Mohamed Suki bin Sutan Nordin atau lebih dikenali sebagai M. Suki (1902 – 11 Mei 1991) merupakan seorang pelakon filem Melayu Pertama di Malaysia atau lebih dikenali Malaya pada tahun 1933 sebagai watak utama dalam Filem Leila Majnun. Beliau juga merupakan hero dalam filem Miang Miang Keladi, keluaran Merdeka Studio 1967. Beliau juga berlakon dalam filem Ahmad Albab bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

M. Suki
Kelahiran
Mohamed Suki bin Sutan Nordin

1902 (1902)
Meninggal dunia11 Mei 1991(1991-05-11) (umur 88–89)
Nama lainPak Suki
PekerjaanPelakon
Terkenal keranaFilem Ahmad Albab
PasanganZaharah Agus
Anak-anakNooraini Muti, Abdul Manaf

Kehidupan peribadi Sunting

M. Suki pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Zaharah Agus yang merupakan seorang penyanyi & pelakon. Lakonan yang melekat dihati semua adalah sebagai Latifah, isteri pertama dalam Filem Madu Tiga. M. Suki juga merupakan bapa kepada Allahyarhamah Nooraini Muti seorang penyanyi & pelakon Bangsawan pada era 50an. Darah seni keluarga M. Suki berterusan sehingga ke cucu beliau iaitu Pelakon Nanu Baharudin[1] yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam Industri Filem Malaysia. [2]

Filemografi Sunting

Filem Sunting

Kematian Sunting

Beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1991 kira-kira pukul 9.15 malam ketika berusia 89 tahun setelah terjatuh di rumahnya di Hulu Kelang. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur.

Rujukan Sunting

  1. ^ "Nanu - Katalah apa saja". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
  2. ^ "Congkak beri pengalaman baru, Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2015-04-13.

Pautan luar Sunting