Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq (21 Mei 1958 – 30 Januari 2008) merupakan seorang penulis lirik Malaysia. Beliau sering bergandingan dengan M. Nasir dalam membuat lagu baru. Selain nama Loloq, beliau juga sering menggunakan nama Nurbisa dan Cenderawasih untuk lirik ciptaannya. Beliau turut berlakon dalam beberapa filem dan drama.

Loloq
Loloq (kiri) bersama M. Nasir (kanan) semasa memenangi anugerah MACP.
Kelahiran
Rosli bin Khamis

(1958-05-21)21 Mei 1958
Meninggal dunia30 Januari 2008(2008-01-30) (umur 49)
Sebab kematianPendarahan otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
Nama lainLoloq, Nurbisa, Cenderawasih, Fakir Iskandar, Abdullah Romany, Kristo Bimbo, Roshi Lee, Al-Heikel, Sinbad, Rosman
PekerjaanPenulis lirik, pelakon
PasanganHariah Yaacob
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenreBalada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock
Tahun aktif1987–2008
Pengkarya berkait
M. Nasir, Search, Wings

Biografi sunting

Loloq dilahirkan pada 21 Mei 1958 di Koloni Singapura. Bapanya, Khamis Dayut berasal dari Masjid Tanah, Melaka adalah bekas polis Tanah Melayu. Ibunya, Maimunah adalah Cina mualaf. Hasil perkahwinannya dengan Hariah Yaacob, Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.

Kerjaya sunting

Loloq mula aktif dalam bidang penciptaan lagu bermula tahun 1987. Beliau mula menumpahkan idea menulis lirik pada usia 27 tahun, Loloq pada kehidupan silamnya merupakan seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa arah tuju. Dari Singapura, beliau berkelana sendirian ke Kuala Lumpur pada usia 23 tahun. Beliau pernah terlibat dengan najis dadah selama enam tahun, dan menjadi kutu rayau, di perjalanannya menemui paksi apabila bertemu M. Nasir dan Amy Search di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1980-an.[1]

Pada waktu itu, beliau yang merupakan seorang penganggur dengan beraninya memujuk M. Nasir dan Amy menggunakan lirik ciptaannya untuk dimuatkan ke dalam album mereka.

Sejak tahun 1990, beliau menjadi penulis lirik eksklusif di syarikat rakaman Luncai Emas milik M. Nasir dan telah menghasilkan sehingga 500 buah lirik lagu. Di antara lirik lagu beliau yang pernah popular ialah Di Ambang Wati (Wings), Bazooka Penaka (Wings), Kau Bukan Brader, Awang Trasher (Wings), Nur Nilam Sari (Awie & Search), Analog 0.1, (Search), Asli Dan Tulus (Search), Laila Namamu Teratas (Search), Neo Romantik (Search), Zen-Bikin Wilayah (Search), Gemuruh (Search & Wings), Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M. Nasir), Mentera Semerah Padi (M. Nasir), Andalusia (M. Nasir), Kita Peng-Yu (XPDC), Tak Nak Jadi Soh Chai, Ratu Sanubari (Saleem), Laukku Cukup Masin (Spider), Kasih Latifah (Spider), Cinta Dewa-Dewi (Spider), Aladin (Spider), Kacap Terlabik (Spider) dan banyak lagi. Beliau pernah mendapat Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik 2007 di tanah kelahirannya atas sumbangan beliau yang berjasa dalam industri seni.

Selain hebat menulis seni kata lagu, Loloq juga dilihat hebat dalam bakat lakonannya. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti Sara, Embun, Lang Buana, Zombi Kampung Pisang dan Man Laksa dan pernah membintangi sebuah telefilem "Orang Kasar" turut berlakon bersama Eman Manan serta telefilem Neon. Beliau juga pernah beraksi di pentas teater suatu masa dulu dalam persembahan teater Bukit Kepong arahan Othman Ghani dan drama sitkom Awie Record.

Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut.[perlu rujukan]

Selain itu, Anugerah Lirik Nasyid pada majlis Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini 2006 serta Anugerah Galakkan Penulis Lirik pada Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005. Beliau juga turut terbabit dalam menulis skrip filem Aduh Saliha yang judul asalnya ialah Misteri Mimpi Syakila arahan M Nasir. Bagaimanapun, filem itu tidak dapat disiapkan sehingga sekarang. Lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Loloq berjudul "Angkasawan" yang dinyanyikan oleh kumpulan Butterfly.[2]

Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip siri animasi Kampung Boy karya Lat.

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia setelah empat hari terlantar di Hospital Pakar Damansara pada 30 Januari 2008 pukul 1:30 tengah hari akibat pendarahan otak. Penulis lirik ini telah menjalani pembedahan di kepala pada 29 Januari 2008 setelah menghidap pendarahan serius di kepala. Akibat terlalu banyak kandungan karbon dioksida di dalam paru-paru, kesannya melibatkan keseluruhan sistem dalaman badannya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Hariah Yaacob dan tiga sahabat lain.[3]

Jenazah Allahyarham Loloq telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas solat Asar.[4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1996 Merah Juga sebagai penulis bersama
2001 Sara Salleh Filem lakonan pertama
2002 Embun Non Cabai
2003 Lang Buana Tauke Wong Pak Eu
2005 Rock MC Final
2006 Man Laksa Ah Lok
2007 Zombi Kampung Pisang A. Kamsan Filem lakonan terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Spanar Jaya Dirinya sendiri ntv7 Sebagai konsep, pelakon undangan

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Irwan Ferhad ntv7
2003 Orang Kasar VCD
Neon Pemuzik Jalanan
2004 15 Puasa Haslam

Rujukan sunting

  1. ^ Tengku Suzana Raja Hamat dan Maliah Surip Perginya seorang genius seni Kosmo!, 2008-02-01
  2. ^ Tengku Suzana Raja Hamat dan Maliah Surip Loloq tidak mahu dilihat lemah Kosmo!, 2008-02-01
  3. ^ Saharudin Mustafa "Loloq meninggal dunia" Utusan Malaysia, 2008-01-30.
  4. ^ "Loloq minta rahsiakan penyakit – Isteri" Utusan Malaysia, 2008-01-31.

Pautan luar sunting