XPDC

Kumpulan Rock Malaysia

XPDC merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang di asaskan oleh J.S Kevin pada tahun 1988 yang merupakan sebuah kugiran muzik rock dan heavy metal Malaysia yang dianggotai oleh Mael, Izo, Man Tobey dan Yazid yang berasal dari nama kumpulan Tragedy. Tidak lama selepas itu berlaku pengunduran dua orang anggota awal iaitu Man dan Yazid. 

XPDC
Anggota asal XPDC daripada album studio pertama mereka, Darjah Satu pada tahun 1990 terbitan Life Records.
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
Tragedy (1985–1988)
AsalKuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
GenreRock, heavy metal, thrash metal, hard rock, un metal
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Alat muzikVokal/Band
Tahun aktif1988–kini
DiskografiLihat: Diskografi XPDC Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanLIFE Records
Kegiatan berkaitanJ.S. Kevin
Anggota semasaXPDC :
Ali - vokalis
Izo (Ketua kumpulan) - gitar utama
Lola -dram
Eddie - gitar bass
Arif -gitar irama
Mamu Zul- Vokalis Ganti

XPDC Kita Peng Yu:

Ary
-Vokalis
Jeff-gitar utama
Zuar-gitar bass
Amy-drum
Bekas anggotaMael - vokalis (meninggal dunia)
- dram
Yazid ( kini Pengurus XPDCKITAPENGYU- dram
Lee Space - dram
Man Tobey - gitar bass
Yan - gitar bass
Pae Sembah Bumi- dram
Pautan berkaitan
Pautan lainMusicbrainz: 7a6a63dc-0d19-4801-b967-4c4691b1183f Discogs: 3740243 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


XPDC memulakan karier mereka di dalam bidang persada rock tanah air melalui album Darjah Satu(1990),dikutip oleh album Timur Barat (1992) dan Kita Peng-Yu(1994).Album mereka yang keempat, Brutal, merupakan album terlaris yang terjual sehingga melebihi 450,000 unit pada tahun 1997.Album ini juga meraih anugerah 4x Platinum dan tersenarai dalam Top 5 kategori Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998.

Berpuluh-puluh buah lagu mereka mendapat sambutan hangat di corong² radio sehingga mereka berjaya mengadakan Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara.

Dengan menampilkan Ali sebagai penyanyi utama, berlangsung pada April 1998 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Selepas pengunduran penyanyi asal mereka Mael. Konsert tersebut telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC sebagai 'Metallica Malaysia'.

Pada ketika itu, era muzik Rock telah makin malap dan semakin kurang mendapat sambutan, atas sebab pelbagai faktor. Hanya peminat² tegar muzik irama Rock/Metal sahaja yang masih kekal dengan irama keras. Pengemar² dan paminat² muzik pada ketika itu ramai yang telah beralih minat. Mereka memilih muzik yang berbeza dari Rock dan muzik berirama baharu. Banyak kumpulan² Rock yang ternama (nama besar) dan para penganjur pada ketika itu, tidak berani dan tidak mahu mengambil risiko untuk membuat konsert yang berskala besar.

XPDC muncul mengambil risiko yang besar itu, dengan keberanian keyakinan mereka, perminat ada bersama mereka. 'Konsert Stadium Negara' telah berjaya dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat luar biasa. Stadium Negara telah dibanjiri dengan puluhan ribu peminat² muzik Rock/Metal, terutama sekali peminat² dan penyokong² XPDC. Tercipta satu sejarah yang hebat dan istimewa untuk pemuzik² dan peminat² muzik Rock/Metal telah diabadikan di rakamkan dalam bentuk rakaman audio cd dan kaset.

Tanpa menunggu masa yang lama, XPDC sekali lagi mendapat peluang besar untuk mengadakan konsert yang berskala besar. 'Konsert Raksasa XPDC Brutal Shah Alam Selangor'. Konsert tersebut itu telah berjaya menarik penonton sehingga hampir 20,000 penonton. Peristiwa bersejarah Konsert itu telah berjaya di rakamkan di dalam bentuk video dan dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah (VHS) dan video cakera padat (VCD). Rakaman itu telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.   

