AC Mizal
YH Dato' Mizal Dato' Zaini, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen, penyampai radio dan ahli perniagaan Malaysia.[1][2][3][4][5] Sepanjang kerjayanya, AC telah merakamkan album dan lagu, membintangi sejumlah filem dan siri televisyen, mengacarakan rancangan hiburan, bual bicara dan majlis anugerah.
YH
Dato' AC Mizal DIMP | |
---|---|
![]() AC semasa promosi untuk Anugerah MeleTOP Era 2015. | |
Kelahiran | Mizal bin Zaini 21 Disember 1971 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pusat pendidikan | Maktab Tentera Diraja |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1991–kini |
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) |
Pasangan | Datin Emylia Rosnaida (k. 2002) Shafnie Zainuddin (k. 1995; c. 2001) |
Anak | 4 |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait |
|
Beliau memulakan kerjaya hiburan sebagai ahli kumpulan hip hop 4U2C yang meraih kejayaan pada 1990-an. Kerjaya lakonannya bermula menerusi Roda-Roda Kuala Lumpur, namun paling dikenali menerusi watak Inspektor Mazlan dalam Gerak Khas,[6] yang merupakan siri drama TV paling lama bersiaran, seterusnya membintangi filem pertama, Bara (1999). Beliau melancarkan album solo pertamanya, Tassamaqu (2004). Antara filem-filem terkenal beliau ialah siri filem Gerak Khas (2001–2002), Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Cicak-Man (2006), My Spy (2009) dan Abang Long Fadil 2 (2017). AC telah menerima pelbagai anugerah dalam televisyen, filem dan muzik termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Lawak Warna dan Anugerah MeleTOP Era.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1971 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak kepada pasangan Datuk Zaini Md. Hasim dan Datin Madzinah Mansor. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja Malaysia.[7]
Kerjaya
AC Mizal memulakan kerjaya sebagai penyanyi, yang mana beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan hip hop 4U2C, yang meraih kejayaan dalam bidang muzik antara 1992 dan 1996 semasa demam muzik hip hop dan rap melanda seluruh Malaysia.[8][9] Kumpulan ini terkenal dengan single, "Fiona" yang meraih kejayaan sekaligus menjadi lagu tandatangan mereka. AC telah merakamkan tiga album bersama kumpulan itu. 4U2C dibubarkan pada 1996 dan kebanyakkan ahlinya mula menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing.[3] AC sendiri kemudian memulakan kerjaya lakonan selepas kumpulan itu dibubarkan.[3][10]
Di bawah bimbingan Yusof Haslam, kerjaya lakonan beliau bermula dengan memegang watak Koperal Jefri dalam jelmaan awal siri Roda-Roda Kuala Lumpur, yang disiarkan antara 1998 dan 1999. Peranan lakonan cemerlang beliau hadir apabila beliau memegang watak Inspektor Mazlan dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran, Gerak Khas.[3][6] Beliau merupakan salah seorang daripada barisan tujuh pelakon asal drama itu termasuk Abby Abadi, ACP Shaharon Anuar, Yusof Haslam, Farid Amirul, A. Galak dan Deen Maidin sewaktu ia mula bersiaran pada 5 April 1999.[6] Pada tahun sama, beliau membintangi filem sulungnya, Bara, seterusnya membintangi bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah (2000). AC kembali menjayakan peranannya dalam dua adaptasi filemnya, iaitu Gerak Khas The Movie (2001) dan Gerak Khas The Movie II (2002). Beliau meninggalkan Gerak Khas pada 2002 selepas empat musim, atas sebab peribadi dan komitmen lain.[3]
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Vanida Imran, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[11]
Pada Julai 2004, AC melancarkan album solo pertamanya, Tassamaqu dengan "Kali Pertama" menampilkan penyanyi rap, Reefa, dikeluarkan sebagai single utama.[12][13] Pada tahun sama, beliau berlakon dalam filem komedi arahan Afdlin Shauki, Buli, memegang watak sebagai Rudy, dalang di sebalik rompakan Allied Asian Bank. Beliau menjayakan kembali peranannya dalam kesinambungannya, Buli Balik yang dikeluarkan pada 2006. Beliau juga berlakon bersama Afdlin, Hans Isaac dan Awie dalam Baik Punya Cilok (2005).
