Lefthanded

Kumpulan Rock Malaysia
(Dilencongkan daripada Kumpulan Lefthanded)

Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1979. Kumpulan ini diketuai oleh Man Kidal. Pada asalnya mereka bergelar The Lefthanded tetapi kemudiannya perkataan Lefthanded sahaja dikekalkan.[1]

Lefthanded
Juga dikenali sebagai
The Lefthanded (1983), Down Wheels (1985)
Berasal dariJohor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock, Heavy Metal, Hard Rock, Glam Rock, Soft Rock Rock Kapak
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1979–1984
1986–1996
1999–2001
2003
2006–kini
Pengkarya berkait
Dato Nash, Ramli Sarip, Bloodshed, SYJ, Rusty Blade, Strangers, Gersang, Wings, Search, XPDC, Mega
AhliNash - Vokal
Man Kidal - Gitar Utama
Ritz Metalasia - Gitar
Fly Halizor - Bes
Hafiz Man Dayak - Dram
Rio Rasul - Keyboard
Bekas ahliSamad - Gitar (meninggal dunia)
Man Dayak - Dram (meninggal dunia)
Yan - Bes
Esa - Keyboard (meninggal dunia)
Tom Anuar - Dram
Arab - Penyanyi

Sejarah awal

sunting

Lefthanded telah ditubuhkan pada tahun 1979 di Johor Bahru, Johor dengan nama asalnya, The Lefthanded. Nama The Lefthanded dipilih memandangkan ketua kumpulan merangkap gitaris utamanya, Man Kidal menulis dan bermain gitar menggunakan tangan kiri. Sebelum merakamkan album, The Lefthanded sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring untuk beberapa artis, antaranya Ramli Sarip, Sahara Yaakob dan Rahim Maarof. Perjalanan The Lefthanded direhatkan seketika apabila Man Kidal dan Yan (bes) menyertai kumpulan Search untuk membuat persembahan di kelab Red Rooster, menggantikan Hillary Ang dan Nasir Daud yang meninggalkan Search buat sementara waktu. Man Kidal dan Yan kemudiannya terlibat dalam penghasilan album pertama Search, Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985 di bawah label PolyGram.

Pada tahun 1986, Man Kidal dan Yan meninggalkan Search untuk mengaktifkan kembali Lefthanded bersama anggota asalnya, Man Dayak. Pada masa yang sama, Samad yang telah menggalas posisi gitar dalam Lefthanded setelah ketiadaan Man Kidal sebelum itu turut dikekalkan untuk menjadikan Lefthanded sebagai antara kumpulan rock terawal di Malaysia yang menampilkan dua hero gitar seperti Dave Murray dan Adrian Smith dari kumpulan Iron Maiden, sebuah kumpulan heavy metal terkemuka di barat.

Sepanjang karier mereka, Lefthanded telah beberapa kali betukar vokalis, antaranya Hamid, Rahim Maarof, Roy, Man Bai dan Nash. Bersama vokalis Roy, Lefthanded pernah menyertai siri konsert Battle Of The Bands yang dianjurkan oleh Ali Bakar melalui syarikat Box Office. Kemudian apabila ditawarkan untuk merakamkan lagu dalam album kompilasi Battle Of The Bands, Nash telah dibawa masuk sebagai vokalis tetap Lefthanded dan dari situlah, mereka mula mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman antarabangsa iaitu WEA (kini dikenali sebagai Warner Music). Pada penghujung tahun 1986, album sulung Lefthanded iaitu Keadilan mula mendarat di pasaran dengan Ramli Sarip bertindak sebagai penerbit album.

Bermula dengan album kedua Lefthanded berjudul Seruan pada tahun 1987, Lefthanded membawa masuk bekas anggota kumpulan Lizard iaitu Esa untuk memantapkan muzik Lefthanded dengan elemen keyboard. Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album Evolusi pada tahun 1989.

Keahlian

sunting

Anggota Terkini

sunting
  1. Nashrudin bin Elias (Nash) - vokal
  2. Abdul Rahman bin Mahmood (Man Kidal) - gitar utama dan ketua kumpulan

Pemuzik Undangan:

  1. Rizal Abdul Halim (Ritz Metalasia) - gitar
  2. Halizor Hussein (Fly Halizor) - bes (dari kumpulan Projek Pistol)
  3. Mohd Hafiz bin Abdul Rahman (Hafiz Man Dayak) - dram
  4. Rozario Rasul (Rio) - keyboard

