Metalasia

apitzz metalasia


Kumpulan Metalasia merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Metalasia
GenreProgressive Metal
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
Pautan berkaitan
Pautan lainMusicbrainz: a447ec75-859e-423c-92b5-21909bda1d6d Songkick: 159201 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengenalan

sunting

Kumpulan Metalasia ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah naungan Tri Castle Entertainment atas cetusan rasa dan keinginan anggotanya yang ingin membawa pendengar menjiwai muzik ala 80-an yang diberi nafas baru dengan penekanan terhadap gitar work yang sangat progresif. Dianggotai oleh 5 orang anak muda yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang muzik terutamanya yang membabitkan jenis muzik underground dan seangkatan dengannya, mereka kini dilandaskan yang paling tepat untuk mengegarkan persada muzik metal tanahair.

Kumpulan Metalasia ini juga boleh dikatakan deipengaruhi aliran muzik Italian Symphonics Power Metal yg telah diperkenalkan oleh kumpulan yang berasal dr eropah iaitu Rhapsody of Fire.

Cara pembawaan lagu boleh dikatakan seakan kumpulan Cacophony (Perpetual Burn) yang diterajui oleh gitaris lagenda Marty Friedman dan Jason Becker. Walau apa pun, kumpulan Metalasia dan juga petikan gitar King Shah & Ridz dapat memang mengasyikkan dan berjaya membawakan lagu-lagu mereka setanding dengan kumpulan-kumpulan heavy metal dari barat.

Anggota - Anggota

sunting
Anggota Terkini
  • Muix - Vokal
  • Zen - Bass
  • King Shah - Gitar
  • Chef Fariz Azmi - Dram
  • Ritz - Gitar
Bekas Anggota
  • Sham Stalin - Keyboard
  • Wan Brakar - Bass
  • Genevie Kam - Keyboard
  • Zik - Gitar
  • Cd Naz - Vokal
  • Sam Maya - Drum
  • Khalifah Alam Maya (1999)
  • Silantra... Bermulanya Sebuah Epik (2002)

Anugerah

sunting

Anugerah Industri Muzik 2003

Album Hard Rock Terbaik - Artis/Produser: Silantara…Bermulanya Sebuah Epik - Metalasia dan King Shah

Maklumat Tambahan

sunting

Genre: Musik Metal Progresif, Power Metal
Tema lirik: Epik Malaysia
Tahun ditubuhkan: 1997
Naungan: Tri Castle Entertainment
Status: Aktif
Nota:

  1. Kumpulan muzik yang pernah membuat jelajah ke Jepun dan Korea
  2. Pernah membuat rakaman bersama Ning Baizura
  3. Penyanyi asal CD Naz(album Khalifah Alam Maya) merupakan bekas gitarist utama kumpulan Sil Khannaz


Pautan luar

sunting