Spider (kumpulan muzik)

(Dilencongkan dari Kumpulan Spider)

Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia. Mereka membawa lagu-lagu Pop Rock yang mempunyai pengaruh ska. Ditubuhkan pada tahun 1996, Spider pada asalnya terdiri daripada 4 orang anak muda dari Johor iaitu Tam, Nafie, Tony dan Yem. Bakat mereka diasah oleh komposer terkenal Sifu M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Spider
Berasal dariJohor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock
Punk rock
Ska
Tahun aktif1998-kini
Syarikat rakaman
Luncai Emas
AhliTam - vokal & gitar kedua
Nafie - gitar utama
Aie - dram
Is - bass
Bekas ahliTony - bass
Yem - dram
Zul - vokal

SejarahSunting

Kumpulan Spider telah ditubuhkan pada tahun 1996 di Johor Bahru, Johor. Pada asalnya, kumpulan ini mempunyai lima orang anggota di mana semua anggotanya berasal dari negeri Johor iaitu Zul (vokal), Tam (gitar kedua), Nafie (gitar utama), Tony (bass) dan Yem (dram). Ketika mereka tinggal di Johor Bahru, mereka sering bermain muzik di studio kenalan mereka di Taman Johor Jaya.

Pada tahun 1998, mereka pergi ke Kuala Lumpur untuk merasai pengalaman bermain muzik di studio rakaman yang lebih baik. Pada waktu itu, mereka hanya pergi secara suka-suka sahaja dan tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk menjadi artis rakaman. Ketika berada di sana, mereka telah singgah di studio rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd. yang juga studio milik M. Nasir. Mereka kemudiannya bermain muzik sambil merakamkan lagu di dalam tape mereka sebagai kenangan sebelum pulang ke Johor.

Setelah siap merakamkan lagu yang dimainkan mereka di studio, M. Nasir yang ketika itu datang ke studio telah meminta pekerjanya memasang tape untuk mendengar lagu-lagu yang telah dimainkan oleh mereka. Secara tidak sengaja pekerjanya terlupa untuk menghentikan tape tersebut dan M. Nasir terdengar suara penyanyi yang berbeza pada lagu terakhir yang mereka rakamkan. Secara spontan beliau bertanya kepada mereka siapa yang menyanyi lagu tersebut. Tam yang ketika itu berasa gementar menjawab bahawa sebenarnya dia yang menyanyikan lagu tersebut. Pada masa itulah M. Nasir menyatakan bahawa kumpulan ini boleh menjadi artis rakamannya jika Tam yang menjadi vokalis. Ini menyebabkan Tam berasa serba salah dan hendak berundur dari kumpulan tersebut kerana tidak mahu menghampakan Zul. Setelah pebincangan diadakan antara mereka berlima, Zul telah mengambil keputusan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada Tam untuk menjadi vokalis memandangkan Spider mempunyai potensi yang tinggi untuk menyinar dalam industri muzik tempatan. Maka bermulalah karier kumpulan Spider sebagai artis rakaman.

Pada tahun yang sama, mereka telah menghasilkan album studio pertama yang berjudul Ngam Ho di bawah label Life Records. Album ini telah memperkenalkan nama mereka dalam industri muzik tanah air dengan lagu hitnya, Mungkinkah Terjadi. Namun di kala mereka menempa nama dalam industri, pemain dramnya, Yem telah mengundurkan diri menyebabkan kumpulan ini tinggal tiga anggota sahaja.

Pada tahun 2002, Spider telah menghasilkan album studio kedua yang diberi judul Aladin dengan keahlian Spider masih kekal tiga orang. Kali ini, album mereka diterbitkan di bawa label Luncai Emas dan diedarkan oleh NAR Records. Dalam album ini, mereka mengambil beberapa pemuzik undangan di posisi dram, kecuali lagu berhantu mereka Aladin di mana pemain bass Spider, Tony yang bermain dram untuk lagu tersebut. Album ini telah meletup di pasaran dengan jualan melebihi 60,000 unit. Selain Aladin, lagu hit lain dalam album tersebut ialah Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin. Populariti Spider yang meningkat naik pada waktu itu mendorong kepada penghasilan filem Gosok dan Gosok 2 oleh syarikat rakaman Music Valley Sdn. Bhd.

Pada tahun 2004, album studio ketiga berjudul Nazraku telah dikeluarkan. Dalam album ini, Spider kembali berempat dengan kemasukan pemain dram baharu, Azhri Nasir atau Aie yang juga adik kepada gitaris utama kumpulan Exists, Azhrul Nasir atau lebih dikenali sebagai Along. Album ini turut meletup dengan lagu-lagu hit seperti Nazraku, Cinta Dewa Dewi dan Relaku Pujuk. Album ini telah membawa tuah kepada mereka apabila memenangi anugerah Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 12. Tidak cukup dengan itu, Spider juga menggondol dua anugerah di Anugerah Juara Lagu 2004 sebagai Juara Kategori Pop Rock, sekaligus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan menerusi lagu Relaku Pujuk.