Bekas Ahli

sunting
  1. Abdul Samad bin Mian (Samad) - gitar (meninggal dunia pada 23 Oktober 2008)[2]
  2. Amran bin Marsiman (Yan) - bes
  3. Abdul Rahman bin Othman (Man Dayak) - dram (meninggal dunia pada 15 Mac 2016)
  4. Esa Bin Ayob (Esa/Isa) - keyboard (meninggal dunia pada 8 April 2024)
  5. Ramli Sarip - vokal
  6. Syed Azlan bin Syed Abu Bakar (Arab) - vokal (meninggal dunia pada 12 November 2016)
  7. Tom Anuar - dram

Pertukaran ahli

sunting

Selepas album Evolusi (1989), Dato Nash penyanyi utama dan Yan pemain gitar besnya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Dato Ramli Sarip dan John.  Dato Ramli sanggup mengambil tempat Dato Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Kemudian John telah keluar dari Lefthanded kerana John telah menyertai kumpulan Lestari dan Stings dan kekosongan itu digantikan oleh Yan telah kembali menyertai kumpulan Lefthanded. Dato Ramli dan Yan sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme (1991)bersama Lefthanded. Atas sebab-sebab komitmen peribadi Man Dayak, tugas dram pula dirakamkan oleh Tom Anuar untuk album Fanatisme. Selepas itu Yan dan Man Dayak pula meninggalkan kumpulan ini kerana akibat persefahaman mereka. Yan keluar dari Lefthanded kerana ingin kembali menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu manakala Man Dayak ingin direhatkan pula akibat masalah peribadi dan digantikan oleh Man Rani dan Lee Space. Tidak lama kemudian pada tahun 1993, Man Rani dan Lee Space pula meninggalkan kumpulan ini dan digantikan oleh Carlos dan Black.

Pada tahun 1994, Carlos dan Black telah dipecat dari kumpulan Lefthanded akibat ketagihan dadah dan heroin, Carlos dipecat dari Lefthanded kerana ingin menyertai kumpulan Lestari untuk menggantikan John yang keluar manakala Black ingin kembali menyertai semula kumpulan Wings untuk menggantikan Jojet yang keluar yang pernah dianggotainya dulu dan kekosongan itu digantikan oleh Yan dan Man Dayak telah kembali bersama Lefthanded. Penyanyi Arab dan pemain dram Tom Anuar juga menyertai Lefthanded apabila Lefthanded menjadi band jempuran untuk konsert Mr. Big di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1994. Konsert tersebut dirakamkan secara 'Live' dan dimuatkan di dalam album Nafas pada tahun 1996. Album tersebut juga mengandungi dua lagu baru yg dikaryakan oleh penyanyi Arab. Disebabkan jadual dan komitmen yg ketat, Man Kidal tidak dapat melibatkan diri dalam rakaman dua lagu baru tersebut.

Pada tahun 1997, Lefthanded memenangi Anugerah Album Rock terbaik untuk album Nafas di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 1997. Pada tahun yang sama, Lefthanded secara rasmi diramal berkubur kumpulan ini apabila Man Kidal meninggalkan Lefthanded dan menubuhkan "Lefthanded '97", yang turut disertai oleh Dato Nash, Sham Kamikaze, Eddie dan Lola XPDC manakala anggota Lefthanded telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Pada tahun 1999, Lefthanded pula telah mengaktifkan kembali dengan line-up semula iaitu Nash (penyanyi), Samad (gitar), Yan (bes) dan Man Dayak (dram) untuk menghasilkan album Syurga & Neraka(1999) bersama Samad, yang juga memainkan peranan sebagai penerbit selain menjadi gitarist tunggal untuk album tersebut. Album ini juga dicalonkan antara finalis untuk Album Rock Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 2000.

Pada tahun 2003, Man Kidal kembali semula dan album kompilasi Lefthanded - Reunion diterbitkan. Mereka juga membuat konsert 'Re-union' di Planet Hollywood dan juga rancangan konsert TV saluran Astro Siri Dari Studio Satu. Konsert Lefthanded di Planet Hollywood diadakan untuk kali kedua pada tahun 2006 tetapi kali ini tanpa kehadiran Samad.Konsert tersebut dirakam dan dijual semula dalam bentuk album berjudul Lefthanded - Live At Planet Hollywood 2006.

Kematian

sunting

Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan gitarisnya, Abdul Samad Mian atau Samad yang meninggal dunia pada usia 45 tahun kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabat abang beliau di Ampang. Selain bermain muzik, Allahyarham pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak tahun 2004.

Pada 15 Mac 2016, pemain dram Lefthanded, Man Dayak atau nama sebenarnya Abdul Rahman Othman, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun akibat serangan jantung.

