Saripah "Ifa" Raziah binti Mustapha (lahir 22 September 1975), juga dikenali sebagai Miss Diva Ifa Raziah, ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan penghibur televisyen sensasi dari Malaysia.[1] Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan.[2] Di samping itu, Ifa juga turut sinonim dengan moto "Sukerr..Banggee..", "Pukpukpukk" dan yang terkini "Apa Khabarrrrr".

Ifa Raziah
Ifa di belakang pentas Konsert Mega Gegar Vaganza 2016.
Kelahiran
Saripah Raziah binti Mustapha

(1975-09-22) 22 September 1975 (umur 48)
Felda Guar Napai, Jitra, Kedah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, penghibur, usahawan
Tahun aktif1992–kini
Pasangan? (1994)
? (1999)
Mohd Yani bin Abdul Rahman (k. 2004)
Anak-anak
  • Sharifah Putri Umairah
  • Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Musicland (1996)
BMG (1997)
Ifa Raziah Entertainment (2004–kini)
Sony Music Malaysia (2015–2017)
Universal Music Malaysia (2020–kini)
Pengkarya berkait

Sepanjang lebih 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanahair, beliau telah berjaya mencatat sejarah kerana menjadi selebriti yang pertama menjulang trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori "Artis Versatil Popular" di ABPBH29 serta berjaya mengulangi semula kejayaan tersebut di ABPBH3.0 sekaligus menjadikan Ifa sebagai selebriti dua kali berturut-turut yang memenangi kategori itu.[3][4] Pada tahun 2016, Ifa dilantik sebagai Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.[5] Pada tahun 2019 pula, beliau telah menubuhkan sebuah festival jualan gaya raya selama 72 jam tanpa henti yang dikenali dengan nama "Star Vendors" dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif. Setelah berjaya meyakinkan dan menarik ramai pengunjung untuk berkunjung ke festival tersebut, akhirnya pada tahun 2022, Ifa mahu tampil dengan sedikit kelainan dimana beliau telah menetapkan supaya "Star Vendors" beroperasi selama 75 jam tanpa henti sekaligus menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records sebagai "Festival Raya Terpanjang Selama 75 Jam Tanpa Henti". Kemudian pada tahun berikutnya, Ifa bersama syarikat perniagaannya Star Vendors Event Sdn. Bhd sekali lagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records kerana telah berjaya menganjurkan "Festival Raya Terpanjang Selama 100 Jam Tanpa Henti" menerusi Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023.[6]

Kejayaan Ifa dalam dunia perniagaan bukan setakat itu sahaja, beliau juga turut mendapat pengiktirafan anugerah berprestij seperti Malaysia Best Business Award, IKON Brands Award, Bumiputera Business Excellence Award dan Nona Superwoman Award.

Kehidupan awal sunting

Ifa Raziah merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Beliau dibesarkan di Flat Pekeliling Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Beliau juga telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semasa di bangku sekolah, Ifa juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang ahli sukan kerana beliau sememangnya aktif dalam sukan di sekolah dan ingin menjadi peguam. Di samping itu, beliau juga bersekolah bersama dengan Erra Fazira dan Umie Aida.

Kehidupan peribadi sunting

Disaat meniti arus populariti pada era 90an, Ifa pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali namun kedua-dua perkahwinan tersebut tidak berkekalan lama. Selepas Ifa bercerai buat kali kedua, beliau telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah semasa masih bayi lagi.[7] Pada tahun 2004, Ifa telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Mohd Yani Abdul Rahman dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani.

