Allahyarham Syed Azlan bin Syed Abu Bakar (Jawi: سيد عزلن بن سيد ابو بكر; lahir 1966) atau lebih dikenali sebagai Arab, merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman.

Arab
Kelahiran
Syed Azlan bin Syed Abu Bakar

1966
Meninggal dunia12 November 2016 (umur 49–50)
Sebab kematianKomplikasi jantung
DikebumikanLabis, Johor
PendidikanSekolah Menengah Sains Johor
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik, penerbit rakaman, pegawai Artiste and Repertoire (A&R) Warner Music Malaysia dan Universal Music Malaysia
Tahun aktif1990–2016
Terkenal keranaPenyanyi untuk duo terkenal tahun 1990-an, Arab & Aidit bersama Aidit Alfian yang popular dengan lagu-lagu seperti Bila Bulan Berwarna Biru dan Warna Hampa, serta penyanyi jemputan untuk album Nafas kumpulan rock Lefthanded
PasanganMarina Abdul Manap
Kerjaya muzik
GenreRock, pop, balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
EMI Malaysia
Pengkarya berkait
Aidit Alfian, Dato' M. Nasir, Dato' Hattan, Hillary Ang, Allahyarham Saleem, Allahyarham Samad, kumpulan Lefthanded, Erra Fazira, Hazami

Latar belakang

sunting

Kerjaya seni

sunting

Arab & Aidit

sunting

Arab menempa nama dalam persada seni Malaysia melalui duo Arab & Aidit yang dianggotai beliau bersama pemuzik dan komposer terkenal Aidit Alfian. Mereka sempat hadir dengan sebuah album yang berjudul Anak Alam pada tahun 1990 di bawah label EMI Malaysia (kini Universal Music Malaysia). Antara lagu dari album tersebut yang masih menjadi siulan para peminat muzik sehingga kini adalah Bila Bulan Berwarna Biru dan Warna Hampa.

Sebuah lagi lagu dari album tersebut iaitu Pesona telah dimuatkan dalam album kompilasi lagu-lagu kerohanian & ketuhanan keluaran EMI Malaysia yang berjudul Tetamu Senja (sempena judul lagu Tetamu Senja yang dirakamkan semula oleh Aris (Ariwatan) untuk album tersebut - lagu asal nyanyian kumpulan Kopratasa). Selain lagu Pesona dan Tetamu Senja, album tersebut turut menampilkan lagu-lagu kerohanian dan ketuhanan malar segar persembahan asal kumpulan D'lloyd, kumpulan Harmoni, Dato' Ramli Sarip dan kumpulan Kembara yang dirakamkan semula oleh kumpulan Illusi & Aris (Ariwatan), serta sebuah lagu baru yang berjudul Insan Dalam Kenangan persembahan kumpulan blues Kalakatoo.

Kerjaya sebagai penyanyi latar

sunting

Selain menjadi penyanyi untuk duo Arab & Aidit, Arab juga terkenal sebagai seorang penyanyi latar. Beliau pernah tampil dalam Anugerah Juara Lagu 1992 sebagai salah seorang penyanyi latar untuk lagu Mahligai Syahdu persembahan Dato' Hattan. Setahun selepas itu, Arab sekali lagi menyanyikan lagu tersebut dalam sebuah rancangan hiburan terbitan TV1 RTM, tetapi kali ini beliau menggantikan tempat Dato' Hattan sebagai penyanyi lagu tersebut buat sementara waktu kerana Dato' Hattan tidak sihat pada hari itu.

Penyanyi jemputan untuk album solo kedua Hillary Ang

sunting

Pada tahun 1994, Arab tampil bersama Saleem (Iklim) sebagai penyanyi jemputan untuk album solo kedua Hillary Ang, bekas pemain gitar kumpulan Search (pada ketika itu), yang berjudul Hillary ZZ. Untuk album tersebut, Arab menyanyikan lagu Karisma dan berduet dengan Saleem untuk lagu Taman Rohani.

Penyanyi jemputan untuk album solo Samad Lefthanded

sunting

Pada tahun yang sama juga, Arab tampil sebagai penyanyi undangan untuk album solo Samad (pemain gitar kumpulan Lefthanded) yang juga berjudul Samad. Untuk album tersebut, Arab menyanyikan lagu Malam Yang Panjang. Versi instrumental lagu tersebut turut dimuatkan dalam album yang sama.

Penyanyi jemputan untuk kumpulan Lefthanded

sunting

Arab dan pemain dram lagenda, Tom Anuar, menyertai Lefthanded apabila Lefthanded terpilih sebagai kumpulan jemputan untuk persembahan pembukaan konsert kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat, Mr. Big di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1994. Persembahan pembukaan mereka pada konsert tersebut dirakamkan secara langsung dan dimuatkan dalam album Nafas yang dikeluarkan pada tahun 1996.

Album tersebut juga menampilkan lagu-lagu terkenal Lefthanded yang dirakamkan semula dalam versi akustik. Selain itu, dua buah lagu baru iaitu Sutra dan Nafas Rindu turut dimuatkan dalam album tersebut.

Sebagai komposer dan penerbit rakaman

sunting

Selain bergelar seorang penyanyi, Arab juga merupakan seorang komposer dan penerbit rakaman. Beliau pernah terlibat dalam penghasilan album sulung Erra Fazira dan juga album sulung Hazami yang berjudul Tekad.

Kerjaya bersama Warner Music Malaysia dan Universal Music Malaysia

sunting

Sepanjang penglibatan Arab dalam dunia seni, beliau pernah berkhidmat sebagai penerbit rakaman dan pegawai Artiste and Repertoire (A&R) untuk Warner Music Malaysia dan Universal Music Malaysia.

Kehidupan peribadi

sunting

Kematian

sunting

Pada 12 November 2016, Arab telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi jantung.

Diskografi

sunting

Album studio (berkumpulan)

sunting
  • 1990: Anak Alam

Rujukan

sunting