Man Bai
Man Bai (lahir Abdul Rahman bin Osman; 30 November 1967) merupakan seorang penyanyi rock Malaysia bermula sejak 1980-an. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Gersang.[2]
Man Bai | |
---|---|
![]() Man Bai bersama gitarnya. | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Abdul Rahman bin Osman |
Kelahiran | [1] Johor Bahru, Johor, Malaysia | 30 November 1967
Genre | Rock, pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penerbit rakaman, penggubah lagu |
Instrumen | Vokal, Gitar |
Tahun aktif | 1981–kini |
Syarikat rakaman | Rahim Othman Productions (ROP) : 1987-1990) Roslan Aziz Productions : 1991-2000 |
Pengkarya berkait | Kumpulan Gersang |
Kehidupan peribadiSunting
Man Bai sudah berkahwin. Pada Oktober 2014, beliau mendedahkan isterinya pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki warga Singapura selama lebih empat tahun.[3]
KerjayaSunting
Kerjaya muzikSunting
Pada awalnya Man Bai menyertai kumpulan Gersang yang dibentuk pada tahun 1981. Selepas melalui beberapa cabaran, kumpulan Gersang mula menjulang nama di pentas muzik tempatan dengan album Gersang pada tahun 1988.
Selepas album ketiga Gersang yang berjudul B29 (1989), Man Bai berhadapan dengan cabaran apabila menghidap penyakit tonsil yang agak serius dan memerlukan pembedahan. Beliau kemudiannya berehat selama hampir enam tahun.
Setelah pulih dari penyakit tonsil, beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo dengan lagu hit Kau Ilhamku pada tahun 1995.[4][5]
Beliau bekerja dengan Roslan Aziz Productions dari tahun 1991 hingga 2000.[6]
Kerjaya filemSunting
Kerjaya filem Man Bai bermula apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Layar Lara arahan Shuhaimi Baba lakonan Ida Nerina. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia pada 1997.
Beliau juga berlakon bersama M. Nasir dan Tiara Jacquelina dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin.[7]
DiskografiSunting
Album bersama GersangSunting
- Masih Aku Terasa (1987)
- Suratan Takdir (1988)
- B29 (1989)
Album soloSunting
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1997 | Layar Lara | Daud | |
2000 | Syukur 21 | Salleh | |
2002 | Cinta 200 Ela | Amri | |
Ah Loke Cafe | |||
2004 | Puteri Gunung Ledang | Topok | |
2007 | 1957 Hati Malaya | Tun Hussein Onn | |
2018 | Busker | Nasir Jani | Kemunculan khas |
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1996 | Anugerah Industri Muzik 1996 | Penyanyi Lelaki Solo Terbaik | Menang |
RujukanSunting
- ^ Man Bai pendam rasa. Akui tidak bagus menyepikan diri, kini kembali dengan lagu terbaru Inspirasi Dicapai pada 1 Januari 2014.
- ^ Fighting fit, By N. RAMA LOHAN, Friday August 12, 2011
- ^ Man Bai dedah isteri jalin skandal dengan lelaki Singapura sejak 2008 Oh! Bulan (1 Disember 2014). Dicapai pada 1 Januari 2015.
- ^ Kosmo! Staff (19 November 2015). "Nafas baharu Kau Ilhamku". Kosmo!. Dicapai pada 2016-01-31.
- ^ Zaidi Mohamad (19 November 2015). "Artis popular rakam balik lagu Kau Ilhamku". Berita Harian. Dicapai pada 2016-02-09.
- ^ Man Bai pernah jadi kru RAP Harian Metro (18 Mac 2018). Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ "Tidak bercinta dengan Hang Tuah". Utusan. 7 May 2016. Dicapai pada 7 May 2016.
- ^ Man Bai buat ‘comeback’ dengan Inspirasi, myMetro, 2011/06/23