Projek Pistol ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang ditubuhkan pada 2009.[2] Ahli asal kumpulan ini ialah Edrie Hashim (gitaris), Boy Clifford (vokalis), Pae (dram) dan Zham Lucan (basis).[3] Projek Pistol meraih kejayaan komersial dalam industri muzik menerusi lagu "Wanita Seluruh Dunia" yang dicalonkan di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-26.[4]

Projek Pistol
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Ahli
Bekas ahliZham Badri

SejarahSunting

Projek Pistol ialah sebuah kumpulan muzik bebas yang pada asalnya dianggotai oleh Edrie Hashim (gitar), Kamarul Izham "Zham" Ahmad Badri, (bass), Clifford Hugh "Boy" Joseph, (vokalis) dan Mohamad Nasfa "Pae" Mohamed Nasir (dram). Pada tahun 2010, mereka muncul dengan album pertama Stereo Andromeda. Pada akhir tahun 2015, Zham meninggalkan kumpulan itu dan digantikan oleh Halizor Hussein atau Fly Halizor bagi menggantikan posisi Zham.

DiskografiSunting

Album studioSunting

Lagu dan singleSunting

  • "Wanita Seluruh Dunia" (2010)

AnugerahSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Cliff Umar, bukan Boy". Kosmo!. 29 Julai 2012. Diarkib daripada yang asal pada 30 Julai 2012. Dicapai pada 24 Oktober 2012.
  2. ^ "Projek Pistol, bukan rock kapak". Kosmo!. 18 April 2010. Diarkib daripada yang asal pada 21 April 2010. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  3. ^ Nur Azhari Zainoodin (29 Jun 2011). "Kekentalan Projek Pistol". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 27 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  4. ^ Siti Azira Abd Aziz (27 November 2011). "Projek Pistol terkejut dapat markah tertinggi Top 5 ke AJL 26". mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 26 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2012.
  5. ^ Amirah Amali Syafaat (1 November 2015). "'Perang saudara' dalam Revolution". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 3 November 2015. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
  6. ^ Projek Pistol: Eksperimen dalam album baharu. Astro Awani. 8 Disember 2015. Diarkib daripada yang asal pada 27 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2016.

Pautan luarSunting