XPDC meneruskan perjuangan mereka, diteruskan dengan album ke 5.Samurai yang berjaya terjual sehingga 200 ribu unit dipasaran, pada era zaman kejatuhan muzik Rock/Metal ketika itu, penjualan album dengan jumlah sedemikian itu adalah sesuatu yang boleh di banggakan. Terjadi perpecahan pada kumpulan XPDC. Pejuangan diteruskan, album XPDC ke 6.V6 telah dilancarkan dipasaran.

Pada tahun 2009, 4 orang anggota asal XPDC telah bergabung semula sempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-26 dan merakamkan album terbaru ke 7.Rasopariso yang memuatkan sebanyak 20 buah lagu. Setahun selepas itu, album tersebut dikeluarkan semula dengan judul yang baharu, Rasopariso (The Relaunch).XPDC telah mengeluarkan single dalam album XPDC hits 25 tahun iaitu Khilaf pada tahun 2014 juga single lagu bertajuk Tanda Tanya. Pada tahun 2015 .XPDC telah mengadaka Konsert XPDC Rockestra di Stadium Merdeka. Di mana pada tahun ini ( 2015) adalah gabungan terakhir Mael dan Izo dalam sebuah band.Tetapi Konsert ini telah ditimpa musibah dengan kegagalan apabila Mael XPDC enggan naik ke pentas kerana bayaran untuk mengadakan persembahan tidak di lunaskan terlebih dahulu.Juga terjadi peristiwa sudah ada penyanyi lain ke pentas bagi memulakan persembahan, sedangkan pada masa itu adalah persembahan pentas untuk Mael bersama kumpulan nya.Juga turut menyedihkan hari tersebut ada peristiwa kematian abang kepada Mael XPDC meninggal dunia.oleh yang de disebabka tugas,Mael XPDC sanggup turun. Selepas konsert itu, mail mengambil keputusan keluar dari XPDC. Mael telah merekrut pemain bass Zuar(viper)bass, Amy(viper)Drummer, jeff(giegiel)gitar membentuk Xpdc kita peng yu.

Selepas 9 tahun berlalu tanpa sebarang album baharu. Pada tahun 2018, XPDC yang dianggotai dan dibarisi oleh Ali, Izo, Lola dan Eddie hadir dengan album ke 8.Doa selepas kepulangan mereka dari mengerjakan ibadat umrah. Album tersebut berkonsepkan dakwah melalui lagu-lagu bersifat ketuhanan & kemanusiaan.

Sejarah

sunting

1985 - 1988: Era Tragedy (Sebelum kewujudan XPDC)

sunting

Pada tahun 1985 lahir kugiran bernama Tragedy. Ketika itu anggota kumpulan Tragedy dianggotai oleh Mael (penyanyi), Izo (gitar utama), Man Tobey (gitar bass) dan Yazid (drum).

1988-1997: J.S Kevin serta penciptaan XPDC

sunting

Jenama kugiran Tragedy telah ditukarkan kepada jenama XPDC yang diasaskan oleh J.S Kevin. Setelah meraka pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, selepas mengadakan persembahan pentas di Langkawi Kedah. XPDC telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman bersama Life Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka. Namun mereka hanya sempat menyiapkan 50% proses rakaman album studio pertama mereka itu. Pada tahun 1988, pengunduran dua orang anggota kumpuan XPDC ini telah melanda iaitu Yazid dan Man Tobey. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Zuar Aparcy (bass) dan Lee Space (ex-Fire Starter - drum). Tidak lama kemudian album petama berjudul Darjah Satu telah di selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Yan Lefthanded (bass) dan Amy Handy Black (drum).

Pertemuan dengan lah J.S Kevin yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Tragedy kepada XPDC serta menjadi artis rakaman. Berberapa nama telah di pilih untuk mengantikan nama Tragedy, atas sebab nasihat dari orang² lama, kerana nama Tragedy itu seolah² tidak membawa aura yg fositif. Tetapi tidak ada yang bersesuaian, nama XPDC telah dicadangkan anggota kumpulan Trgedy oleh J.S Kevin. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut, mereka menjangkakan nama baharu itu dieja penuh sebagai Ekspedisi. Namun apabila J.S. Kevin menulis nama tersebut dengan ejaan mengikut bunyi huruf iaitu XPDC, mereka agak terkejut pada masa yang sama agak kagum dengan idea kreatif yang dilontarkan oleh J.S. Kevin. Disinilah nama Ekspedisi ditukarkan kepada huruf XPDC. Mereka merasakan J.S Kevin juga bukan lah calang calang insan, mungkin mampu menciptakan jalan baru untuk mereka. Mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Tragedy (yang sememangnya negatif) kepada XPDC (yang lebih progresif).