Beliau ialah salah seorang daripada beberapa artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor dan Anita Sarawak.[14]
Pada tahun 2006, AC memulakan kerjaya sebagai pengacara TV dan mengendalikan rancangan bual bicara AC Di Sini di Astro Ria.[3] Beliau juga berlakon di samping Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger Brothers dalam siri filem Cicakman. Selain itu, beliau dan isterinya, Emilia Rosnaida menubuhkan Emac Vision mengkhususkan kepada penerbitan filem dan televisyen dengan kerjasama Datuk Jamaluddin Ahmad yang berkhidmat sebagai pengerusi.[15]
Pada tahun berikutnya, beliau melancarkan singlenya, "Di Sini". Dari 2008 hingga 2009, beliau menjadi pengacara Akademi Fantasia, menggantikan Aznil Nawawi.[3] AC juga menjadi juri untuk Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Beliau juga aktif di pementasan teater dan pernah menjayakan Puteri Gunung Ledang The Musical pada 2005 dan 2009, dan Cuci The Musical pada 2009.[3] Ia telah dilaporkan bahawa beliau bakal kembali menjayakan Gerak Khas, namun ia tidak menjadi kenyataan.[16] Dari 2013 hingga 2015, beliau menjadi pengacara rancangan bual bicara berkonsepkan santai, Sembang Teh Tarik di Astro Warna dan pada 2016, beliau menjadi hos siri baru, Sembang Teh Tarik Kaw.[17]
Pada tahun 2014, beliau menubuhkan kembali 4U2C selepas lebih 18 tahun menyepi dengan kumpulan ini dinamakan semula sebagai ForUToC, terdiri daripada ahli baru.[18] Beliau kemudian melancarkan single terbaru, "Paranoid" menampilkan pelakon Indonesia, Luna Maya.[19][20][21] Pada tahun 2017, beliau melakonkan dua watak, iaitu King Kong dan Cobra dalam filem aksi komedi pecah panggung, Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof, juga dibintangi oleh Zizan Razak sebagai watak utama. Ia merupakan filem pertama lakonannya dalam tempoh 8 tahun sejak My Spy (2009).[22] Beliau turut menyumbangkan runut bunyi filem itu bertajuk "Senorita" bersama Syamsul Yusof dan Shuib Sepahtu.
Pada tahun 2018, beliau mengacarakan Super Spontan Xtravaganza, Arena Panggang musim 2 dan Maharaja Lawak Mega 2018. Pada tahun berikutnya, beliau muncul sebagai Jefri Dom dalam Pop Yeah Yeah di TV3.[23][24]
Dalam tahun 2020, AC menjadi pengacara untuk beberapa rancangan televisyen, antaranya ialah Punchline DAC.[25] Selain itu, beliau juga menjadi pengacara jemputan untuk konsert Gegar Vaganza musim ke-7 minggu pertama, menggantikan Nabil Ahmad.
