Matahari (siri TV)


Matahari ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di slot Akasia TV3 pada pertengahan tahun 2009.

Matahari
PengarahFeroz Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCuba oleh Faizal Tahir
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod44
Penerbitan
PenerbitZiela Jalil
Syarikat penerbitan
Pena Kreatif Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Julung kali ditayangkan di
 Malaysia
Siaran asal30 Mac 2009 – 12 Jun 2009
MengikutiSpa Q 2
Diikuti olehCinta Balqis

Sinopsis sunting

Drama Matahari mengisahkan seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragik Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri.

Penerbitan sunting

Pengarah Mohd Feroz berkata, selain menampilkan nama besar, kekuatan Matahari adalah dari segi jalan ceritanya. Jelasnya, "Mungkin orang menganggap cerita gadis kampung memburu impian di bandar ini klise tetapi saya yakin cara kita menggarap cerita ini ada kelainan daripada yang pernah dipaparkan sebelum ini. Apa yang menarik, penonton berpeluang melihat perubahan karakter Matahari lakonan Lis Dawati yang berubah dari[pada] gadis kampung kepada lebih berketerampilan di bandar."[1]

Sementara itu, penulis skrip drama Matahari, Jumal Yunus berkata, menafikan cerita Matahari ialah adaptasi cerita drama bersiri Thailand, E’Pring. Katanya, hanya konsep cerita Matahari yang mengisahkan perempuan mencari cinta mempunyai sedikit persamaan dengan E’ Pring. "Mungkin ia hanya secara kebetulan saja ada sedikit persamaan dengan cerita itu. Sebenarnya, penerbit cerita ini, Ziela yang beritahu saya cerita Matahari ada sedikit persamaan dengan E’Pring. Hakikatnya, saya sendiri tidak pernah menonton cerita berkenaan," katanya.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Kisah Tragis Wanita Naif, Harian Metro, 5 Mac 2009.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Matahari
(30 Mac – 12 Jun 2009)
Berikutnya
Spa Q 2 Manjalara
(ulangan)