Anugerah Era 2002 adalah majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan oleh Astro menerusi Era FM pada 28 September 2002. Ia mengiktiraf karyawan seni muzik Malaysia dan negara tetangga. Pemenang dipilih melalui borang undian sah, laman web dan sistem pesanan ringkas.

Terdahulu pada jam 5.00 Petang di Times Square, First World Hotel, Genting Highlands telah berlangsung Showcase Pra-Anugerah Era yang disaksikan oleh 1,000 pengunjung dan peminat radio swasta itu. Selain berhibur, deejay Era turut bermesra dengan penonton sambil memberi pelbagai hadiah menarik seperti beg, baju T dan tiket menyaksikan Anugerah Era. Selain Showcase, Radio Era turut menjual barangan cenderamata dengan harga paling murah bertujuan memberi peluang kepada orang ramai memiliki barangan tersebut.

Konsep anugerah yang bermula dengan watak Ali Baba dan 11 Penyamun (sebenar 40 penyamun) yang mengetengahkan penyampai Era sebagai watak impose bersama pelakon sebenar seperti Normadiah, Tan Sri P. Ramlee, S. Shamsuddin dan lain-lain agak unik dan memikat. Ramai penonton kelihatan kagum dan ada juga yang memuji kelainan tersebut berbanding konsep anugerah lain di negara ini. Malah penyediaan pentas yang kemas serta kesan khas menarik setiap kali artis membuat persembahan dilihat sebagai kematangan anugerah tersebut yang masuk tahun kedua. Sokongan feratik yang cukup bersemangat juga menjadi sebab utama kemeriahan terus dirasai hingga kepenghujung rancangan[1].

Bagaimanapun, dalam kegembiraan penyampaian anugerah, tidak dilupai oleh Era ialah insan seni yang sudah tiada. Mereka ialah artis yang pernah menyertai anugerah tersebut pada tahun 2001 yang lalu seperti Allahyarham Azahari (Raihan), Ahmad Daud, Datin Rafeah Buang dan beberapa pemuzik terkenal.

PersembahanSunting

Calon dan pemenangSunting

Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal. «»

Anugerah Carta ERASunting

Anugerah Emas ERASunting

Anugerah Panggung ERASunting

Vokal Lelaki PilihanSunting

Vokal Wanita PilihanSunting

Vokal Duo/Kumpulan PilihanSunting

Artis Harapan PilihanSunting

Artis Inggeris Tempatan PilihanSunting

  • Flop Poppy
  • Innuendo
  • Juliana Banos
  • Naked Breed
  • Too Phat

Lagu Pop PilihanSunting

  • Dua Insan - Ezad Lazim & Iva Virginia
  • Izinkanlah - QFace

Lagu Etnik PilihanSunting

Lagu Rock PilihanSunting

Lagu Nasyid PilihanSunting

Video Muzik PilihanSunting

RujukanSunting