M. Daud Kilau

Penyanyi veteran lelaki Malaysia

Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih dikenali sebagai Datuk M. Daud Kilau merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak beliau merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.


M. Daud Kilau
MDaudKilau.jpg
Piring hitam Datuk M Daud Kilau bagi lagu Cubit-cubit Sayang.
Kelahiran
Muhammad Daud Bin Kilau

(1938-07-10) 10 Julai 1938 (umur 84)
Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak, Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1968–2019
Pasangan
  • Asmah Md. Noor
  • Datin Rohani Awang Ngah
Anak-anak1
Saudaraanak bongsu daripada 10 beradik

Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.

Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.

DiskografiSunting

AlbumSunting

  • Anak Yang Pertama (1972)
  • Ratapan Si Anak Tiri (1974)
  • Kau Pergi Tanpa Pesan (1974)
  • Bujang Bertemu Janda - bersama S.A Ayesha (1975)
  • Hutang Minta Hutang (1977)
  • Sireh Pinang (1978)
  • Lagu Lagu Melayu Asli (1978)[1]
  • Cubit Cubit Sayang (1978)
  • Minah Utara (1979)
  • Cek Mek Molek (1979)
  • Seleksi Emas Dangdut A. Ramlie - M Daud Kilau
  • Koleksi Kenangan Abadi P. Ramlee (1980)
  • Anak Derhaka (1980)
  • Apa Akan Terjadi (1981)
  • Sirih Pinang Ku Beri (1982)
  • M. Daud Kilau '84 (1984)
  • Disko Dangdut (1984)
  • Jawapannya Begitu (1985)
  • Rock N Roll Aliff Ba Ta (1987)
  • Biar Papa Asal Bergaya (1991)
  • Dato' M Daud Kilau (1991)
  • Zapin Panglima (1993)
  • Firasat (1994)
  • Koleksi Klasik (1997)
  • Gila Judi (1997)
  • Pening - duet dengan Ezlynn (2003)
  • Anak Seni (2001)
  • Senandung Melayu - duet bersama Syura (2002)
 
Kulit piring hitam Datuk Muhammad Daud Bin Kilau dengan lagu Diam-Diam Berisi/Malang Berpisah Selalu/Aku Dipenjara/Pengorbanan.
 
Album Cubit-cubit Sayang.

Anugerah dan pencapaianSunting

  • Johan Bintang Radio 1968
  • Penyanyi Lelaki Popular Papita 1979
  • Johan Pesta Dendang Rakyat 1985 (Nyanyian Asli)
  • Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) - 1991

FilemogafiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Man Laksa Dirinya sendiri Penampilan khas

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Dirinya sendiri TV3 Episod: "Bestday Mak Ngah"

RujukanSunting

Pautan luarSunting