Pada tahun 1990, Album studio pertama XPDC, Darjah Satu terjual sehingga 150 ribu unit telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, C.I.N.T.A yang melodinya hasil ciptaan izo dan dikemas baik oleh JS Kevin. Namun di kala mereka mula mendapat tempat hati peminat, Lee Space (dram) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan daripada kumpulan itu kerana ingin menyertai kumpulan Noble Angel. Tempat Lee Space kemudiannya digantikan oleh Amy, bekas anggota Kumpulan Handy Black yang turut telibat dalam pembikinan album Darjah Satu sebagai pemuzik undangan.

1997-2005 : Pertukaran Penyanyi Utama Pemain Gitar Bass & Drum

sunting

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan penggiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 450,000 unit. Ia satu pencapaian jualan album XPDC yang tertinggi dann terbaik sehingga kini.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dan dipasarkan. Kehadiran Ali sedikit sebanyak telah meningkatkan kerancakan sokongan terhadap XPDC kerana beliau secara tidak langsung telah bersama-sama mempromosikan album Brutal dan selepas itu secara tidak langsung juga meningkatkan jualan album Brutal.

Sementara itu, Mael terpaksa meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman membuat para peminat berasa terkejut dan kecewa sama sekali. Akan tetapi XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi dan kemasukan Ali berjaya menyelamatkan XPDC yang ketika itu hampir jatuh akibat pengunduran Mael. Amy pula terlibat dalam satu kemalangan jalan raya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan yang mendalam. Lola yang diperkenalkan oleh DJ bapakku FM Isma Halil Hamzah kepada XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.

Terdapat juga penyanyi lain yang di ujibakat tetapi mereka tidak sesuai dengan XPDC. Ada juga penyanyi gantian, tetapi mereka tidak sanggup mengalas tanggungjawab membawa nama XPDC. Kerana mereka tahu tekan yang bakal mendatang, lebih² lagi dari kalangan peminat² XPDC sendiri. Kerana ketika itu telah tercetus perbalahan selepas pengunduran Mael.

Ali sanggup mengambil risiko besar untuk mengalas tanggungjawab sebagai penyanyi utama XPDC, meskipun Ali tahu yang dia akan mendapat kritikan dan kecaman yang hebat dari peminat² XPDC yang brutal seperti tajuk album 'XPDC brutal', mereka tidak sama seperti peminat² kumpulan rock/metal yang lain, mereka lebih agresif. Hingga terjadi perbalahan sesama mereka tidak kira di mana² platform mahu pun di tempat² lepak mereka sering tidak sependapat dan tidak sebulu terutama peminat² generasi lama, sehingga terjadi dua kelompok peminat XPDC, perbalahan itu terjadi hingga kini, tetapi tidak pada generasi muda era Ali bersama XPDC, mereka lebih tebuka bijak dan matang menerima kedua²nya sekali "Ali dan Mael".(Tetapi kini peminat² XPDC Ali dan Mael mereka telah menjadi satu, bersatu suara, agresif menentang kumpulan² yang cuba mengunakan menunggang nama XPDC dengan sewenang²nya)

Seterusnya Ali terus kental, tabah serta sabar, sanggup mengalas tanggungjawab itu biar apa pun yang terjadi, sebelum apa² keputusan di buat, dia akan buktikan yang dia bukan calang² dan sememangnya dia layak dinobatkan sebagai penyanyi utama XPDC. Ali telah menarik perhatian peminat² XPDC di konsert Raksasa XPDC, dengan gaya vokalnya yang bertenaga, bernada tinggi, garau serta vokal nyanyian yang jelas bersama aksinya yang brutal dan bertenaga serta gaya lincahnya melakukan aksi 'headbanging' ketika beraksi di pentas konsert Raksasa.

