Split Gravy On Rice ialah filem komedi Malaysia 2015 arahan sulung Zahim Albakri dengan skrip ditulis bersama oleh Zahim, Jit Murad dan June Tan. Diadaptasi dari drama pentas 2002 dengan tajuk sama karya Jit, ia mengisahkan kehidupan lima beradik dari lima ibu yang berbeza dan seorang bapa yang membesar dalam arah yang berbeza.[1] Filem ini ditayangkan pada 8 November 2015.

Split Gravy On Rice
PengarahZahim Albakri
Penerbit
Penulis
Dibintangi oleh
Muzik olehDaniel Veerapen
SinematografiYuk Hoy Cheong
Disunting olehA. Samad Hassan
Syarikat
penerbitan
ZSA Productions
Mula ditayangkan
8 November 2015
Tempoh tayangan
112 minit
NegaraMalaysia
BahasaInggeris

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon undanganSunting

PenerbitanSunting

Sebelum diterjemah ke layar perak, Split Gravy On Rice merupakan drama pentas yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pengarah Terbaik (Zahim Albakri), Skrip Asal Terbaik (Jit Murad), Penataan Cahaya Terbaik (Mac Chan) dan Anugerah Pilihan Penonton di Anugerah Seni BOH Cameronian yang pertama pada tahun 2002.[1]

Filem ini menjalani penggambaran di kediaman keluarga Zahim sendiri, yang telah dirobohkan sejurus selepas filem ini disiapkan.[2]

RujukanSunting

  1. ^ a b Filem Spilt Gravy On Rice menanti kelulusan LPF Astro Awani (22 April 2014). Dicapai pada 27 November 2014.
  2. ^ Deric Ect (7 November 2015). Zahim Albakri’s ‘Spilt Gravy On Rice’ In Competition At IFFCOLOMBO! Daily Seni. Dicapai pada 27 November 2015.

Pautan luarSunting