Ali Alia

Ali Alia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 yang mengisahkan hubungan adik-beradik kembar arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Drama ini turut dibintangi oleh Fimie Don,Eyrnne Erynna,Faezah Elai,Rusdi Ramli dan ramai lagi.Siri ini diispirasikan kisah sebenar daripada latar masyarakat yang menghadapi kanak - kanak autisme .Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima bermula 24 Ogos 2021 bagi menggantikan drama Singapura pertama, Siapa Jaga Mak?.

Ali Alia
Genre
Ditulis olehFarhana Fauri
Shida Zali
Heyrissa Heykal
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tentang Kita" nyanyian oleh Khareez Kasbulah ft Nadeera Zaini
Lagu penutup"Tentang Kita" nyanyian oleh Khareez Kasbulah ft Nadeera Zaini
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifLuq Adam Heydhani
Dealova Heyrinna
Aurora Heyricca
PenerbitPn Hajah Bibi Hasnah Binti Mohamad
Suraya Elai
Tempoh siaranSetiap Isnin - Jumaat (6.00 petang)
Syarikat penerbitan
Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Neverstar Films Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Format gambar480i(SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Ogos 2021 – 9 September 2021
Kronologi
MengikutiSiapa Jaga Mak? (drama Singapura pertama)
Rancangan berkaitan
Hasrat Tersirat (drama Singapura kedua)

SinopsisSunting

Memaparkan kisah kepincangan sebuah keluarga urban yang nampak mewah, hakikatnya mereka adalah sebuah keluarga yang ‘miskin’ dalam banyak perkara. Mazni (Faezah Elai) dan Amir (Rusdi Ramli) mempunyai sepasang anak kembar yang sudah remaja bernama Ali (Fimie Don) dan Alia (Erynne Erynna).Ali dilahirkan normal, manakala Alia pula seorang remaja autistik.Autisme membuatkan Alia mengalami keterbatasan dalam banyak perkara, terutamanya kemampuan berkomunikasi. Mujur Alia mempunyai kembar, Ali, yang mampu memahami ‘percakapan’nya dengan baik, membuatkan Alia tidak boleh berjauhan dari Ali. Akibatnya, Ali terpaksa menjalani homeschooling bagi memudahkan kehidupan Alia yang bergantung padanya. Tapi Ali, tidak pernah mengeluh. Dia tahu, sebagai ‘abang’ dia harus bertanggungjawab dan memahami keperluan kembarnya yang autisme.Pada masa yang sama, ibu bapa mereka Mazni dan Amir juga mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Mazni yang berjawatan tinggi dan disegani dalam sektor korporat, sudah tidak sanggup untuk terus meikul tanggungjawab sebagai breadwinner dalam keluarga. Manakala Amir pula semakin hari semakin hilang keyakinan diri apabila perniagaan yang telah dua tahun diusahakannya tidak membuahkan hasil.Segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga ini menyebabkan pada suatu hari, Ali mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa bersama adiknya,Alia. Namun dunia luar tidaklah seindah yang disangka, tambahan pula untuk insan autisme.

PelakonSunting

RujukanSunting

1. ^ Myinfotaip Ali Alia - Dicapai 20 Ogos 2021.