Kerjaya sunting

Bakat Ifa Raziah dalam bidang nyanyian mula dikesan sejak di zaman sekolah tadika lagi di mana pada hujung tahun, beliau telah menyertai acara persembahan dengan menyanyikan lagu Hingga Akhir Nanti nyanyian asal Kumpulan Alleycats. Ifa Raziah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi apabila beliau menyertai sebuah program realiti televisyen terbitan negara Jepun iaitu Asia Bagus mewakili negara Malaysia di Singapura pada tahun 1992. Sewaktu Ifa dalam program tersebut, beliau telah berjaya menjadi juara pada bulan Mei 1992 sehingga melayakkan dirinya untuk mara ke peringkat akhir Asia Bagus yang berlangsung di Jepun. Namun, Ifa terpaksa menarik diri daripada program tersebut pada saat-saat akhir kerana beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas kemunculan Ifa di kaca televisyen pada tahun 1992, Ifa disambar oleh syarikat rakaman Musicland lalu beliau berjaya mengeluarkan album studio solo penuh yang pertama iaitu I Miss You, I Love You pada tahun 1996. Album I Miss You I Love You merupakan album pop balada yang pertama Ifa Raziah sebelum Ifa mencabar dirinya untuk mengeluarkan album dangdutnya yang pertama iaitu Ser...Ser...Ser... (edaran syarikat rakaman BMG) pada tahun 1997 disebabkan Malaysia dilanda gelombang Dangdut. Album Ser...Ser...Ser... berjaya melonjakkan nama Ifa Raziah sebagai penyanyi dangdut yang cukup popular pada era itu. Oleh kerana irama muzik Dangdut pada ketika itu sangat popular, Ifa telah berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1998 menerusi single Ser...Ser...Ser.... Pada tahun yang sama juga (1998), beliau telah mula menceburkan diri dalam bidang lakonan dimana beliau mula membintangi drama bersiri Semarai yang pernah tercalon dalam Anugerah Skrin 1998 bagi kategori "Drama Terbaik" dan sehingga kini beliau masih lagi aktif dalam bidang lakonan biarpun sibuk dengan persembahan pentas diseluruh negara mahupun luar negara seperti Singapura dan Indonesia.

Menjelangnya era millenium 2000-an, irama muzik Dangdut semakin lama semakin pudar dek kerana munculnya aliran muzik etnik Arab dan padang pasir yang berfenomena di Malaysia. Ifa Raziah telah menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu Ifa Raziah Entertainment lalu berjaya mengeluarkan album studio solo penuhnya yang ketiga iaitu Gemerincing Rindu. Album Gemerincing Rindu juga berjaya menarik perhatian orang ramai kerana album tersebut berkonsepkan gabungan Pop Etnik Arab serta diselitkan sedikit elemen Dangdut (menerusi single Gemerincing Rindu). Pada tahun 2008, Ifa telah bekerjasama dengan penyanyi dan penggubah lagu, Cat Farish untuk mengeluarkan single Dangdut yang diberi judul Panas. Tidak lama selepas itu, single Panas sekali lagi berjaya melayakkan Ifa ke Separuh Akhir Muzik Muzik 2008 & berjaya mara ke peringkat akhir Hits 1 RTM pada tahun yang sama. Selain itu, beliau juga telah mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan TV dengan mengacara rancangan bualbicara Wanita Hari Ini selama tiga tahun bermula tahun 2008 hingga 2010. Seperti bidang lakonan, Ifa juga masih lagi aktif dalam bidang pengacaraan TV sehingga kini. Pada tahun 2011, beliau telah menceburkan diri pula dalam bidang lawak jenaka dimana beliau telah menyertai sebuah rancangan realiti hiburan terbitan ASTRO iaitu Maharaja Lawak Mega bersama dengan Kumpulan Syok dan berjaya memenangi Tempat Keempat untuk musim tersebut. Pada tahun 2012 pula, Ifa telah mengeluarkan single berentak pop iaitu Luar Biasa yang bertemakan "Kuasa Wanita" dan peniup semangat kepada kaum wanita yang sering diabaikan oleh kaum lelaki. Setelah beberapa tidak muncul dikaca TV dengan persembahan nyanyian, pada tahun 2014 menyaksikan kemunculan semula Ifa dalam bidang nyanyian dikaca TV apabila beliau menyertai program nyanyian terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza lalu beliau berjaya memenangi Tempat Kelima sewaktu di peringkat akhir program nyanyian tersebut. Rentetan daripada kemenangan Ifa dalam program nyanyian tersebut, syarikat rakaman antarabangsa Sony Music Malaysia telah mengikat kontrak bersama beliau untuk mengeluarkan album studio solo penuhnya yang keempat bermula Oktober 2015 dan Ifa juga merupakan artis dangdut pertama yang bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa itu.[8].

Menjelang awal tahun 2016, Ifa Raziah telah terlibat dengan konsert berskala besar iaitu Konsert Mega Gegar Vaganza Siaran Langsung Dari Istana Budaya hasil kerjasama pihak ASTRO dan pihak Istana Budaya.[9] Pada awal Mei 2016 pula, beliau telah bekerjasama dengan penyanyi hip hop terkenal Malaysia iaitu DJ Fuzz bagi mengeluarkan single dangdut yang bertajuk Terus Terang duet bersama kumpulan Lawa Nie Geng. Malahan tidak lama selepas itu Ifa juga telah mengeluarkan single dangdut raya iaitu Dangdut Lebaran bersama ahli-ahli Persatuan Bintang Dangdut Malaysia lalu mencatat sejarah kerana berjaya menggabungkan 25 penyanyi dangdut dalam 1 lagu. Pada 22 September 2016 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, beliau bersama syarikat rakaman Sony Music Malaysia telah melancarkan single Terus Terang di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Sejurus selepas sahaja pelancaran single tersebut, Ifa Raziah muncul di program realiti nyanyian yang popular di Indonesia iaitu D'Academy Asia Musim Ke-2 pada bulan Oktober sehingga Januari 2017 sebagai salah seorang komentator yang mewakili negara Malaysia.[10] Berbekalkan single Terus Terang ini juga, beliau mahu menembusi pasaran negara benua Oceania iaitu Australia.

Dengan kejayaan Ifa Raziah melebarkan sayapnya di Indonesia, kini dengan rasminya beliau mempunyai 2 kelab peminat yang tegar iaitu IfaRaziahDivas (Malaysia) dan IfaRaziahDivasIndo (Indonesia). Pada bulan Mei 2017, Ifa Raziah telah masuk semula ke studio rakaman bagi merakamkan single kedua yang dijadualkan bakal dipasarkan di Indonesia menjelang selepas musim Hari Raya Aidilfitri.[11] Namun begitu, Ifa bersama syarikat rakamannya Sony Music Malaysia masih lagi mencari material yang baru untuk diangkat menjadi single dan mampu ditularkan kerana beliau berpendapat bahawa pada hari ini sememangnya musim tular jadi beliau juga ingin mengikut trend semasa. [12]

Pada bulan Ramadan tahun 2019, Ifa telah melancarkan lagu raya iaitu YaYaYa Hari Raya duet bersama penyanyi nasyid terkenal Hafiz Hamidun. Kemudian sebulan selepasnya itu Ifa juga telah melancarkan lagu tema rasmi festival jualan Star Vendors iaitu Starlela duet bersama penyanyi sensasi Zizi Kirana dan Bella Astillah.

Menjelang awal tahun 2020, Ifa Raziah telah menangani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan melancarkan single yang bertajuk Miss Diva sekitar 28 Februari 2020. Menurut beliau, muzik lagu Miss Diva merupakan hasil sentuhan daripada komposer Indonesia dan Malaysia yang terkenal iaitu Ressa Herlambang dan Hafiz Hamidun. Selain itu, kos pembikinan klip videonya juga mencecah ratusan ribu ringgit disamping mendapat tajaan barang kemas mewah bernilai lebih tiga juta ringgit daripada Ceres Jewels.[13]

Gegar Vaganza sunting

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 1 Throwback "Ser Ser Ser" (Ifa Raziah)
Minggu 2 Memori Berkasih "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak)
Minggu 3 Kenangan Mengusik Jiwa "Menaruh Harapan" (Zaiton Sameon)
Minggu 4 Ada Berani? "Rindu" (Amelina)
Minggu 5 Impian Dan Dedikasi "Sangkar Cinta" (Ziana Zain)
Minggu 6 Berdua Lebih Baik "Senja Nan Merah" (Awie & Ziana Zain)
Minggu 7 Carta Lagu Hits "Aku Wanita Biasa" (Krisdayanti)
Minggu Akhir Akhir "Goyang Inul" (Inul Daratista) / "Matahariku" (Agnez Mo) 5th place
"Fanatik" (KRU)

Terpaling Juara sunting

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 1 Game On "Sangkar Cinta" (Ziana Zain) Saved
Minggu 2 3 Dekad "Di Pintu Syurga" (Dayang Nurfaizah) Saved
Minggu 3 Cinta "Sepi Sekuntum Mawar Merah" (Ella) Saved
Minggu 4 Kapten "Purnama" (Naim Daniel) Elim

Filemografi sunting

Filem sunting

Drama sunting

Telefilem sunting

  • 2004 - Lubuk Puaka
  • 2005 - Keluarga Pasca Merdeka
  • 2009 - Pak Ngah Tarbus
  • 2009 - Sinar Lebaran
  • 2012 - Aku Janda Belum Kaya
  • 2013 - Ramadhan Yang Meletup
  • 2014 - Mencari Datin
  • 2014 - YB
  • 2014 - Bibah Bling Bling
  • 2015 - Suami Muda
  • 2015 - Suamiku Encik Beruang
  • 2016 - Mak Punya Pasal
  • 2021 - Jay Jie X Cik B-Yonchey

Televisyen sunting

  • 1992 - Asia Bagus (sebagai peserta yang menjadi Juara Bulan Mei dan berjaya melangkah ke peringkat akhir di Jepun namun menarik diri pada saat-saat akhir kerana SPM)
  • 1998 - Separuh Akhir Muzik Muzik 13 (sebagai peserta menerusi lagu "Ser...Ser...Ser..." bagi kategori "Irama Malaysia")
  • 2008 hingga 2010 - Wanita Hari Ini (sebagai pengacara)
  • 2008 - Separuh Akhir Muzik Muzik 23 (sebagai peserta menerusi lagu "Panas" bagi kategori "Etnik Kreatif")
  • 2009 - Akhir Hits 1 Musim Keenam (sebagai peserta dan memenangi piala saguhati menerusi lagu "Panas")
  • 2009 - Zoom In: Goyang Goyang Dangdut (sebagai penyanyi)
  • 2009 - Jangan Lupa Lirik (sebagai artis jemputan)
  • 2011 - Maharaja Lawak Mega 2011 (sebagai peserta bersama Kumpulan Syok dan memenangi tempat keempat)
  • 2012 - Malar Segar (sebagai pengacara)
  • 2014 - Terima Kasih Ibu (sebagai pengacara)
  • 2014 - Gegar Vaganza Musim Pertama (sebagai peserta dan memenangi tempat kelima)
  • 2014 - Gegar Vaganza Raya (sebagai artis jemputan)
  • 2014 hingga 2017 - Jom Singgah (sebagai pengacara)
  • 2016 - Konsert Mega Gegar Vaganza LIVE Istana Budaya (sebagai penyanyi; membuat persembahan pada konsert malam kedua)
  • 2016 hingga 2017 - D' Academy Asia 2 (sebagai komentator; mewakili Malaysia)
  • 2017 - Temasya Aidilfitri (sebagai penyanyi dan pelakon sketsa)
  • 2017 - Unplugged HLive Raya (sebagai penyanyi)
  • 2017 - Perang Jantina (sebagai artis jemputan)
  • 2019 - Arena Panggang Marah-Marah Sayang (sebagai artis jemputan)
  • 2020 - Istimewa Lejen: Dangdut Reloaded (sebagai penyanyi)
  • 2020 - Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua (sebagai artis jemputan)
  • 2020 - #GVThrowbaek (sebagai pengacara; Episod 1)
  • 2020 - Anugerah Malam Ini (sebagai artis jemputan)
  • 2020 - Glam Ke Tenggelam? Musim Pertama (sebagai artis jemputan)
  • 2021 - Famili Duo Musim Pertama (Episod 8; sebagai peserta bersama suami, Mohd Yani)
  • 2021 - Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga (sebagai artis jemputan bersama anak, Muhammad Shakir Aqili)
  • 2021 - Temasya Aidilfitri: #GengRayaKL (sebagai pengacara)
  • 2021 - Raja Goreng Sampai Hangit (sebagai juri)
  • 2021 - Media Hiburan Throwback (sebagai artis jemputan)
  • 2021 - All Together Now Malaysia Musim Pertama (sebagai juri)
  • 2022 - Cerita Rasa Anis Nabilah (sebagai artis jemputan)
  • 2022 - 1, 2, 3 Glamour! (sebagai juri)
  • 2022 - Karaoke Superstar (sebagai juri jemputan)
  • 2022 - Terpaling Juara Musim Pertama (sebagai peserta)
  • 2022 - All Together Now Malaysia Musim Kedua (sebagai juri)
  • 2023 - Dapur Vaganza (sebagai artis jemputan)
  • 2023 - Vazz Vaganza (sebagai pengacara)