Pada tahun 2007, Spider telah menerbitkan album studio keempat yang berjudul Bintang 12. Album ini telah mendapat sambutan ramai selain mendapat pujian pihak media kerana kreativiti mereka menerusi lagu hit Mabuk, Salut, Anti Graviti dan Bila Nak Saksi. Album ini juga telah dicalonkan menerusi kategori Album Rock Terbaik di AIM 15.

Pada tahun 2012, pemain bass Spider, Tony telah mengambil keputusan untuk keluar setelah mengambil kira faktor keupayaannya yang semakin berkurangan ketika bermain di atas pentas. Tempat Tony kemudiannya digantikan oleh bekas anggota Kumpulan Bau, Is yang sudah lama mengenali anggota-anggota Spider termasuk Tony. Biarpun Tony bukan lagi anggota Spider, Tony tetap menyokong perjuangan Spider dan seringkali membuat kerja di belakang tabir bersama anggota Spider.

Dengan kemasukan Is sebagai pemain bass Spider yang baharu, mereka telah menghasilkan album studio yang berjudul Ankabut pada tahun 2016.

Ahli-AhliSunting

Spider 1996-1998 :

  1. Zul - vokal
  2. Tam - gitar kedua
  3. Nafie - gitar utama
  4. Tony - bass
  5. Yem - dram


Spider 1998-1999 :

  1. Tam - vokal & gitar kedua
  2. Nafie - gitar utama
  3. Tony - bass
  4. Yem - dram


Spider 2000-2002 :

  1. Tam - vokal & gitar kedua
  2. Nafie - gitar utama
  3. Tony - bass


Spider 2003-2012 :

  1. Tam - vokal & gitar kedua
  2. Nafie - gitar utama
  3. Tony - bass
  4. Aie - dram


Spider 2012-kini :

  1. Tam - vokal & gitar kedua
  2. Nafie - gitar utama
  3. Aie - dram
  4. Is - bass (dari kumpulan Bau)

DiskografiSunting

Album StudioSunting

Album LangsungSunting

Album KompilasiSunting

SingleSunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1999 "Mungkinkah Terjadi" 8 Ngam Ho
"Ngam Ho" 9 10 14
"Tak Esok Lusa"
"Crying In The Rain" (versi Bahasa Inggeris)
14 5 10
2002 "Aladin" 1 1 1 1 Aladin
"Kasih Latifah" 1 1 7 1
"Laukku Cukup Masin" 1 1 2
"Kau Saja" 2 3
2003 "Kekal" 7 4
"Mentera Semerah Padi"
duet bersama M. Nasir
4 2 Sifu
2004 "Kacap Terlabik" Nazraku
"Relaku Pujuk" 1 1 1 1
"Nazraku" 3 1
"Cinta Dewa Dewi" 1 3 14 1
"Buat Sang Puteri" 12
2005 "Jangan Kau Berputus Asa" 2 5
"Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Anita Sarawak, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor,
Siti Sarah, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob,
kumpulan Rabbani,Alleycats, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa
Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood,Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz,
Def Gab C, Phynne Ballerz,Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va,
dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Dunia Batinku"
duet bersama Ella
5 4 1 Best of Ella
2006 "Sesat Dalam Gelita" 1 1 3 Sarang Hits
"Telinga Ke Tulang" 1 1 3 OST Cicakman
2007 "Mabuk" 7 2 2 Bintang 12
"Salut" 8
"Bila Nak Saksi" 2 4 1
2008 "Anti Graviti"
2010 "Kita Satu" 8 4 Kitasatu
2011 "Bukan Salah Aku" 20
"Tapi Bagaimana" 1 1 1

Anugerah & pencalonanSunting

Lagu Rock Pilihan- Anugerah Era 2002 (Aladin)

Artis Berkumpulan Popular- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002

Finalis Separuh Akhir Muzik Muzik 2002-Kategori: Pop Rock (Lagu: Aladin)

Album Pop Rock Terbaik- AIM 2003

Finalis Band Pilihan-Anugerah Era 2003

Finalis Lagu Rock Pilihan-Anugerah Era 2003 (Kau Saja)

Band Pilihan-Anugerah Era 2004

Lagu Rock Pilihan- Anugerah Era 2004

Juara Kategori (Pop Rock)-Anugerah Juara Lagu 2004

Juara Keseluruhan (Lagu:Relaku Pujuk)- Anugerah Juara Lagu 2004

Artis Duo/Kumpulan Popular-Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004

Album Pop Rock Terbaik-AIM 2005

Album Terbaik-AIM 2005

Kumpulan Paling Popular-APM 2005

Pautan luarSunting