Pada 12 November tahun yang sama, bekas vokalis Lefthanded, Syed Azlan Syed Abu Bakar atau Arab pula kembali ke rahmatullah pada usia 50 tahun akibat komplikasi jantung.

Pada 8 April 2024, bekas pemain keyboard Lefthanded, Esa telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di hospital Columbia Tebrau, Johor Bahru pada jam 7.40 malam akibat serangan jantung.

Diskografi

sunting

Album Studio

sunting
Tahun Judul Jualan
1986 Keadilan 60,000 Unit
1987 Seruan
  • Penerbit : Ramli Sarip
  • Label : WEA
1988 Q'abul
  • Penerbit : Ramli Sarip
  • Label : WEA
1989 Evolusi
  • Penerbit : Lefthanded
  • Label : WEA
1991 Fanatisme
  • Penerbit : Ramli Sarip
  • Label : WEA
1994 Nafas
  • Penerbit : Lefthanded
  • Label : WEA
1999 Syurga & Neraka


Keadilan (1986)

sunting
  1. Keadilan
  2. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  3. Sudi-Sudikah Dikau
  4. Debunga Wangi
  5. Hadapilah Dengan Sabar
  6. Tiada Lagi Kidungmu
  7. Ringan Berat
  8. Lanun
  9. Problem Malas
  10. Lagenda Cinta

Seruan (1987)

sunting
  1. Seruan
  2. Kenangan Bersamamu
  3. Inflasi
  4. Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu)
  5. Rafidah Dan Sejarah
  6. Alam Dan Pencipta
  7. Sentuhan Kidal (Instrumental)
  8. Antara Usaha Dan Nasib
  9. Ku Di Halaman Rindu
  10. Histeria (Instrumental)


Qabul (1988)

sunting
  1. Hidup Dan Perjuangan
  2. Janji Kesetiaan
  3. Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll
  4. Melangkah
  5. Maya Persada
  6. Di Lembah Kebendaan
  7. Restu Yang Abadi
  8. Rentasi Dunia Muzik
  9. Mengejar Pelangi
  10. Qabul (Instrumental)


Evolusi (1989)

sunting
  1. Carilah
  2. Pencinta
  3. Perjalanan
  4. Mentari
  5. Parasit
  6. Arah Yang Hilang
  7. Rockrama
  8. Detik Masa
  9. Roda-Roda
  10. Keindahan Sepi


Fanatisme (1991)

sunting
  1. Semangat Lamina
  2. Satu Tidur Panjang
  3. Pesta Hidup Di Kota Raya
  4. Blues 
  5. Impian Setaman 
  6. Suatu Bayangan 
  7. Perjalanan Cinta Abadi 
  8. Akal 
  9. Lingkaran Sejarah Kita 
  10. Tenat 


Seleksi Lagenda Lefthanded (1992)

sunting
  1. Ku Kehilangan Cinta Tiga dimensi
  2. Tiada lagi Kidungmu
  3. Kenangan Bersamamu
  4. Seruan
  5. Debunga Wangi
  6. Maya Persada
  7. Ku Di Halaman Rindu
  8. Semangat Lamina
  9. Pencinta
  10. Keindahan Sepi
  11. Restu Yang Abadi
  12. Satu Tidur Panjang
  13. Impian Setaman
  14. Lagenda Cinta


Nafas (1996)

sunting
  1. Seruan (Live)
  2. Keadilan (Live)
  3. Hidup Dan Perjuangan (Live)
  4. Sutra (Lagu Baru)
  5. Maya Persada (Versi Akustik)
  6. Sentuhan Kidal (Instrumental) (Bonus Track)
  7. Blues (Live)
  8. Debunga Wangi (Live)
  9. Semangat Lamina (Live)
  10. Nafas Rindu (Lagu Baru)
  11. Kenangan Bersamamu (Versi Akustik)


Syurga & Neraka (1999)

sunting
  1. Syurga Dan Neraka
  2. Marga Jiwa
  3. Mencari Sinar
  4. Pendita Mimpi
  5. Bantai Blues
  6. Dahan Menanti
  7. Tenang
  8. Hamparan Putih
  9. Akal Sinikal
  10. Rahsia Kita


Lefthanded Reunion (2003)

sunting

CD 1:

  1. Keadilan
  2. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  3. Sudi-Sudikah Dikau
  4. Debunga Wangi
  5. Lagenda Cinta
  6. Tiada Lagi Kidungmu
  7. Seruan
  8. Kenangan Bersamamu
  9. Alam Dan Pencipta
  10. Ku Di Halaman Rindu
  11. Sentuhan Kidal (Instrumental)
  12. Semangat Lamina (Live)

