Astana Idaman merupakan sebuah drama Melayu yang ditayangkan di Astro Ria sekitar tahun 2001 hingga 2003. Ditayangkan sebanyak 3 musim, drama ini mengikut acuan drama lipur lara dari Amerika.

Astana Idaman
GenreDrama
Korporat
Cinta
Konflik
Keluarga
Dendam
Dibintangi oleh
Rozie Othman
Hamidah Wahab
Jalaluddin Hassan
Maria Farida
Zachery X-Factor
Cheryl Samad
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim3
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit per episod
Syarikat penerbitan
Antah UTV (musim 1)
Small Fries Pictures (musim 2)
Nusantara Seni Karya (musim 3)
Penyiaran
Saluran asalNTV7
Astro Ria
Siaran asal2001 – 2003
Kronologi
Rancangan berkaitan
Idaman

Astana Idaman merupakan siri drama pertama Malaysia yang diterbitkan oleh tiga syarikat berbeza untuk setiap musimnya iaitu Antah UTV (musim pertama), Small Fries Pictures (Astana Idaman 2) dan Nusantara Seni Karya (Astana Idaman 3). Sepanjang siri ini ke udara sebanyak 3 musim, hanya sebanyak 4 watak yang kekal di dalam semua musim iaitu Maria Firdaus (Maria Farida), Mikhail Firdaus (Zack X-Factor), Sarafina Mahzan (Cheryl Samad) dan Datuk Mansoor (Datuk Jalaluddin Hassan). Bagi musim kedua dan ketiga, lagu 'Bukan itu Bukan ini' yang dipopularkan oleh Zainal Alam Kadir dan Kumpulan Sutera menjadi lagu tema bagi siri ini.

Plot sunting

MUSIM PERTAMA

Keluarga Firdaus yang terdiri daripada Datin Rocky serta tiga orang anaknya iaitu Sulaiman, Maria dan Micky berseteru dengan keluarga Mahzan yang terdiri daripada Dr. Mahzan dan Tengku Intan serta dua anak gadis mereka iaitu Balqis dan Sarafina. Permusuhan bermula daripada sebuah kisah cinta tiga segi ketika Datin Rocky dan Tengku Intan masih di alam remaja. Dalam diam, Sulaiman menjalin hubungan cinta dengan Balqis. Sarafina pula tersepit dalam cinta tiga segi antaranya dirinya, Micky dan Karl. Maria pula berkenalan dengan Kamal, esksekutif di syarikat milik keluarganya menjalin hubungan cinta dengannya.

Datuk Mansoor, seorang usahawan terkenal yang popular dengan butik Idamannya, muncul dalam hidup Datin Rocky. Sejarah Datuk Mansoor yang banyak terlibat dengan kegiatan kongsi gelap menyebabkan hubungannya dan Datin Rocky dihalang oleh keluarga Firdaus. Selain itu, Nina, anak saudara Tengku Intan, menyimpan agenda tersendiri untuk keluarga Firdaus. Untuk itu, dia bekerjasama dengan Kamal yang kini telah berjaya menawan hati Maria. Di tengah-tengah kekalutan antara Keluarga Firdaus dan keluarga Mahzan serta individu yang ingin mengambil kesempatan, muncul Kristal Zazalina, seorang gadis Indonesia yang menyimpan dendam terhadap Datuk Mansoor.

Di pengakhiran, Balqis meninggalkan Sulaiman untuk berhijrah ke luar negara. Sarafina memilih Micky walaupun ditentang kuat oleh ibunya. Ketika majlis pembukaan dan perasmian kelab Micky, perbuatan khianat menyebabkan kelab malam itu terbakar...


MUSIM KEDUA

Ekoran daripada kebakaran kelab Malam Micky, Kristal menghilangkan diri, Tengku Intan koma manakala Karl terkorban. Sarafina menjalin hubungan yang serius dengan Micky. Namun, tumpuannya beralih pada Mark, penulis baru di syarikat majalah miliknya yang baru kematian isteri. Sulaiman yang masih menyendiri selepas hubungannya dengan Melissa, Joanna, Balqis dan Kristal, bertemu Sari Syuhada, seorang gadis cantik yang merupakan anak saudara kepada Rudy, kekasih lama Datin Rocky.

Kamal yang memiliki niat jahat terhadap keluarga Firdaus, bekerjasama bersama Zara. Dalam satu tragedi, dia bertemu Mila, dan terus bercadang untuk membantunya. Datuk Mansoor pula menghadapi konflik dengan beberapa pihak kongsi gelap lain iaitu kongsi gelap cina serta kongsi gelap dari Indonesia.

Kemunculan Faridah, isteri kepada Datuk Firdaus menyebabkan Datin Rocky terkejut bahawa dia telah dimadukan sebelum suaminya meninggal dunia. Apa yang lebih memeranjatkan, Sari Syuhada ialah anak Faridah dan Datuk Firdaus yang menjadikan dirinya adik kepada Sulaiman. Kejutan ini memberi tamparan hebat kepada keduanya.

Pada majlis amal Datin Rocky di sebuah hotel, konflik antara kumpulan kongsi gelap tercetus menyebabkan berlakunya tembak-menembak. Mila, Kamal, Zara, Sulaiman serta Datuk Mansoor terkena tembakan. Datin Rocky pula diserang sakit jantung...

Pelakon sunting

Musim 1 sunting

Musim 2 sunting


Musim 3 sunting

Watak & perwatakan sunting

Musim 1 sunting

  • Rozie Othman - Datin Rocky
    • Isteri arwah Datuk Firdaus. Pemilik Casa Impian. Ibu kepada Sulaiman, Maria dan Mikhail. Mendendami Tengku Intan atas kisah lama mereka.
  • Datuk Jalaluddin Hassan - Datuk Mansoor
    • Seorang tokoh perniagaan yg terkenal. Pemilik butik IDAMAN. Bapa kandung Kristal Zazalina, Zulaikha dan arwah Yasmin. Muncul secara misteri dalam hidup Datin Rocky.
  • Azhar Sulaiman - Sulaiman Firdaus
    • Anak sulung Datin Rocky dan Datuk Firdaus. Abang kepada Maria dan Mikhail. Serius dan bertanggungjawab.
  • Maria Farida - Maria Firdaus
    • Anak kedua Datin Rocky dan Datuk Firdaus. Adik kepada Sulaiman dan kakak kepada Mikhail. Seorang yang bergaya. Berkahwin dengan Kamal Khairuddin.
  • Zach X-Factor - Mikhail Firdaus
    • Anak bongsu dlm keluarga Firdaus. Seorang playboy dan suka berfoya-foya. Mencintai Sarafina.
  • Norish Karman - Tengku Intan
    • Isteri Dr. Mahazan dan ibu kepada Balqis dan Sarafina. Mendendami Datin Rocky atas kisah lama mereka.
  • Shaharuddin Thamby - Dr. Mahzan
    • Suami Tengku Intan dan bapa kpd Balqis dan Sarafina. Menjadi punca persengketaan Datin Rocky dan Tengku Intan.
  • Intan Azura - Balqis Mahzan
    • Anak sulung keluarga Mahzan. Seorang wanita yg serius dan kuat bekerja. Menjalin cinta dgn Sulaiman Firdaus.
  • Cheryl Samad - Sarafina Mahzan
    • Anak bongsu keluarga Mahzan. Gadis yg manja dan periang. Seorang pelajar kolej.
  • Benjy - Karl
    • Teman lelaki Sarafina. Cemburukan hubungan Sara dan Mikhail.
  • Watie Sadali - Nina
    • Anak saudara Tengku Intan. Berniat jahat dan cuba menggoda Kamal. Seorang yg bermasalah mental.
  • Dato' Seri Eizlan Yusof - Kamal Khairuddin **Eksekutif kanan di Casa Impian dan org kepercayaan Sulaiman. Akhirnya, berkahwin dengan Maria.
  • Ary Malik - Kristal Zazalina **Seorang gadis Indonesia yg penuh misteri. Punyai rencana tersendiri trhadap Datuk Mansur.
  • Yasmin Hani - Melissa
    • Anak Datuk Yusof. Seorang gadis yg cantik dan baik hati. Mencintai Sulaiman.
  • Sabrina Ali - Joanna Johan
    • Kakitangan di Casa Impian. Menjalin hubungan dgn Sulaiman.
  • Eyta Mahmud - Lara
    • Wanita misteri yg mendendami Datuk Mansur.
  • Sharifah Sofia - Alisya.
    • Pembantu Maria Firdaus dan kenalan kepada Mikhail.
  • Danny X-Factor - Zack
    • Anak saudara Dr. Mahzan yang berasal dari kampung. Seorang yang begitu mencintai Sarafina.
  • Diana Rafar - Hani
    • Teman wanita Mikhail.


Musim 2 sunting

  • Rozie Othman - Datin Rocky (Isteri pertama Datuk Firdaus dan ibu tiri Kepada Sari Syuhada. Pernah menjalin hubungan sulit dgn Rudi)
  • Datuk Jalaluddin Hassan - Datuk Mansur (Bekerjasama dgn kumpulan kongsi gelap dan dadah dari Malaysia, Indonesia dan Hong Kong)
  • Azhar Sulaiman - Sulaiman Firdaus (Menjalin hhubungan cinta dgn Sari Shuhada, yg sebenarnya ialah adik kandungnya)
  • Maria Farida - Maria Firdaus (Mengandungkan anaknya dengan Kamal)
  • Zach X-Factor - Mikhail Firdaus (Memiliki kelab SOLARIS. Menjalin hubungan cinta dengan Alina, namun masih menyayangi Sara)
  • Cheryl Samad - Sarafina Mahzan (Mengambil alih perniagaan keluarga setelah ibunya koma dan kakaknya berhijrah ke luar negara)
  • Lisdawati - Sari Syuhada (Anak Datuk Firdaus bersama isteri keduanya, Faridah Ghazali. Dipelihara oleh Rudi sejak kecil)
  • Dato' Seri Eizlan Yusof - Kamal Khairuddin (Bekerjasama dengan Zara unt menghapuskan Datuk Mansur dan menguasai Casa Impian. Telah membunuh ibu Mila)
  • Hani Mohsin - Rudi (Bekas pembantu Datuk Firdaus dan bekas kekasih Datin Rocky.)
  • Haliza Misbun - Faridah Ghazali (Bekas setiausaha Datuk Firdaus dan isteri keduanya. Ibu Sari Shuhada)
  • Aman Shah - Datuk Firdaus (flshback) (Suami kpd Datin Rocky dan Faridah. Bapa kpd Sulaiman, Maria, Mikhail dan Sari)
  • Diana Johor - Mila (gadis kampung yg kematian ibunya yg dibunuh oleh Kamal. Ibu kpd Ilham)
  • Elaine Daly - Zara Chantal Khan (rakan kongsi Kamal dalam rancangan jahatnya. Seorang wanita yg tangkas dan bijak menggunakan senjata api. Penuh tipu muslihat),mempunyai hubungan sulit dengan Kamal
  • Nija AF1 - Bibs (Pekerja di Solaris)
  • Adi Fashla - Aidil (Pekerja di Solaris. Adik Danny)
  • Zainal Alam Kadir - Alam (Rakan Mikhail yg sering berkunjung ke Solaris)
  • Aida Radzwill - Laili (Wanita misteri yg mirip Datin Sally, arwah kekasih Datuk Mansur)
  • Mustapha Kamal - Pak Hartono (Hartawan dan tokan dadah dari Indonesia)
  • Ida Nerina - Ersla (Isteri Hartono)
  • Haeriyanto Hassan - Haeryanto (Org kanan Hartono)
  • Tony Eusoff - Mark Rozario (Penulis baharu di syarikat majalah milik keluarga Mahzan. Seorang duda anak satu)
  • Baizura Kahar - Alina (Gadis cantik yg menjadi teman wanita Mikhail. Menghidap tumor)
  • Chew Kin Wah - Johnny Chen (Tokoh kongsi gelap dari Hong Kong)
  • Zahim Albakri - Hans (Tokoh kongsi gelap dan dadah dari Malaysia. Rakan Zara)
  • Shaharuddin Thamby - Dr Mahzan (Menjaga keluarga dan syarikat keluarga sepeninggalan isterinya yg terlantar koma)
  • Kartina Ayoob - Suzi (Adik Dr mahzan. Membantu abangnya menjaga keluarga Mahzan setelah kakak iparnya koma)
  • Joanna Bassey-Alexendra Lee(Alex)


Musim 3 sunting

Rujukan sunting