MALAM BERSEJARAH: Pada tahun 1998 Konsert berskala besar dan malam bersejarah serta fenomena baharu telah berlaku. Konsert yang dinamakan "Konsert Raksasa XPDC di Stadium Negara Kuala Lumpur" pada bulan April 1998 yang dianggotai dan di barisi oleh Ali, Izo, Zua dan Lola telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri ke tahap yang lebih tinggi, meski pun ketika itu muzik Rock/Metal telah semakin suram.

Apa yang terjadi pada malam konsert itu.? Stadium itu telah di banjiri oleh puluhan ribu penonton, kebanyakan berpakaian serba hitam bersama sepanduk dan kain rentang yang berkibaran di udara. XPDC telah berjaya menarik peminat² mereka dari seluruh pelusuk negeri termasuk peminat² Indonesia yang berada di Malaysia ketika itu untuk keluar hadir menyaksikan persembahan mereka dan menjadi sejarah tersemat bersama mereka. Dianggarkan 10,000 - 20,000 penonton yang telah hadir ke Konsert malam bersejarah itu. Konsert itu juga telah dirakamkan di dalam bentuk video.

Tapi XPDC terpaksa akur kerana hajat mereka untuk mengeluarkan album konsert itu dalam bentuk Video tidak mendapat kelulusan dari agensi pihak berkuasa kerajaan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana terdapat banyak rakaman aksi XPDC dan penonton melakukan aksi-aksi luar budaya Malaysia yang melampaui batas dan di katogori aksi ganas yang menyerupai aksi artis-artis kumpulan dari barat seperti aksi headbanging, hangguk kepala, melompat-lompat, membuat isyarat simbol, menegakkan jari tengah (Lagu 3 Kupang dan bergambar), dan aksi segelintir penonton tidak berbaju dan agak liar. Dikatakan Konsert itu brutal dan extrem. Hanya dapat dikeluarkan dalam bentuk CD dan Kaset.

Tanpa menunggu masa yang lama, XPDC sekali lagi mendapat peluang untuk mengadakan konsert berskala besar yang di beri nama "Konsert XPDC Brutal Shah Alam Selangor". Konsert tersebut itu juga adalah yang terbaik dalam karier XPDC yang berjaya menarik penonton sehingga hampir 20,000 - 30,000 penonton.

Pemulaan konsert itu di mulakan dengan pembukaan lontaran muzik yang keras dan bertenaga nyanyian garau Ali, sambil diiringi aksi 'Head Banging' ala "Helicopter" telah mencuri perhatian ramai dan keterujaan para penonton yang melihat turut melonjak bersama bersemangat. Zua dengan aksi yang lincah brutal berlari-lari, melompat-lompat melakukan aksi Head banging, bersama aksi hangguk kepala Izo dengan bunyi petikan gitar yang berat serta kasar dan garang. Lola menggunakan double paddle drum melepaskan hentakan paluan kerasnya menjadikan lagu² XPDC menjadi lebih keras dan lebih bertenaga. Konsert itu berjaya di rakamkan dan berjaya dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah (VHS) dan video cakera padat (VCD) setelah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu. Khas buat peminat² xpdc yang tidak dapat hadir untuk turut serta pada malam itu dan rakaman itu juga dijadikan bahan rujukan sejarah muzik Rock dan Metal tanah air. XPDC di gelar Metallica Malaysia.

Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi 'Head Banging' seperti yang dilakukan oleh Ali. Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. XPDC semakin popular dengan aksi 'Head Banging'. Aksi 'Head Banging' Ali juga dikatakan sesuai dengan judul 'Brutal'. Selain itu, kebolehan vokal Ali menjadi faktor penting survival kumpulan XPDC pada ketika itu. Seumpama sebuah evolusi heavy metal (Tema Mael) kepada Thrash (Tema Ali), sekaligus menambahkan kreativiti dan membina identiti yang lebih besar kepada nama XPDC.

Ada beberapa pihak dan para peminat menobatkan XPDC adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search dan Wings apatah lagi Amy Search dan Awie tidak lagi menyertai kumpulan mereka masing-masing. XPDC juga dikenali sebagai Big 4 Metal Band Malaysia pada ketika itu selain Cromok, FTG, Sil-Khannas.

Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali sebagai penyanyi XPDC telah muncul dipasaran berjudul Samurai. Album studio pertama tanpa Mael. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit. Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael.


"Fenomena XPDC meletus meluas ke seluruh tanah air Malaysia". Sehinggakan begitu ramai yang mengikuti 'Trend' rambut cukur tepi Ali dan cara "berpakaian gaya XPDC yang serba hitam, cermin mata hitam, topi bulat hitam, baju hitam, seluar kaki lebar dan di padankan bersama boot". XPDC semakin sibuk mengeluarkan klip video album Samurai. XPDC menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti di dada-dada akhbar serta majalah. XPDC menjadi sebuah kumpulan rock/metal Gergasi Malaysia. Sekaligus membuktikan sokongan peminat kepada XPDC tidak pernah luntur bahkan meningkat kuantitinya.

XPDC tidak pernah berasa hanya selesa berada di pentas² besar sahaja. Mereka juga turut turun mendekatkan diri bersama peminat² mereka di pentas² kecil, membuat persembahan di Funfair² expo² ke seluruh pelusuk tanah air tanpa mengira kedudukan dan nama. XPDC sekali lagi telah di angkat dan telah mendapat gelaran baharu dari kalangan peminat-peminatnya sebagai 'Raja Pentas dan Raja Funfair'.

Pada bulan Februari 1999 Norman KRU telah menjadi penganjur untuk konsert yang dinamakan Konsert Rock Gergasi Berentap Search Vs XPDC yang diadakan dua malam berturut - turut di Stadium Negara Kuala Lumpur. Ternyata kumpulan Search yang popular dengan lagu dengan Nur Nilam Sari serta tidak lagi diwakili penyanyi asal mereka iaitu Amy Search, telah memihak kepada jumlah penonton lebih ramai menyaksikan konsert XPDC pada malam kedua. Namun XPDC tetap ikhlas merendah diri menyatakan kepada wartawan hiburan bahawa XPDC tidak setanding dan tidak sepopular Search yang jauh lebih senior dan berpengalaman berbanding XPDC di dalam industri muzik. Personaliti dan sikap mereka amat terpuji. Peminat menerima mereka dengan seadanya. Dengan sikap seperti itu, XPDC dihormati oleh kawan, di geruni oleh lawan dan di hargai peminat mereka.

Amy yang mengalami kemalangan jalan raya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak dan keras lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu(1999)Lola secara rasmi menyertai XPDC secara rasmi apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menyertai kumpulan Kamikaze. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah Ahmad Nazri Haji Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali, telah membina sebuah studio jamming dan tempat latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang Utama Selangor.

Tidak lama setelah XPDC melancarkan album baru berjudul 'Unmetal' pada tahun 2000, Pemain gitar bass XPDC Zuar pula mengambil keputusan untuk mengundurkan diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Hasrat Zuar untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokalnya tercapai. Yantoi (Lefthanded) menggantikan tempat Zua sebagai pemain gitar bass tetap kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baharu bersama XPDC sebaliknya turut berperanan menaikkan nama XPDC di belakang tabir semenjak dari album 'Kita Peng Yu' lagi sebagai sessionist.

Album seterusnya XPDC berjudul V6 muncul dipasaran pada tahun 2002.Dibarisi oleh Ali, izo, Lola dan Yantoi. Album itu terjual hampir 100, 000 unit.

Namun pada penghujung tahun 2003 Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search, namun Lola juga tidak bertahan lama bersama Search kerana akhirnya Yazid (Search) kembali bersama Search pada tahun 2005. Tempat Lola didalam XPDC diambil alih oleh Pae Sembah Bumi (bekas pemain dram Barongan.) Pae juga mempunyai kemahiran bermain drum yang sangat tinggi.Album seterusnya bertajuk Kompilasi Mdley Rugged muncul di pasaran pada tahun 2005.Dalam album tersebut,terjadi sedikit perubahan pada muzik XPDC dengan ketukan keras drum Pae di dalam album Kompilasi medley Mdley Rugged.

Hanya Izo yang masih kekal setia bersama XPDC semenjak penubuhan dan sedari album pertama XPDC lagi.