CD 2:

  1. Hidup Dan Perjuangan
  2. Maya Persada
  3. Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll
  4. Mengejar Pelangi
  5. Qabul
  6. Carilah
  7. Pencinta
  8. Arah Yang Hilang
  9. Semangat Lamina
  10. Satu Tidur Panjang
  11. Sutra
  12. Debunga Wangi (Live)


Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)

sunting

CD 1:

  1. [Live] - Seruan
  2. [Live] - Sudi-Sudikah Dikau
  3. [Live] - Keadilan
  4. [Live] - Lagenda Cinta
  5. [Live] - Lanun
  6. [Live] - Perfect Strangers
  7. [Live] - Debunga Wangi
  8. [Unplugged] - Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  9. [Unplugged] - Kenangan Bersamamu
  10. [Unplugged] - Soldier Of Fortune
  11. [Unplugged] - Ku Di Halaman Rindu

CD 2:

  1. [Live] - Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll (Hattan)
  2. [Live] - Qabul (Instrumental)
  3. [Live] - Semangat Lamina (Yantzen)
  4. [Live] - Smoke On The Water (Hattan, Rahim Maarof & Yan)
  5. [Live] - Sentuhan Kidal (Instrumental)
  6. [Live] - Arah Yang Hilang (Muix Metalasia)
  7. [Live] - Ringan Dan Berat (Yan)
  8. [Live] - Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)
  9. [Live] - Tiada Lagi Kidungmu
  10. [Encore] - Alam Dan Pencipta

Memori Hit Lefthanded (2008)

sunting

CD1:

  1. Keadilan (4:05)
  2. Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi (4:35)
  3. Sudi-Sudikah Dikau (3:44)
  4. Debunga Wangi (5:22)
  5. Lagenda Cinta (4:14)
  6. Tiada Lagi Kidungmu (3:28)
  7. Seruan (5:08)
  8. Kenangan Bersamamu (4:36)
  9. Alam Dan Pencipta (5:19)
  10. Ku Di Halaman Rindu (5:21)
  11. Sentuhan Kidal (Instrumental) (3:17)
  12. Semangat Lamina (Live) (5:43)

CD2:

  1. Hidup Dan Perjuangan (3:02)
  2. Maya Persada (5:21)
  3. Bertemu Di Dalam Rock N Roll (4:31)
  4. Mengejar Pelangi (4:50)
  5. Qabul (5:00)
  6. Carilah (5:15)
  7. Pencinta (5:22)
  8. Arah Yang Hilang (7:44)
  9. Semangat Lamina (5:04)
  10. Satu Tidur Panjang (6:09)
  11. Sutra (5:27)
  12. Debunga Wangi (Live) (6:40)

Lagenda Hit Lefthanded (2010)

sunting

CD 1:

  1. Tiada Lagi Kidungmu (3:27)
  2. Lagenda Cinta (4:12)
  3. Debunga Wangi (5:20)
  4. Keadilan (4:03)
  5. Kenangan Bersamamu (4:36)
  6. Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu) (4:13)
  7. Mengejar Pelangi (4:50)
  8. Keindahan Sepi (4:17)
  9. Restu Yang Abadi (4:03)
  10. Sudi-Sudikah Dikau (3:42)
  11. Satu Tidur Panjang (6:10)
  12. Seruan (5:07)

CD 2:

  1. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi (4:34)
  2. Ku Di Halaman Rindu (5:20)
  3. Pencinta (4:13)
  4. Lanun (3:59)
  5. Maya Persada (4:50)
  6. Rockrama (4:43)
  7. Impian Setaman (4:55)
  8. Carilah (5:15)
  9. Hidup Dan Perjuangan (3:01)
  10. Sutra (5:26)
  11. Semangat Lamina (5:04)
  12. Perjalanan Cinta Abadi (5:32)

Filemografi

sunting
Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1987 Rozana Cinta (Penampilan Khas - Lefthanded)

Anugerah

sunting
Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Karya

Tercalon

Keputusan
1997 Album Rock Terbaik Nafas Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ No finer time to be alive?: voices of Singapore's English music
  2. ^ "Rock band Lefthanded's guitarist Abdul Samad Mian dies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-26. Dicapai pada 2021-10-01.
  1. http://carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMlktn.htm
  2. Lefthanded dalam kenangan
  3. Lagenda Lefthanded
  4. Lefthanded - Kumpulan mungkin berpecah akhirnya[pautan mati kekal]
  5. Konsert tanpa Nash
  6. [1]
  7. [2]