Spa Q merupakan sebuah drama televisyen bahasa Melayu dalam slot Akasia di TV3. Spa Q musim pertama ditayangkan dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 untuk musim pertama dan musim kedua dari 15 Disember 2008 hingga 26 Mac 2009 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Tempoh tayangan setiap episod ialah sejam.

Spa Q
SpaQmusimpertama.jpg
Spa Q
GenreDrama bersiri
FormatTelevisyen
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
LokasiMalaysia
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalSlot Akasia, TV3
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
StatusTamat
MengikutiManjalara
Diikuti olehBella
Logo Spa Q
SpaQmusimpertama.jpg
SpaQmusimkedua.jpg

Siri drama Spa Q telah dilancarkan semula sebagai Spa Qistina pada tahun 2009 untuk tayangan Astro Ria, dengan barisan pelakon yang berlainan.

SinopsisSunting

Mengisahkan mengenai kehidupan Qistina, pemilik spa Q dan yang mempunyai keluarga yang bahagia dan pelanggan-pelanggannya seperti Nora, Fatin dan Tania dan pekerjanya, Farah dan Alya. Namun, tanpa disangka, keharmonisan hubungan rumahtangganya bersama suaminya retak. Riezman sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan Fatin, seorang pekerja GRO dan juga merupakan pelanggan setia Spa Q. Qistina yang mengetahui akan hal tersebut berasa sangat sedih dan mula menuntut cerai daripada Riezman. Manakala anak sulung Qistina, Dafi yang tertekan dengan penceraian ibu bapanya kemudian bertindak membunuh Fatin. Akhirnya Dafi diberkas polis. Qistina yang melihat anaknya berada dipenjara membuatkan dia semakin membenci bekas suaminya. Namun kerana suatu kejadian Qistina memaafkan Riezman disebabkan Riezman telah menyelamatkan nyawanya. Qistina sempat menemui Riezman dan Riezman memohon maaf diatas kesilapannya selama ini. Sesudah itu Riezman akhirnya meninggal dunia.

PelakonSunting




Musim PertamaSunting

Lakonan Watak Peranan
Norish Karman Qistina Pemilik Spa Q, isteri kepada Riezman
Betty Benafe Nora Pelanggan Spa Q
Intan Azura Alya Pekerja Spa Q
Elly Mazlein Farah Pekerja Spa Q
Farahdhiya Fatin Pelanggan Spa Q, kekasih/perempuan simpanan Riezman
Nisha Dirr Tania Anak buah kepada Helmi, Pelanggan Spa Q, belajar sama kolej dengan Dafi dan Melissa, kekasih Dafi dan bercadang untuk membeli Spa Q tetapi Qistina tidak mahu menjualnya.
Ridzuan Hashim Riezman Suami kepada Qistina
Fazren Rafi Dafi Anak Sulung kepada Qistina
Nelydia Senrose Melissa Anak kedua kepada Qistina.
Kenchana Dewi Shila O Lala Pekerja Spa Q dan menjadi pengikut Fatin
Zaefrul Nordin Zaefrul Kawan kepada Marlia
Khairil Anwar Aman Helmi Pekerja di "Asyura", Pak Ngah kepada Tania, pernah menculik Qistina dan telah dipenjarakan.

Musim KeduaSunting

Lakonan Watak Peranan
Norish Karman Qistina Seorang ibu tunggal
Azizah Mahzan Marlia/Mar/Mak Long Kakak kepada Qistina dan telah berkahwin bersama Zafrul
Zizie Ezette Norell (Menggantikan watak Alya) Pekerja Spa Q pada awalnya mendapat jawatan pengurus, berhenti kerana telah dianggap mengsonglap duit Spa Q, selepas berhenti dari Spa Q, beliau bekerja "Spa Eryana" juga sebagai pengurus dan telah menggoda Zafrul serta menyuruh Zafrul membuka syarikat baru.
Fouziah Gous Eryana Pekerja Spa Q pada awalnya dan telah membuka spanya sendiri iaitu "Spa Eryana"
Jasmin Hamid Sofiera/Datin Sofiera Pelanggan Spa Q, Isteri kedua kepada Riezman, Ibu kandung kepada Melissa
Faradhiya Julia Adik kembar Fatin dan berniat untuk membalas dendam kepada keluarga Qistina
Nisha Dirr Tania Kawan rapat kepada Melissa
Zaefrul Nordin Zaefrul/Zaef Suami kepada Marlia dan pernah mencintai Qistina
Fazren Rafi Dafi Anak Sulung kepada Qistina
Nelydia Senrose Melissa Anak tiri dan susuan kepada Qistina
Liza Abdullah Zalina/ Mak Lang Mak Cik kepada Fatin dan Julia dan masih bersedih atas kematian Fatin
Ifa Raziah Khaty Pekerja Spa Q
Sharifah Sofia Lola (Menggantikan watak Farah) Pada awalnya pekerja Spa Q tetapi meletak jawatan kerana tidak sanggup bergaduh dengan Norell
Kenchana Dewi Shila O Lala Terima bekerja semula di Spa Q
Riz Amin Fahmy Pada awalnya dia kekasih kepada Norell tetapi selepas mengetahui Norell ingin kembali kepada bekas suaminya, Shah dia terus melupakan Norell namun tidak lama kemudian dia mula jatuh cinta pada Qistina dan ingin berkahwin dengan Qistina walaupun ibu bapanya tidak merestui.
Erryn Errynna Anis Anak angkat kepada Qistina.
Khairil Anwar Aman Helmi Telah dibebaskan dari penjara dan telah diterima bekerja disyarikat baru Marlia.
Faizal Yusup Shah Bekas suami kepada Norell dan telah mati dibunuh.
Fizo Omar Fiz Tunang kepada Lola.
Siti Shahriza(Seoul Center) (Eja) Dato Adhani Rakan kongsi untuk Spa Q.

Lagu TemaSunting

Musim PertamaSunting

Musim KeduaSunting

Pautan luarSunting

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Spa Q Berikutnya
Manjalara Bella