Ida Nerina

Pelakon, penerbit dan pengarah filem Malaysia

Ida Nerina Hussain (lahir 13 Januari 1964) merupakan pelakon, penerbit dan pengarah filem Malaysia. Beliau yang lahir di Middlesex, England merupakan anak kepada ahli politik Hajjah Marina Yusoff.

Ida Nerina
Kelahiran
Ida Nerina binti Hussain

(1964-01-13) 13 Januari 1964 (umur 60)
Middlesex, England
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, pengacara
Tahun aktif1986–kini
PasanganSha'arin Razali (k. 2006; c. 2009)

Beliau pernah bekerja dengan beberapa pengarah filem terkenal dalam industri filem tempatan, termasuk Yasmin Ahmad, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Datuk Yusof Haslam.

Kehidupan peribadi sunting

Ida Nerina pernah berkahwin dengan Sha’arin Mohammed Razali (abang kepada pelakon, pemuzik dan pengacara Qi Razali), bekas pemain dram kumpulan Black Rose pada 2 Jun 2006. Namun pada 21 September 2009, mereka bercerai apabila semua kaedah untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.[1][2][3]

Pada tahun yang sama juga, beliau mengalami kecederaan di tulang belakang dan terpaksa berkerusi roda.[4] Namun kekal aktif dalam kerjaya hiburan.[5] Sejak itu, beliau mula berahsia tentang kehidupan peribadinya.[6]

Kerjaya sunting

Awal 1990-an melihat Ida menerokai program TV dan filem-filem cereka. Lakonannya sebagai E.J. dalam filem 1992 yang memenangi anugerah, Selubung arahan Shuhaimi Baba, ia merupakan persembahan pertamanya dalam sebuah filem cereka. Selepas itu beliau muncul dalam filem Pesona Cinta dan XX Ray II yang melayakkan beliau dicalonkan dalam dua kategori iaitu masing-masing untuk Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12. Selepas itu, Ida telah dicalonkan dan dianugerahi untuk banyak persembahannya dalam banyak filem tempatan termasuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1997 menerusi Layar Lara di Festival Filem Malaysia ke-13 untuk peranan lakonannya sebagai Ena Manjalara. Layar Lara, filem Melayu yang sangat popular juga mendapat penghargaan antarabangsa apabila dianugerahkan di Festival Filem Bebas Brussels pada tahun 1997.

Ida yang telah terlibat secara aktif dalam industri perfileman Malaysia muncul dalam beberapa filem Melayu yang terkenal seperti Mimpi Moon, Sara, dan Pontianak Harum Sundal Malam. Sepanjang tahun Ida telah bekerjasama dengan ramai pengarah seperti Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad, Datuk Yusof Haslam, Shuhaimi Baba, Datuk Lat dan banyak lagi; dan terus menjayakan peranan dalam industri filem negaranya. Pada tahun 2008, Ida menyertai rancangan televisyen realiti The Amazing Race Asia 3 bersama Tania Khan, di mana mereka tamat di tempat ketiga.[7]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Selubung EJ Filem pertama
1995 Pesona Cinta Juwita
XX Ray II Seri Bayu
1997 Layar Lara Ena Manjalara
2000 Mimpi Moon Miranda Cordoba
2001 Sara Sara
2002 Gerak Khas The Movie II Carina
2004 Sepet Mak Inon
Pontianak Harum Sundal Malam Sitam
2005 Baik Punya Cilok Sarjan Wan Nor Azlin
Pontianak Harum Sundal Malam 2 Bayang
2006 Gubra Mak Inom
2007 1957: Hati Malaya Juruwang Bank
2008 Anak Kay
Susuk Suzana
Wayang Mak Cik Esah
Los dan Faun Serina Mysterina
Cuci Penyambut tetamu Penampilan khas
2009 Talentime Datin Kalsom
2013 Tanda Putera Jah Steno Penampilan khas
2018 Orang Itu Pengurus Kedai
2022 Split Gravy On Rice Salamiah Pelakon undangan

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1988 Nuriana
1991 Terang-Terang
1992 Anak Angkat
1993 Duda
Antara Bulan dan Sutera
Cemas
Tunggu Sekejap
1994 Sekali Peristiwa
Aku Anak Siapa
Cinta Selluloid
Ratu Jamu TV3
Pinggiran
1995 Amer Amera Amera TV3
Permit
Oh Mama
Tarian Hidup
Reflek
1996 Ladang
Mengejar Zuriah
2004 Beras Kunyit Di Pagi Raya
2005 Langit Mahgrib
Chah
2007 Hujan Malam
Sandaran Kasih
Residen

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1997 Nick & Nina
2002 Talk About Love
Fatimah Psikik
2004 Astana Idaman (Musim 2) Astro Ria
2005 Aku Lelaki
2006 Ejen 016 TV3
Mitosastras
2007 Anak Pontianak Bayang TV3
2009 Hartamas Amelia ntv7

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1986 Muzik Muzik Pengacara TV3
2004 1, 2, 3, Baby!
2008 The Amazing Race Asia 3
2009 Akademi Fantasia (musim 7) Tenaga pengajar Astro Ria
2011 Women 100

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
1994 Anugerah Skrin TV3 '94 Pelakon Wanita Terbaik Anak Angkat Menang
1995 Anugerah Skrin TV3 '95 Pelakon Wanita Terbaik Aku Anak Siapa? Tercalon
1995 Anugerah Skrin TV3 '95 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ratu Jamu Tercalon
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Pelakon Wanita Terbaik Pesona Cinta Tercalon
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik XX Ray II Tercalon
1997 Anugerah Skrin TV3 '97 Pelakon Wanita Terbaik Amer Amera Tercalon
1997 Festival Filem Malaysia ke-13 Pelakon Wanita Terbaik Layar Lara Menang
2000 Festival Filem Malaysia ke-15 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Mimpi Moon Menang
2000 Anugerah Skrin TV3 2000/2001 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Mimpi Moon Menang
2003 Anugerah Skrin 2003 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Gerak Khas The Movie 2 Menang
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam Tercalon
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Sepet Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam II Tercalon
2009 Anugerah Skrin 2009 Pelakon Pembantu Terbaik Susuk Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Ida, hubby go separate ways The Star (14 Oktober 2009). Diperoleh pada 10 Jun 2010.
  2. ^ Saya minta diceraikan - Ida Nerina Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia (23 April 2010). Dicapai pada 11 Jun 2011.
  3. ^ Siti Azira Abdul Aziz (13 Oktober 2009). Suami Ida Nerina lafaz cerai di Hari Raya kedua mSTAR Online. Diperoleh pada 11 Jun 2010.
  4. ^ MESKIPUN BERKERUSI RODA - Ida Nerina kembali aktif MyArtis (10 Oktober 2013). Diperoleh pada 1 November 2013.
  5. ^ 100 memorable Malaysian women - Part 1 Diarkibkan 2011-04-08 di Wayback Machine The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 Jun 2014.
  6. ^ Norhidayu Zainal (24 Oktober 2013). "Ida Nerina cukup berahsia". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  7. ^ Ida sertai Amazing Race Asia Utusan Malaysia (14 Ogos 2008). Diperoleh pada 10 Jun 2010.

Pautan luar sunting