Shahrin Salehuddin (lahir; 1965 di Pahang) atau lebih dikenali sebagai Sheqal adalah seorang penyanyi asal Malaysia yang cukup popular di era 1990an dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional.

Sheqal
Kelahiran
Shahrin Salehuddin

1965 (umur 58–59)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1990an
PasanganRaja Ema (1993–1999)
Normah Mohd Yusof
Anak-anak4

Beliau mengecap populariti menerusi lagu-lagu seperti Zapin Rindu-rinduan, Cinta Nusantara dan Ratib Orang Lautan malah pernah dicalonkan dalam acara muzik nasional seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Manan Ngah di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, To'ki, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin.

Beliau kini bergiat aktif sebagai usahawan dan pakar motivasi[1] dan tidak bercadang untuk kembali ke industri muzik selepas album terakhirnya pada 1998 [2].

Diskografi sunting

Album sunting

  • Balada Nusantara (1990)
  • Pudar Yang Tersirat Pasrah (1991)
  • Cahaya (1994)
  • Lambaian (1998)

Single sunting

  • "Kasih Tak Terhurai"
  • "Cinta Nusantara"
  • "Zapin Rindu-rinduan"
  • "Pasrah"
  • "Seloka Anak Cucu"
  • "Pudar"
  • "Penawar Rindu"
  • "Ratib Orang Lautan"
  • "Itu Ini"
  • "Wira Dewa Cinta"
  • "Fikir"
  • "Cahaya Di Atas Cahaya"
  • "Sepohon Tapi Tak Serasa"
  • "Mimpi Cahaya"
  • "Kejadian"

Pencapaian sunting

Peribadi sunting

Beliau pernah menikahi aktres dan penyanyi popular Raja Ema pada 2 Mei 1993 namun bercerai pada tahun 1999 [3]. Sepanjang menjalin hubungan ketika sama-sama popular, Sheqal bertindak berahsia mengenai perkara peribadi hinggalah perkahwinan mereka mengejutkan industri. Mereka memperoleh dua orang anak iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Setelah itu dia mengahwini Normah Mohd Yusof dan dikurniakan dua cahayamata iaitu Mohammad Fathullah dan Ummu Hani.

Rujukan sunting