2005 (penghujung tahun)

sunting

Penghujung 2005, XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Ketika bertemu perminat atau melakukan jelajah pertunjukan pentas, perminat² sering berharap dan menyuarakan mahukan xpdc bergabung semula. Kerana permintaan yang tinggi peminat mahu melihat XPDC kembali bergabung pada masa yang sama ketika itu jualan album² semakin perlahan. Peminat menyatakan jika terjadi gabungan semula mereka akan memberi sokongan penuh kepada Xpdc dan sedia membeli segala produk keluaran xpdc serta akan hadir ke Konsert² xpdc walau pun berbayar. Walhal terjadi sebaliknya.

Ali dan Pae telah menubuhkan Kumpulan Mpire. Ali yang masih ada baki album dengan sebuah syarikat rakaman, telah membentuk Mpire untuk selesaikan baki rakaman album penuh itu. Kemunculan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Ali turut menghasilkan album solo. Dalam pada masa yang sama, Ali juga giat mendalami ilmu agama, menjalankan kerja² kebajikan dan sering melibatkan diri dalam aktiviti² ceramah, motivasi, dakwah dan kerohanian. Yantoi pula meneruskan sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Juga sering di jemput menjadi artis jemputan di pentas².

2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham J. S Kevin.

Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).Sebelum album ini keluar di pasaran. XPDC REUNION ini telah muncul di kaca TV9 melalui rancangan ROCK KAPAK RAYA BERSAMA XPDC menampilkan artis undangan seperti Atilia, Salmiah Hassan dan Bienda.

Pada tahun 2008 XPDC diuar - uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada di pasaran pada bulan November 2009. Walau bagaimanapun, album ini agak hambar sambutanya. Namun masih ada diantara peminat menyokong album tersebut. Antara lagu-lagu yang dimuatkan:

  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD-REUNION

  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

XPDC bersama dua lagi kumpulan rock lagenda iaitu May dan Lefthanded digabungkan dalam satu rakaman program hari raya iaitu Konsert Rock Raya 3 Gegaran di TV3. Konsert ini dirakamkan pada 20 Julai 2011 dan ditayangkan pada 4 September 2011 (hari raya kelima).

Pada 26 April 2014 XPDC menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang dengan konsert Return of Rock XPDC Live in Concert 2014.

2015 - Sekarang

sunting

Pada 6 Jun 2015, XPDC yang dibarisi Mael, Izo, Arif Izo,Eddie(Def Gab C) dan Lola telah merancang untuk mengadakan Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur bersempena menyambut ulang tahun ke-25 kumpulan ini. Namun di sebabkan pelbagai masalah, konsert yang sepatutnya mencatatkan sejarah bertukar menjadi tragedi apabila konsert hanya dapat bermula lewat kerana ketiadaan Mael di atas pentas. Berikutan kegagalan konsert tersebut, Mael telah mengambil keputusan untuk keluar dari XPDC buat kali kedua .Kemudian,Mael mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan baru bersama Jeff(gitaris-Real X,Giegil) dan memanggil semula Amy(Drummer-viper) dan Zuar(Bassist-viper) dan menamakan kumpulan mereka sebagai XPDC Kita Peng Yu. Mael telah meninggal dunia pada 27 April 2023 di rumahnya di Muar ketika sedang masih aktif dalam XPDC Kita Peng Yu.

Selepas keluarnya Mael dari XPDC selepas konsert tersebut, Ali yang ketika itu sudah berhijrah ke bidang dakwah telah mengambil keputusan untuk menyertai semula XPDC dan telah berhasil menjayakan banyak konsert dan rancangan TV. Mereka juga telah merakamkan album ke-8 pada tahun 2018 berjudul Doa dan menampilkan lagu 'Doa' yang telah memenangi tempat kedua untuk Anugerah Nasyid Kebangsaan pada 2019. Mereka masih kekal aktif sehingga hari ini.

Pada 2022 XPDC di jadualkan untuk pengadakan persembahan pentas. Ali mengalami masalah kesihatan yang agak serius pada ketika itu. Untuk meneruskan pertunjukan itu XPDC telah memanggil penyanyi gantian dan mereka juga bersepakat untuk membantu Ali, ada juga dikalangam penyanyi yang rela hati menawarkan diri untuk menjayakan persembahan pada malam itu. Mereka adalah: Yabang, Muss, Aweera, Chi dan Dakmie.

