Ahirine Ahirudin (lahir 8 Julai 1996) ialah seorang wartawan, pengacara, penulis, pelagak ngeri dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah anak kepada pengamal media berpengaruh, Ahirudin Attan.[1][2][3][4][5]

Ahirine Ahirudin
Kelahiran (1996-07-08) 8 Julai 1996 (umur 27)
Kuala Lumpur
PendidikanIjazah Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanWartawan, penulis, pelumba kereta, pelagak ngeri, pelakon, peninju muaythai
Tahun aktif2018–kini
EjenWebTVAsia (2022–kini)
Ketinggian173 cm (5 ka 8 in)
KeluargaAhirudin Attan (bapa)

Kerjaya sunting

Mewarisi bidang kewartawanan daripada bapanya yang juga figura industri media tersohor negara, Ahirudin Attan,[1][6][7] Ahirine memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis untuk ruangan 'Cars, Bikes and Trucks' untuk akhbar New Straits Times selama 2 tahun, dari 2014 hingga 2016 semasa beliau menjadi pelajar diploma.[3][8]

Beliau juga menulis artikel bermaklumat di akaun media sosialnya. Semasa mengikuti ijazah, beliau berkhidmat sebagai hos bersama dan wartawan penyiaran rancangan hiburan Astro Ria, Hlive dan menghabiskan tiga bulan lagi dalam rancangan itu selepas tamat pengajiannya. Ahirine juga menjadi penerbit bersama dua rancangan permainan Astro Ria, Mana Bro? dan The Jangan Show.[3]

Kerjaya lakonan Ahirine bermula pada 2020 apabila beliau ditawarkan membintangi filem Remp-It 2 arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil,[9] dengan memegang watak sebagai Roy, dan filem ini ditayangkan pada November 2022. Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Jijah dalam filem komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie (2022) yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Menerusi filem ini, beliau digandingkan bersama Hattan, Joey Daud dan Khir Rahman.[3][10] Beliau turut membintangi filem usahasama Malaysia dan Singapura, What! The Heist arahan Matt Lai, yang mana beliau memegang watak Bangkok.[3]

Ahirine juga terlibat dengan kerja aksi lagak ngeri dalam beberapa projek sinematik tempatan sebelum ini. Antara aksi lagak ngeri yang pernah dijayakannya termasuk siri The Bridge dan Gol & Gincu Vol. 2.[1][11]

Pada September 2022, Ahirine telah diperkenalkan sebagai bakat baharu di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT) milik WebTVAsia.[12][13]

Kehidupan peribadi sunting

Ahirine dilahirkan di Alor Gajah, Melaka dan dibesarkan di Puchong, Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 beradik dan mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Bapanya ialah pengamal media dan bekas wartawan, Ahirudin Attan atau Rocky Bru. Beliau merupakan pemegang Ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[3]

Di waktu lapangnya, Ahirine meminati sukan lasak dan aktiviti permotoran.[14][6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Penunggang basikal Filem pertama; juga sebagai pelakon ganti aksi
2022 Gadis Jolobu The Movie Jijah
Remp-It 2 Roy
2023 What! The Heist Bangkok Filem Malaysia-Singapura
Tebus Ana

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2023 Mood Travel On TV Okey

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Couple Filem Popular (bersama Farid Kamil) Remp-It 2 Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Dato' Hattan) Gadis Jolobu The Movie Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Mohd Haikal Isa (11 Mac 2022). "Si lasak Ahirine kini heroin filem". Kosmo!. Dicapai pada 6 Ogos 2022.
  2. ^ Najiy Jefri (30 Julai 2022). "Dapat restu keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 6 Ogos 2022.
  3. ^ a b c d e f Dennis Chua (5 Ogos 2022). "#Showbiz: Ahirine pursues her acting passion" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Ogos 2022.
  4. ^ Mohd Haikal Isa (24 Disember 2022). "Ahirine tak sekadar jual rupa untuk popular". Kosmo!. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  5. ^ Helmi Anuar (24 Jun 2023). "Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!". Getaran. Dicapai pada 4 Julai 2023.
  6. ^ a b Azizul Rahman Ismail (1 Julai 2020). "More than looks" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  7. ^ "Usia 26 Tahun & Pernah Jadi Wartawan Penyiaran, Ahirine Ahirudin Akui Awalnya Risau Berlakon Di Samping Hattan". Media Hiburan. 28 Julai 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  8. ^ Aini Shah (20 Oktober 2017). "Woman Crush October Issue – Up Close & Personal With Ahirine Ahirudin". Zalora Thread (dalam bahasa Inggeris). Zalora. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  9. ^ Helmi Anuar (14 Mac 2022). "Transisi Ahirine Ahirudin Dari Pelakon Lagak Ngeri Ke Bintang Filem". Getaran. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  10. ^ Fatin Farhana Ariffin (8 April 2022). "Ahirine impi banyak filem aksi, lasak". Berita Harian. Dicapai pada 6 Ogos 2022.
  11. ^ Zaara Talita (5 Ogos 2022). "Ahirine terbuka terima kritikan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  12. ^ Georgie Joseph (29 September 2022). "Kejar minat sepenuh jiwa". Harian Metro. Dicapai pada 14 Oktober 2022.
  13. ^ Aphit J. (16 September 2022). "WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin". Murai.my. Dicapai pada 14 Oktober 2022.
  14. ^ Nurul Fadila Awaludin (1 Ogos 2022). "Ahirine Ahirudin nampak lemah lembut tapi suka sukan permotoran, cari pasangan sama minat". mStar Online. Dicapai pada 7 Ogos 2022.

Pautan luar sunting