Hattan
Dato' Haji Mohd Shukri "Hattan" Shahabudin (lahir 21 Disember 1964)[1][2] merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penggubah lagu Malaysia. Lagu "Memburu Rindu" ciptaan M. Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1991.
Dato' Hj Hattan | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Mohd Shukri bin Shahabudin |
Juga dikenali sebagai | Hattan |
Kelahiran | Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia | 21 Disember 1964
Genre | Rock, Balada, Blues |
Pekerjaan | Penyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1987–kini |
Syarikat rakaman | 1988 – 1997: Warner Music 1998 – 2002: Sony Music 2007: NOVA Muzik Sdn Bhd |
Pengkarya berkait | M. Nasir, Ramli Sarip |
Kerjaya muzikSunting
Beliau dilahirkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Sebelum bergiat aktif sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988.
Beliau kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar.
Karakter vokal yang dimiliki beliau juga unik dan menjadikan beliau salah seorang penyanyi rock lagenda tanahair. Maka tidak hairanlah beliau kerap diberi peluang merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain namun dengan cara dan identitinya tersendiri.
Hattan juga dikenali sebagai antara penyanyi yang lantang mempersoalkan kemasukan lagu-lagu artis luar negara yang adakalanya dilihat agak berlebihan dalam industri muzik tempatan. Sikap terus-terang beliau ini agak kurang disenangi beberapa pihak.
Penglibatan dalam program realiti tvSunting
Hattan diberi tugas untuk mendidik protege bernama Alynn dalam rancangan Mentor musim pertama pada tahun 2005. Bagaimanapun Alynn tidak berjaya memasuki peringkat akhir.
Kemudian beliau menjadi pengkritik tetap Akademi Fantasia 2007 dan telah dilantik sebagai pengetua Akademi Fantasia 2014.
Pada tahun 2015 beliau bergandingan bersama Ajak Shiro dalam kumpulan Juri untuk menggantikan Awie sementara waktu di Juara Parodi. Pada peringkat akhir Kumpulan Juri mendapat Tempat Ketiga.
Kehidupan peribadiSunting
Beliau pernah berkahwin dengan Arianie Mohd Abidin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, ADAM EIMAN (lahir 1998).
Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Farah Asyikin Othman, pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti sebelum bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 Januari 2012.[3]
Beliau kembali menikahi bekas isterinya DATIN ARIANIE pada 24 Julai 2013.[4]
DiskografiSunting
Album BerkumpulanSunting
- War Rock 1 (1987) - Pelbagai Artis (Bersama kumpulan Pratayuda)
- FRU - Kelahiran (1988)
Album Studio (Solo)Sunting
- Nostalgia (1987)
- Hattan (1991)
- Antem (1992)
- Ana Permata Timur (1993)
- Mentor (1994) - album khas tribute lagu-lagu ciptaan Datuk M. Nasir
- Satu Malaya Dah Tahu (1996)
- Biso Bonar (1998)
- Aku Dan Mentor (2000)
- Palestin: Jangan Menangis (2002)
- Masterpiece (2007) - album khas tribute lagu-lagu Datuk Ramli Sarip dan Sweet Charity
- Inderawala (2010)
Album kompilasiSunting
- Meniti Perjalanan (1998)
- Terbaik Hattan (2002)
- Rock Malaya - Greatest Hits 1990-2005 (2005)
Anugerah Juara LaguSunting
Datuk Hattan pernah beberapa kali menyertai pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu seperti berikut:
Lagu ciptaanSunting
Beliau turut berbakat dalam bidang penciptaan lagu, antaranya:
- Michelle - Kris (1993)
- Misteri Kasih - Kris (1993)
- Biso Bonar - Hattan (1998)
- Aku Tahu Aku Rindu - Nora(2001)
- Memandu Nafsu - Search(1990)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | Selubung | Pintu | Filem pertama |
1998 | Who Am I? | Komando | Filem Hong Kong, pelakon undangan |
2004 | Buli | Jalal | Pelakon undangan |
7 Perhentian | Adam | ||
2009 | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Panglima Merah | |
2016 | Rock Bro! | Dirinya sendiri | Pelakon undangan |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Bodyguard | TV3 | Penampilan khas |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Rompakan Kabinet | Astro Ria | |
2018 | Dari Kekasih Untuk Kekasih | Hattan | TV3 |