Seputeh Qaseh Ramadan

Seputeh Qaseh Ramadan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2006 arahan Shahrulezad Mohameddin dibintangi oleh Eja, Arash Mohamad, Ifa Raziah dan Fahrin Ahmad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 19 September 2006 hingga 19 Oktober 2006 menggantikan Nuraishah.

Seputeh Qaseh Ramadan
Genre
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Melukut di Tepi Gantang" oleh Aishah
Lagu penutup"Melukut di Tepi Gantang" oleh Aishah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Harisan Ahmad Shah
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal19 September 2006 – 19 Oktober 2006
Kronologi
MengikutiNuraishah
Diikuti olehMitosastras

Seputih Qaseh adalah seorang wanita yang sungguh baik, luhur, dan ikhlas. Dia begitu mencintai suaminya, Ridhwan. Seorang anak yang taat pada ibunya. Malangnya, perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Ridhwan. Ridhwan dibuang daripada keluarganya. Tatkala itu, dia yang sebelum ini tidak pernah merasakan kesusahan hidup, begitu susah untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup mereka sekeluarga. Suatu hari, Ridhwan membawa balik sebuah beg yang mengandungi dadah. Dan secara tiba-tiba, malam itu polis datang menyerbu rumah mereka. Untuk menyelamatkan suami dan anak-anaknya, Qaseh mengaku kepada pihak polis bahawa dadah itu adalah miliknya. Dia tahu, jika suaminya disabitkan kesalahan, ibu mertuanya pasti akan merampas anak-anaknya daripada dia. Akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi Drama Sangat.[1]

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Runut bunyi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Seputeh Qaseh Ramadan (2006): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 26 April 2020.