Sarimah Ibrahim
Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Sarimah Ibrahim, (lahir 19 Februari 1979)[1] merupakan seorang pengacara televisyen, juruhebah radio, bekas penyanyi serta pelakon berkacukan Melayu-Irish.[2]
Kehidupan awalSunting
Che Puan Sarimah Ibrahim telah dilahirkan di Dublin, Ireland. Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan juga Wesley College, Dublin dimana beliau menerima kelayakan O-Levels.[3] Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah memperoleh Advanced Diploma in Psychology dari College of Applied Arts di Singapura dan Bachelor's Degree of Psychology dari HELP University di Malaysia.[4]
Beliau fasih bertutur dalam tiga bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Perancis. Beliau merupakan anak sulung dari empat adik beradik.[5]
Pada tahun 2009, beliau telah dipilih untuk menjadi pengacara bagi program The Biggest Loser Asia Musim 1 yang telah disiarkan di Astro Hallmark Channel Asia.[6] Beliau juga merupakan juruhebah radio bagi stesen radio Era FM, Red FM, dan juga Mix FM.[7]
Kehidupan peribadiSunting
Che Puan Sarimah Ibrahim pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah (Andrew John Browning) pada 13 Mei 2006. Walakin begitu, perkahwinan mereka hanya berkekalan selama tiga tahun apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Mei 2009.[8][9]
Pada 2 April 2015, beliau telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Mereka telah bertunang pada 27 September 2014. Mereka telah mengadakan majlis perkahwinan tertutup yang telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh kerabat keluarga terdekat sahaja.[10] Setelah perkahwinannya bersama Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie, beliau telah dianugerahkan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri kerabat diraja yang tiada darah diraja.[11][12]
Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tunku Sofia Najihah. Cahaya mata pertama mereka telah dilahirkan pada 19 Julai 2019.[13]
DiskografiSunting
- Sarimah (2001)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1998 | Puteri Impian 2 | Lisa | |
2000 | Mimpi Moon | Lin | |
2003 | Janji Diana | Sabrina | |
MX3 | Marisa | Pelakon undangan | |
2005 | GK3 The Movie | Inspektor Farah | |
2014 | Apokalips X | Zara | Penampilan khas |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996 | The Attic Show | Pengacara | TV2 |
1998 | ”Disney Buzz” | Penyampai | The Disney Channel |
1999 | The RIM Chart Show | Pengacara (Hos) | NTV7 |
1999–2001 | KIDS@NTV7 | Pengacara | |
2000 | The Oreo Zone | Pengacara | TV3 |
2001 | Malaysia 2020 | Pengacara (Hos) | TV2 |
2003 | Anugerah Juara Lagu 18 | Pengacara (Hos) | TV3 |
2004 | Anugerah Juara Lagu 19 | Pengacara (Hos) | |
2006 | Galaksi | Pengacara (Hos) | TV9 |
2007 | IKON | Pengacara (Hos) | |
2008 | Diari Akademi Fantasia | Pengacara (Hos) | Astro Ria |
Radar AF7 | Pengacara (Hos) | ||
2009 | Diari Akademi Fantasia | Pengacara (Hos) | |
Tirai Akademi Fantasia 7 | Pengacara (Hos) | ||
Tangkap Muat | Pengacara (Hos) | ||
The Biggest Loser Asia | Pengacara (Hos) | Hallmark Channel Asia | |
2010 | Akademi Fantasia 8 | Pengacara (Hos) | Astro Ria |
2012 | Tourism Malaysia Video | Pengacara (Hos) | |
CNN Go on Air: Kuala Lumpur | Penyampai | CNN | |
2014 | Football Focus with MYEG | Pengacara | Astro Supersport |
2015 | Bella | Pengacara (Hos) | NTV7 |
Sarimah’s 2 Sen Webshow | Pengacara (Hos) | Feefo.tv | |
2017 | The Sarimah Show | Pengacara (Hos) | TV3 |
2018 | “Awak Ok?” Mental Health Awareness Show | Pengacara | Online Selangor Government |
RujukanSunting
- ^ Rafiqhi, Nazar (2022-01-28). ""Kematangan Datang Dengan Pengalaman, - Syukur Bakal Meniti Usia 50 Tahun, CP Sarimah Ibrahim Akui Hidup Kini Lebih Bahagia". Media Hiburan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ Suzi (2022-02-21). "Cantik Usia 44 Tahun, CHE PUAN SARIMAH Kongsi 'Birthday' Dengan Suami & Tampil Mempesona!". Nona (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ Hasan Zainuddin (28 October 2014). "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru". ANTARA News Kalimantan Selatan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 9 October 2015.
- ^ [http://ciksitionline.blogspot.com/2014/02/senarai-artis-malaysia-yang.html "Senarai Artis Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi". CikSiti Online (dalam bahasa malaysia). 2017-11-21. Dicapai pada 2022-06-16.CS1 maint: unrecognized language (link)]
- ^ New Straits Times (10 July 2011). "Waiting for Mr Perfect". AsiaOne.
- ^ Mina, Rosanna (8 March 2010). "Filipino makes it to 'Biggest Loser Asia' finale". ABS-CBN News.
- ^ Freeman, Bradley C.; Ramakrishnan, Yokanathan (2016). Singapore Radio: Then and Now (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Scholars Publishing. m/s. 76. ISBN 978-1-4438-9295-7.
- ^ "Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie Selamat Bergelar Suami Isteri". ROTIKAYA (dalam bahasa Inggeris). 2015-04-02. Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ "Jodoh Tak Panjang, 5 Selebriti Ini Pernah Berkahwin Dengan 'Mat Salleh'". Murai MY (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-21. Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ AbangNara (2015-04-02). "(7 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie". Beautifulnara -Terkini dan Sensasi | Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ "Sarimah Ibrahim sah milik Tunku Jamie" (dalam bahasa Bahasa Malaysia). Berita Harian. April 2, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana". glam.my. Dicapai pada 2022-06-12.
- ^ Mohamed, Hamizatul Maizan Binti (2020-01-03). "YM Tunku Sofia Najihah Permata Hati CP Sarimah Ibrahim & YM Tunku Jamie". Nona (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.