Los dan Faun

Filem 2008 genre komedi oleh Dato' Afdlin Shauki

Los dan Faun merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2008 arahan Afdlin Shauki terbitan Vision Works.[1][2] Ia mengisahkan dua sahabat zaman kanak-kanak yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Mereka mempunyai hadiah bersama-sama untuk membantu orang ramai mencari barang-barang mereka yang salah letak. Dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie dan Hans Isaac sebagai watak tajuk, filem ini ditayangkan pada 4 Disember 2008.[3][4][5] Ini merupakan filem terakhir lakonan Yusni Jaafar yang meninggal dunia 8 bulan sebelum filem ini ditayangkan.

Los dan Faun
Los dan Faun.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
Penulis
  • Afdlin Shauki
  • Christina Orow
Dihasilkan oleh
  • Christina Orow
  • Afdlin Shauki (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehFaizul Mohd Noh
Muzik oleh
  • Afdlin Shauki
  • Pacai
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 4 Disember 2008 (2008-12-04) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM1.2 juta

SinopsisSunting

Mengisahkan mengenai dua budak kampung seorang budak Melayu dan seorang budak Serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo Gunting dan Ahmad Faun Dollah. Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat. Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut.

Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di TV dan radio. Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?

PelakonSunting

 
Adlin Aman Ramlie sebagai Faun.

PenerbitanSunting

Los dan Faun ialah filem ketiga terbitan syarikat milik Afdlin Shauki, Vision Works selepas Buli Balik (2006) dan Sumolah (2007). Ia diarahkan oleh Afdlin yang sebelum ini mengarahkan filem Buli (2004) dan Baik Punya Cilok (2005).[6] Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip filem ini bersama isterinya, Christina Orow. Untuk filem ini, beliau mahu menampilkan sesuatu yang cukup berbeza untuk tatapan umum daripada apa yang pernah dilakukannya sebelum ini. Menurut Afdlin, Los dan Faun juga berbeza daripada 4 filem arahannya kerana ia pertama kali menampilkan "komedi penyiasatan yang saya ambil acuannya daripada filem Sherlock Holmes dan drama bersiri Monk".[1]

Adlin Aman Ramlie yang sebelum ini bekerja di bawah arahan Afdlin menerusi Buli Balik telah dipilih menjayakan watak utama. Afdlin berkata watak Faun dicipta untuk Adlin kerana tiada pelakon lain yang boleh bawa watak berkenaan untuk dibezakan dengan watak Los lakonan Hans Isaac yang digambarkan sebagai lelaki kacak dan gagah. Erra Fazira yang sebelum ini berlakon bersama Afdlin dalam Soal Hati (2000), memegang watak sebagai Jasmin. Ini merupakan kali kelima Afdlin digandingkan bersama Erra. Stephen Rahman-Hughes, yang terkenal menerusi persembahannya dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang, memegang watak sebagai Dick Johnson. Los dan Faun ialah filem sulung lakonannya, dan ini juga ialah filem terakhir lakonan seniwati veteran, Yusni Jaafar yang meninggal dunia pada 1 April 2008, 8 bulan sebelum tayangan perdana rasmi filem ini dan ia dikeluarkan secara anumerta.[1]

Keluaran dan sambutanSunting

Los dan Faun dikeluarkan pada 4 Disember 2008.[7][8] Ia diiklankan sebagai "filem Afdlin Shauki paling 'sewel' tahun 2008". Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.0 juta dalam tempoh 10 hari tayangannya.[9]

Menulis untuk Utusan Malaysia, Shazryn Mohd Faizal mengulas: "Kekuatan Los dan Faun sebetulnya terletak pada skrip serta lakonan pelakonnya yang bersahaja tetapi dalam masa yang sama bijak menghayati watak masing-masing biarpun ada yang diberi watak kecil sahaja".[1] Dalam ulasan retrospektifnya, Adha Zain menulis: "Dengan Los dan Faun, Afdlin Shauki semakin mengukuhkan dirinya sebagai pengarah filem genre komedi yang bukan sahaja prolifik, tetapi berkemampuan menghasilkan komedi yang matang dan dalam kelasnya yang tersendiri".[10] Menurut ulasan oleh Buzzera mengenai filem ini: "Bagi mereka yang sudah biasa dengan karya Afdlin, pasti merasakan betapa komedi dalam filem ini sedikit berbeza dan nampak jujur serta semula jadi tanpa dibuat-buat. Olahan dan plot cerita Los dan Faun tersusun dan kemas".[11] Lai Swee Wei dari Cinema Online mengulas bahawa unsur komedi dalam filem ini "benar-benar kelakar dengan gabungan slapstik dan humor pintar". Bagaimanapun, beliau turut memuji runut bunyi filem ini yang disifatkan "rancak dan asli".[12] Dalam ulasannya mengenai filem ini, Amy Ikram menulis bahawa Los dan Faun ialah sebuah filem yang cukup dekat dengan masyarakat, walaupun ada ketikanya sesetengah daripada babak dalam filem itu seperti tidak masuk akal. Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan keseluruhan jalan cerita.[13]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pereka Kostum/Busana Terbaik Shada Tercalon
Anugerah Skrin 2009 Filem Terbaik Los dan Faun Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Adlin Aman Ramlie Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Shazryn Mohd Faizal (3 Disember 2008). "Geletek baru Afdlin Shauki". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2008. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  2. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (19 November 2008). "Bukan komedi dibuat-buat". Harian Metro. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  3. ^ "Gelagat Los, Faun menghiburkan". Berita Harian. 6 Disember 2008. Dicapai pada 25 Oktober 2019.
  4. ^ Lai Swee Wei (14 November 2008). ""Los Dan Faun" affair" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  5. ^ Lai Swee Wei (30 November 2008). "Afdlin's new "Pak Pacak"" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  6. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (18 Disember 2008). "Afdlin Shauki mengeluh". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-21. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  7. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (29 November 2008). "4 filem isi slot Disember". Berita Harian. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  8. ^ Lai Swee Wei (25 November 2008). "I've "Faun" actors" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  9. ^ Rudy Imran Shamsuddin (17 Disember 2008). "'Kaji syarat wajib tayang'". Harian Metro. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  10. ^ Adha Zain (15 Disember 2008). "Filem Los dan Faun - komedi bijak & matang". MyAdha.net. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  11. ^ "Filem Los dan Faun". Buzzera. 13 Disember 2008. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  12. ^ Lai Swee Wei (17 November 2008). "Movie review: Los dan Faun" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  13. ^ "Komedi Thriller yang gempaq.... Los dan Faun, naskhah terbaik Afdlin Shauki." Amy Ikram. 13 Disember 2008. Dicapai pada 29 Oktober 2011.

Pautan luarSunting