Nanu Baharudin
Sabaranu "Nanu" Baharudin (lahir 19 November 1969) ialah seorang pelakon, pengacara TV dan peragawati Malaysia.[1] Beliau berasal dari keluarga berdarah seni, terutama neneknya pelakon Zaharah Agus dan datuknya M. Suki.[2]
Nanu Baharudin | |
---|---|
Kelahiran | Sabaranu binti Baharudin 19 November 1969[1] |
Pekerjaan | Pelakon, peragawati, pengacara TV |
Tahun aktif | 1992–kini |
Beliau pernah 3 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia menerusi filem Perempuan Melayu Terakhir, Cinta dan 1957: Hati Malaya. Menerusi filem Imigran pula, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Sejak 2000, Nanu banyak terbabit dengan drama TV dari Pesona Pictures selain daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem keempat Nanu setelah Rimba Malam, Imigran dan Perempuan Melayu Terakhir. Filem Rimba Malam yang melayakkan Nanu merangkul anugerah Bintang Harapan dulu.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | Rimba Malam | Pelakon pembantu Anugerah Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia[1] | |
1993 | Imigran | Pelakon utama Dicalonkan—Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia | |
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | Pelakon pembantu Dicalonkan—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Laila | Pelakon pembantu |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam 2 | Laila | Pelakon pembantu |
2006 | Cinta | Dyan | Dicalonkan—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia |
2007 | 1957: Hati Malaya | Datin Sharifah Rodziah | Pelakon pembantu Dicalonkan—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia |
Waris Jari Hantu | Pelakon pembantu | ||
2008 | Congkak | Sufiah | Pelakon utama |
2010 | Semerah Cinta Stilleto | Datin Fairuz | Pelakon pembantu |
2011 | Haq | Zahra | Pelakon utama |
2015 | Split Gravy On Rice |
TelevisyenSunting
- Drama
- Dayana (1998)
- Susuk (2007)
- Anak Pontianak (siri TV) (2007) - Pelakon undangan 2 episod
- Kaizer
- Simbiosis
- Rancangan
RujukanSunting
- ^ a b c "Nanu Baharudin", Seleb A-Z: Artis, Murai.com.my. Diambil pada 26 Januari 2011.
- ^ Nanu - Katalah apa saja Utusan Malaysia (16 Mei 2004). Dicapai pada 27 November 2008.