Teater sunting

  • Dimana Bulan Selalu Retak
  • Laksamana Bentan
  • Nur Nilam Sari
  • Bidasari

Diskografi sunting

Album studio sunting

  1. Ifa Raziah (1996)
  2. Ser... Ser... Ser... (1997)
  3. Gemerincing Rindu (2004)

Album kompilasi sunting

  1. Puteri Dangdut 2 (1998)

Single sunting

  1. Bermandian Air Mata.
  2. I Miss You I Love You.
  3. Aku Tak Sudi.
  4. Ser... Ser... Ser....
  5. Dalam Diam.
  6. Gemerincing Rindu.
  7. Panas.
  8. Luar Biasa.
  9. Dangdut Lebaran (duet bersama Persatuan Bintang Dangdut Malaysia).
  10. Terus Terang (duet bersama Lawa Nie Geng).
  11. YaYaYa Hari Raya (duet bersama Hafiz Hamidun).
  12. Starlela (duet bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana.
  13. Miss Diva.
  14. Mega Raya (duet bersama Rabbani, Dato' Seri Vida, Cik B, Lan Solo, Syura, Ani Maiyuni, Bob Yusof, Acong Sweetchild, Ayu Damit dan ramai lagi).
  15. Mega Raya La (duet bersama Ramlah Ram, Noraniza Idris, Elyana, Ayu Damit, Acong Sweetchild, Sabhi Saddi, Tom, Fuad Rahman, Lan Solo, Cat Farish dan Aisha Hanim)
  16. Kecam Pun Tak Kisah (duet bersama Baby Shima dan Dato' Norman KRU)

Perniagaan sunting

  1. Serifa Beauty & Health.
  2. Star Vendors Event Sdn. Bhd.

Endorsmen sunting

  1. 2000 hingga 2005 - Korset Jenama "NATASHA".
  1. 2010 - Produk Jenama Antarabangsa "COWAY".
  1. 2015 hingga 2016 - Produk Jenama "SERI DIVA".
  1. 2022 - Korset "IFA RAZIAH WONDERSUIT BY JOVIAN".

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Komedi Wanita Popular Tercalon
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis Versatil Popular Menang
D'Academy Asia 2 Komentator Favorit Pilihan Social Media Tercalon
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Artis Versatil Popular Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Sensasi Popular Tercalon

Pencapaian Keseluruhan:

  1. 1992 - Juara Bulanan (Mei) Asia Bagus.
  2. 1998 - Separuh Akhir Muzik Muzik (menerusi lagu Ser...Ser...Ser...).
  3. 2008 - Separuh Akhir Muzik Muzik (menerusi lagu Panas).
  4. 2009 - Akhir Hits 1 (piala saguhati menerusi lagu Panas).
  5. 2011 - Tempat Keempat Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Syok).
  6. 2014 - Tempat Kelima Gegar Vaganza.
  7. 2015 - Top 5 Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 28.
  8. 2016 - Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29.
  9. 2016 - Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.
  10. 2017 hingga 2018 - Pengacara Mood Republik.
  11. 2017 - Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0.
  12. 2017 - Pengasas produk kecantikan dan kesihatan Serifa Beauty & Health.
  13. 2018 - Top 5 Artis Sensasi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31.
  14. 2019 - Ketua Pengarah Eksekutif dan pengasas festival jualan Star Vendors.
  15. 2022 - Festival Raya Terpanjang Selama 75 Jam Tanpa Henti oleh The Malaysia Book of Records (menerusi festival jualan gaya raya Star Vendors Mega Raya Fest 2022)
  16. 2022 - Best Celebrity Entrepreneur Of The Year (Health & Beauty) menerusi Malaysia Best Business Award.
  17. 2022 - Most Top Brand Event Management Industry dalam IKON Brand Awards untuk Star Vendors Event Sdn. Bhd.
  18. 2022 - Top Event Organizer dalam Bumiputera Business Excellence Awards 2022 untuk Star Vendors Event Sdn. Bhd.
  19. 2023 - Nona Entrepreneur Award dalam Nona Superwoman Award 2022.
  20. 2023 - Festival Raya Terpanjang Selama 100 Jam Tanpa Henti oleh The Malaysia Book Of Records. (menerusi festival jualan gaya raya Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023)
  21. 2023 - Business Excellence In Trade Exhibition Management dalam Bumiputera Business Excellence Awards 2023 untuk Star Vendors Event Sdn. Bhd.

Rujukan sunting

  1. ^ Ifa Raziah masuk hospital, berdepan 4 penyakit
  2. ^ "Rahsia Jelita Ifa Raziah". Utusan Malaysia. 31 Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 31 Ogos 2008.
  3. ^ "ABPBH 29 - Ogy dan Ifa Raziah Kongsi Pengalaman Yang Sama". Jelita. 9 Mei 2016.
  4. ^ Rozdan Mazalan (18 Mei 2017). "Ifa menang walaupun kelab peminat salah strategi". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2017.
  5. ^ Mohd Al Qayum Azizi (18 Mei 2016). "Ifa Raziah Pernah Ditentang Jadu Presiden Bintang". MStar. Dicapai pada 18 Mei 2016.
  6. ^ Mohammad Shahemy Azmi (27 April 2022). "Karnival jualan terpanjang, Ifa Raziah terima pengiktirafan MBOR". Kosmo. Dicapai pada 27 April 2022.
  7. ^ "Ifa Raziah rela bergelar janda". Utusan Malaysia. 1 Oktober 2000.[pautan mati kekal]
  8. ^ "Ifa Raziah artis dangdut tunggal Sony Music". Astro Awani. 28 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 28 Julai 2017.
  9. ^ "Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya Himpunkan Bintang GV 1 & 2". 8 Januari 2016.
  10. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2016). "Ifa Raziah Diundang Jadi Juri Program Realiti Indonesia". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-25. Dicapai pada 23 September 2016.
  11. ^ Wawann Mohd (13 April 2017). "Ifa Raziah gigih lakar nama di Indonesia". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-26. Dicapai pada 13 April 2017.
  12. ^ "Cari lagu yang boleh tular". Utusan Malaysia. 4 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 4 Ogos 2017.
  13. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Mac 2020). "Miss Diva sangat cerewet". Harian Metro.

Pautan luar sunting