Yusni Jaafar

Pelakon veteran wanita Malaysia

Yusni binti Jaafar Siddik (1945 – 1 April 2008) [1] merupakan pelakon wanita di Malaysia yang popular dengan watak komedi melalui filem-filem era 1980an. Yusni Jaafar yang dilahirkan di Tumpat, Kelantan, pertama kali muncul dalam filem Panglima Badol pada 1979. Beliau juga merupakan adik kepada seniwati Kasma Booty.

Yusni Jaafar
Yusni Jaafar dalam kenangan
Kelahiran
Yusni Binti Jaafar Siddik

1945
Meninggal dunia1 April 2008 (berumur 62–63)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam USJ, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1961–2008
PasanganRaja Ibrahim Raja Mansor
Anak-anak5 (Raja Iskandar, Raja Ema, Raja Izat, Raja Emey dan Raja Irna)
Ibu bapa
  • Jaafar Sidek (bapa)
  • Kasminik (ibu)
Saudara
  • Chempaka Booty (anak saudara)
  • Asmara Booty (anak saudara)
  • Kesuma Booty (anak saudara)
  • Surya Booty (anak saudara)
  • Purnama Booty (anak saudara)
Keluarga
  • Yusnah Jaafar (adik)
  • Yoosno Jaafar (adik)
  • Sukarni Jaafar (adik sebapa)
  • Herman Jaafar (adik)
  • Kasma Booty (kakak seibu)
AnugerahPesta Filem Malaysia ke-8 - Pelakon Wanita Komedi Terbaik
1989

Penglibatan dan Kerjaya Seni sunting

Yusni lahir dalam sebuah keluarga yang sememangnya berdarah seni. Orang tuanya asal dari Medan, Indonesia merupakan pelakon teater tradisional bangsawan sewaktu mereka merantau ke negara ini. Sebagai pemain bangsawan, ibu bapanya merantau ke serata Malaysia dan Singapura. Ketika mereka bersama kumpulan bangsawan ini membuat persembahan di Tumpat, Kelantan itulah Yusni telah dilahirkan. Diceritakan juga Yusni menerima pelajaran tidak formal ketika bergerak bersama-sama kumpulan bangsawan bapanya. Antara guru beliau ialah Aziz M. Osman yang mengajarnya bahasa Inggeris.

Yusni juga seorang anak seni yang dilihat mempunyai kebolehan dalam bidang nyanyian dan pernah menyanyi secara trio Suria Booty, Purnama Booty dan Kesuma Booty di Hotel Park Royal. Muzik yang dimainkan adalah bernuansa jazz.

Namun setelah mendapat undangan daripada A. R. Badul untuk muncul dalam program lawak jenaka di kaca TV, penerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada 1985 daripada Sultan Pahang itu mula menunjukkan bakatnya sebagai pelawak.

Antara pencapaian Yusni Jaafar sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Pesta Filem Malaysia ke-8 pada 1989.

Kehidupan peribadi sunting

Perkahwinan sunting

Beliau telah berkahwin dengan Raja Ibrahim Raja Mansor dan dikurniakan 5 orang anak iaitu Raja Iskandar, Raja Ema, Raja Izat, Raja Emy dan Raja Irna. Raja Ema adalah anak beliau yang mengikut jejak beliau sebagai seorang pelakon dan penyanyi yang popular pada akhir 80-an dan awal 90-an.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1961 Keris Sempena Riau Ektra Filem pertama
1963 Tangkap Basah
1979 Panglima Badol Keembong
1980 Tuan Besar Tukang Cuci
1981 Setinggan Puteh
1982 Sikit Punya Gila Kak Yusni
1984 Azura Mak Long
1986 Balik Kampung
Hantu Siang
Gila-Gila Remaja
1987 Pernikahan Berdarah Filem usahasama Malaysia-Indonesia
Keluarga 99
1988 Jodoh Boleh Diatur Polis trafik Filem usahasama Malaysia-Indonesia
Guru Badul Kak Limah
Dendang Remaja
1989 Antara Dua Hati Mak Mah
1990 Driving School
Pening-Pening Lalat
1992 Penghujung Malam Kesuma
1999 Senario The Movie Pengunjung funfair
2002 Soalnya Siapa? Ibu Johari
2003 Laila Isabella Mak Long
2005 Tak Ori Tapi Ok Datin Kalsom
2008 Cuci Ibu Kalsum Farah
Los dan Faun Kak Rokiah Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1980 Santan Berlada TV1
1990 Jenakarama
1994 Sambal Mak Yam TV3
1998 Cinderella Kak Munah
2007 Iris
2008 Impak Maksima the Series Nenek Hanim

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Lontong Mak Temah TV3
2002 Momok 2 Nek Pah VCD
2003 Aisah Lima Puluh Sen Ibu Aisah Astro Ria
Kondo Madu Kris Dovonto TV2
2004 Tanah Kubur Mak Som Astro Ria
2005 Bahulu Hangus
2007 Wali Nenek
Selimut Putih Mak Non TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1988 Mekar Sejambak: Sudirman & Atai Artis undangan TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Kematian sunting

Yusni Jaafar telah menghembuskan nafas terakhir pada 2.30 pagi, 1 April 2008 di Hospital Selayang, Selangor, akibat kegagalan hati pada usia 63 tahun. Lakonan terakhir beliau ialah dalam filem Los dan Faun pada tahun 2008. Beliau telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting