersama Faizal, Farhan, dan Velvet serta Lotter yang diserap masuk pada minggu ke-9. Pada 5 Ogos 2006, beliau memenangi tempat keempat dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Beliau dikatakan mempunyai perasaan cinta dengan Leez, peserta yang terkeluar pada Konsert Prelude. Semua itu dipaparkan di kaca televisyen ketika rancangan Diari Akademi Fantasia sepanjang minggu ketika Leez diserap masuk ke dalam Akademi sebagai "pelajar tumpang" buat masa seminggu.

Lagu-lagu di Akademi FantasiaSunting

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Prelude : Umpan Jinak Di Air Tenang - nyanyian asal oleh Ahmad Jais
  • Konsert Pertama : Tidurlah Wahai Permaisuri - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : Kian - nyanyian asal oleh Mawi
  • Konsert Ketiga : Cinta Nusantara - nyanyian asal oleh Sheqal
  • Konsert Keempat : Buat Sang Puteri - nyanyian asal oleh Kumpulan Spider
  • Konsert Kelima : Juwita Citra Terindah - nyanyian asal oleh M. Nasir
  • Konsert Keenam : Seruan - nyanyian asal oleh Kumpulan Lefthanded
  • Konsert Ketujuh : Tak Seindah Wajah - nyanyian asal oleh Tan Sri SM Salim
  • Konsert Kelapan : I Need To Know - nyanyian asal oleh Marc Anthony
  • Konsert Akhir : Cubit-Cubit - nyanyian asal oleh Datuk M.Daud Kilau
  • Konsert Akhir : Gurindam Anak Muda - ciptaan dan lirik oleh Ramli Sarip

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album kompilasi AFSunting

  • Best of Haziq (2006)

SingleSunting

  • Gurindam Anak Muda
  • Zapin Suri
  • Joget Hantaran Kasih
  • Joget Cinta Sakti (duet Rosma Sidik)

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting