Sabrina Ali
Sabrina Nadira Ali Dad Khan (lahir 26 Jun 1980) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2] Beliau merupakan anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr. Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof.[3]
Sabrina Ali | |
---|---|
Kelahiran | Sabrina Nadira binti Ali Dad Khan 26 Jun 1980 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Saudara |
|
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada 26 Jun 1980 di Kuala Lumpur dan mempunyai seorang abang. Beliau mempunyai darah campuran Melayu dan Pakistan. Bapa kandungnya berketurunan Pakistan manakala ibunya berdarah campuran Melayu dan Pakistan. Sepupu beliau ialah pasangan adik-beradik pelakon dan pengarah filem terkenal, iaitu Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof. Bapa saudara beliau ialah Datuk Yusof Haslam yang merupakan pelakon, pengarah, penerbit filem dan pengasas Skop Productions, ibu beliau merupakan kakak kepada Datuk Yusof.
Kerjaya
suntingSabrina Ali dan suami menyertai musim kedua rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro,[4] bersama-sama peserta selebriti lain termasuk Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus. Beliau kemudiannya, berlakon bersama Tania Hudson dalam siri TV, Mayang Mengurai di TV3.[5]
Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Anna, bekas teman wanita Johan lakonan sepupunya.[6] Beliau kembali bekerja dengan Syamsul menerusi watak sebagai Zati, ibu tiri Maria lakonan Nabila Huda dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Munafik (2016).[7] Peranan filem beliau yang lain termasuk watak sebagai Faridah dalam filem drama biografi, Makrifat Cinta[8][9] dan sebagai Diana dalam KL Special Force.[10]
Sabrina juga muncul dalam iklan pesanan khidmat masyarakat, "#PintarkahAnda" terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Pada 13 Januari 2018, beliau melancarkan produk wangian Sphere Perfume Sweet dan Exclusive Sabrina, yang dikhususkan untuk wanita dan mesra wuduk.[11]
Kehidupan peribadi
suntingSabrina berkahwin sebanyak dua kali.[12] Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim yang berasal dari Singapura pada 2006, mereka memfailkan perceraian pada 2010. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Syed Amirul Syed Ahmad pada 2011 dan bercerai tiga tahun kemudian.[13][14]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | Anna | Filem pertama |
2016 | Munafik | Zati | |
2017 | Dorm Melati | Rose | |
2018 | Makrifat Cinta | Faridah | |
KL Special Force | Diana | ||
2019 | Rise to Power: KLGU | Victoria Cortez | |
2021 | Penunggang Agama | Datin Maria | |
2024 | Housekeeping |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Sephia | Haida | TV3 | Drama pertama |
2005 | Salina 2 | Salina | Menggantikan Sharifah Haslinda | |
2005–2008 | Dilema Wanita | Pelbagai | TV1 | Watak berulang |
2006 | Janji Diana | Sabrina | TV2 | Drama adaptasi filem |
2008 | Kasih Iftitah | TV3 | ||
2009 | Matahari | |||
2010 | Mayang Mengurai | Kornilam | ||
Fitrah Wanita | TV2 | |||
Ulek Mayang | Puteri Mayang Mengurai | TV3 | ||
2012 | Ameera | Rozi | ||
Tanah Kubur (Musim 3) | Zainab | Astro Oasis | Episod: "Anak Angkat" | |
2014–2019 | Gerak Khas | Pelbagai | TV2 | Watak berulang |
2014 | Kifarah (Musim 1) | Isma | TV3 | Episod: "Wifi Ada Tak" |
Tanah Kubur (Musim 9) | Tasha | Astro Oasis | Episod: "Mushahaqah" | |
2018 | Sejuta Rasa Buat Adelia | Puan Mona | Astro Ria | |
Mata Ketiga | Liza | Tonton | Pelakon undangan | |
2019 | Cemburu Seorang Perempuan | Nad | Astro Ria | Drama adaptasi novel karya Siti Hazneza. |
Dia Yang Ku Cinta | Mak Su | TV3 | ||
2020 | Budak Tebing | Murni | ||
KL Gangster: Underworld 2 | Victoria Cortez | Iflix | ||
2021 | Malaysian Ghost Stories | Zubaidah | Astro Ria | Episod: “Hantu Raya” |
Ali Alia | Shila | Astro Prima | ||
2022 | Jiwa Wanita | TV9 | ||
Gerak Khas Undercover (Musim 2) | Tisha | TV3 | Episod: "Proksi" | |
2024 | Polis Peronda | Rina | Episod: "Food Rider" |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Dosa Siapa? | Faridah | TV3 | Telefilem pertama |
2016 | Munajat Suci | Astro Prima | ||
2021 | Kampong Bharu | Fatimah | TV2 |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Sehati Berdansa (Musim 2) | Peserta | Astro Ria |
Iklan
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
2017 | "#PintarkahAnda" |
Rujukan
sunting- ^ "Sabrina Ali selesa berlakon filem seram". Astro Gempak. 17 Januari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (18 April 2018). Sabrina Ali hanya terima watak sesuai mStar Online. Dicapai pada 25 April 2018.
- ^ Mohd Aizat Shamsuddin (20 Februari 2016). Sabrina bangkit daripada kemurungan Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2017.
- ^ Sein Ruffedge dan Nana bercerai
- ^ Raja Intan Dianna Raja Azaham (18 Januari 2010). "Mayang Mengurai, Rapunzel Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Julai 2018.
- ^ Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat' Diarkibkan 2011-01-25 di Wayback Machine, mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.
- ^ "Munafik bukan sekadar seram". Utusan Malaysia. 7 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-08. Dicapai pada 16 April 2016.
- ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
- ^ Nadzarul Amir Zainal Azam (25 Januari 2018). "Makrifat cinta Syamsul, Balqis, Sabrina". Kosmo!. Dicapai pada 6 Februari 2018.
- ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
- ^ "Actress Sabrina Ali launches wudhu friendly perfumw". The Sun Daily. 13 Januari 2018. Dicapai pada 5 April 2018.
- ^ Hanis Zainal, Allison Yap, R. Aravinthan (25 December 2017). After two divorces, Sabrina now fears marriage The Star (Malaysia). Diperoleh pada 5 April 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (15 Disember 2017). Dua kali gagal, Sabrina Ali belum sedia nak kahwin lagi mStar Online. Diperoleh pada 2 April 2018.
- ^ Nor Eryani Yusup (19 Disember 2017). Sabrina Ali belum sedia kahwin lagi Kosmo!. Diperoleh pada 2 April 2018.