Sarimah (album Sarimah Ibrahim)

Sarimah merupakan album pertama Sarimah Ibrahim yang dipasarkan pada akhir tahun 2001. Di dalam album ini, mengandungi 10 buah lagu iaitu 6 dalam bahasa melayu dan 4 dalam bahasa inggeris. Lagu pertama yang dipopularkan iaitu Kini Kau Tiada, lagu ini juga terdapat dalam versi bahasa inggeris iaitu Now That You're Gone. Lagu ini cukup popular pada akhir tahun 2001 dan 2002 dan sering kali kerap diputarkan dicorong-corong radio.

Sarimah
Album studio oleh
Dilancarkan padaDisember 2001
Dirakamkan pada2001
GenrePop
SyarikatPositive Tone
Single daripada Sarimah
  1. "Kini Kau Tiada / Now That You're Gone"
    Dikeluarkan: Disember 2001
  2. "Damai"
    Dikeluarkan: Mei 2002
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sarimah Ibrahim memenangi Anugerah Artist Baru Terbaik AIM dengan Album ini pada 2001.

Muzik video lagu ini, telah mendapat perhatian positif daripada pelbagai pihak kerana kualitinya yang sangat memuaskan walaupun ada juga yang mengkritik kerana Sarimah berpakaian seksi. Muzik video ini juga, sering kali kerap diputarkan dikaca televisyen. Selain itu juga, lagu kedua yang dipopularkan didalam album ini iaitu Damai, juga popular walaupun lagu ini tidak mempunyai muzik video.

Senarai Runut sunting

No.TajukMasa
1."Now That You're Gone"03:51
2."Damai"04:14
3."It's Alright"04:07
4."Dia"03:43
5."Ku Pun Rindu"03:45
6."You Told Me"03:51
7."Sunshine"03:39
8."Nyanyikanlah (Apa Saja)"03:59
9."Kini Kau Tiada"03:51
10."Sampai"02:46