Pada bulan Jun 2024, Mamu Zul(Bekas vokalis Prime X, Babylon) telah dipilih sebagai vokalis seasonist menggantikan Ali yang mengalami masalah kesihatan(sesak nafas dan masalah sakit jantung).

Walaupun anggota kumpulan XPDC saling bersilih ganti,Izo sebagai ketua kumpulan terus memacu XPDC merentas zaman hingga kini.

Ahli-ahli

sunting

Sebelum XPDC
Tragedy 1983 - 1988 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Man Tobey - Bass
  4. Yazid - Dram


Album:

Tiada


Setelah XPDC wujud
XPDC 1989 - 1990:

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Lee Space - Dram


Album:
Darjah Satu (1990)*Lagu baharu


XPDC 1991-1997:

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Amy - Dram


Album:

  1. Timur Barat (1992)*Lagu baharu
  2. Kita Pengyu (1994)*Lagu baharu
  3. Kompilasi Rock Ballad (1995)
  4. Kompilasi Headbang (1996)
  5. Brutal (1997)*Lagu baharu


XPDC 1998-2015:

  1. Ali (Terra Rossa) - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar/Yan Toi (Lefthanded) - Bass
  4. Lola/Amy/Pae - Dram


Album:

  1. Konsert Raksasa (Stadium Negara ) (1998)
  2. Konsert XPDC Brutal (Shah Alam) (1998)
  3. Samurai (1998)*Lagu baharu
  4. The Industrial Tribute to XPDC [Kenjuro Harada] (1999)
  5. Xpdc Vs Amuk (2000)
  6. Xpdc Vs Rusty Blade (2000)
  7. Metal 50an & 60an (2000)
  8. Real & Reality (2000)
  9. Unmetal I (2000)*Gubahan semula
  10. V6 (2002)*Lagu baharu
  11. Unmetal II (2003)*Gubahan semula
  12. Kompilasi Anti Perang (2003)
  13. Kompilasi medley Mdley Rugged (2005)
  14. Kompilasi Rockerena (2006)
  15. Unmetal III (2013)*Gubahan semula


XPDC Reunion 2006-2015:

  1. Ali/Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar/Yantoi - Bass
  4. Amy/Lola- Dram


Album:

  1. Rasopariso (2009)*Lagu baharu
  2. Rasopariso (The Relaunch) (2010)


Nota:

  1. Mael(menggantikan Ali yang mengundurkan diri kerana ingin fokus dengan pengajian agama ketika itu)
  2. Izo - Gitar
  3. Lola/amy- Dram
  4. Eddie - Bass


XPDC (2015 - Sekarang :

  1. Ali - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Lola - Dram
  4. Eddie - Bass, suara latar
  5. Arif Izo- Gitar
  6. Zul Mamu (Vokalis seasonist)


Album:
Doa (2018)

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
Tahun Judul Jualan
1990 Darjah Satu
  • Penerbit album : J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 150,000 unit
1992 Timur Barat
  • Penerbit album : J.S. Kevin, XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
1994 Kita Peng-Yu
  • Penerbit album : J.S. Kevin & XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 350,000 unit
1997 Brutal
  • Penerbit album : Izo, J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 450,000 unit
1998 Samurai
  • Penerbit album : Mahmud Abu Bakar, Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 200,000 unit
2002 V6
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
2009 Rasopariso
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 25,000 unit
2018 Doa
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Blockchain Island Sdn Bhd
  • Edaran : Life Records / Hup Hup Sdn Bhd
anggaran 40,000 unit

Filemografi

sunting
Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1992 Nadia (Penampilan Khas - XPDC jadi band jemputan serta Eddy Badry dia takde dalam film tersebut)
2001 Dari Jemapoh Ke Manchestee Lagu latar
2001 Getaran (Penampilan Khas - XPDC)
2003 Sakinah. Dalam telemovie ini, lineup XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola.
2003 Apa Nak Dikata Dalam telemovie ini, lineup XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola.

Anugerah dan pencapaian

sunting

Pautan luar

sunting


Kisah Lola oleh Man Channel