Kehidupan peribadi
AC Mizal telah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama beliau ialah bersama Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995, dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman.[26] Pasangan itu bercerai pada 17 Oktober 2001.[27][28] Beliau kemudian berkahwin dengan bekas pelakon dan model, Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002; melalui perkahwinan keduanya ini, AC dikurniakan dua lagi anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.[29][30]
Bapa beliau, Datuk Zaini Md. Hashim merupakan seorang Ketua Polis Muar, meninggal dunia pada 29 Mac 2014.[31][32]
Cabang lain
Dengan kejayaannya dalam kerjaya hiburan, beliau menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan syarikat AC Konsortium Sdn. Bhd. yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif, syarikat ini menghasilan gelang magnet dan produk lain.[33] Terdapat kontroversi mengenai penjualan gelang ini, namun telah dijawab oleh beliau menerusi temubual bersama Harian Metro.[34][35]
AC turut menceburi industri penyiaran radio dengan menubuhkan stesen radio internet Peace Yall FM pada 1 Mei 2015 dengan majlis pelancaran dirasmikan oleh Siti Nurhaliza,[36] yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Presiden dengan Rashidi Ishak berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[37]
Pada 18 Oktober 2015, beliau berjaya membida satu set rokok elektronik buatan anak tempatan dengan nilai bidaan sebanyak RM45,000 di Festival Vape yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).[38]
Pada Ogos 2017, AC mengumumkan yang beliau dan Datuk Afdlin Shauki akan melancarkan stesen TV mereka yang dikenali sebagai Syiok TV yang merupakan usahasama antara mereka berdua melalui syarikat Syiok Media Network milik AC dan VisionWorks milik Afdlin.[39][40][41][42] Syiok TV kemudian bertukar nama kepada Awesome TV pada Ogos 2019. AC mengumumkan pada Februari 2020 bahawa beliau bukan lagi sebahagian daripada Awesome TV dan turut mengumumkan akan muncul dengan stesen TV sendiri.[43][44]
Melengkapkan portfolio perniagaan beliau, AC tampil dengan produk kecantikan IDEALYST X Dato' AC Mizal pada Oktober 2019.[45]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Bara | Hisham | Filem pertama |
2000 | Pasrah | Zamri | |
2001 | Gerak Khas The Movie | Inspektor Mazlan | |
2002 | Gerak Khas The Movie II | ||
2004 | Makar | Aiman | |
Buli | Rudy | ||
2005 | Baik Punya Cilok | Wak | |
2006 | Buli Balik | Rudy | |
Cicak-Man | Ginger 2 | ||
2007 | Diva | Rudy | |
Zombi Kampung Pisang | Mat Karan | ||
2008 | Cuci | Tan | |
Apa Kata Hati? | Bomoh | Penampilan khas | |
Los dan Faun | |||
Cicakman 2 - Planet Hitam | Ginger Ghost 2 | ||
2009 | My Spy | AJ | |
2017 | Abang Long Fadil 2 | King Kong / Cobra | |
TBA | Zaara | Pos-produksi | |
Abang Long Fadil 3 | Pos-produksi |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1998–1999 | Roda-Roda Kuala Lumpur | Korperal Jefri | TV1 |
1999–2002 | Gerak Khas | Inspektor Mazlan | |
2007 | Dakollin Dakkosi | Dakkosi | Astro Prima |
2019 | Pop Yeah Yeah | Jefri Dom | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Meraung | VCD | |
Neon | Karim | ||
2006 | Kantoi | Astro Ria |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2006–2009 | AC Di Sini | Pengacara | Astro Ria |
2008 | Akademi Fantasia Musim 6 | ||
2009 | Akademi Fantasia Musim 7 | ||
2011–2012 | RM1,000,000 Money Drop | ||
2011 | Maharaja Lawak | Astro Warna | |
Maharaja Lawak Mega | |||
2012 | Maharaja Lawak Mega 2012 | ||
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | ||
Raja Lawak Astro (Musim 7) | Juri tetap | ||
2013–2015 | Sembang Teh Tarik | Pengacara | |
2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 | ||
Havocwarna | |||
Terbaik Toqq | |||
2015 | Super Spontan All Star | ||
2015–2016 | Dalang Prank | ||
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 | ||
Super Spontan Superstar | |||
Sembang Teh Tarik Kaw | |||
Kaunter Kebaboom! | Pengacara bersama Atu Zero | Astro Ria | |
Akademi Fantasia Musim 13 | Juri tetap | ||
Duo Star | Pengacara | ||
2017 | Maharaja Lawak Mega 2017 | Astro Warna | |
Super Spontan Superstar 2017 | |||
2018 | Gegar Lawak 2018 | Juri tetap | |
Super Spontan Xtravaganza | Pengacara | ||
Maharaja Lawak Mega 2018 | |||
2019 | Di Balik Tawa (Musim 2) | Dirinya sendiri | |
I Can See Your Voice Malaysia (Musim 2) | Artis jemputan (Episod 9) | TV3 | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Pengacara bersama Elly Mazlein | ||
Maharaja Lawak Mega 2019 | Pengacara | Astro Warna | |
2020 | Dansa Dan Sing | Pengacara jemputan | Astro Ria |
Punchline DAC | Pengacara | Astro Warna | |
The Masked Singer Malaysia | |||
Gegar Vaganza (musim 7) | Pengacara jemputan | Astro Ria | |
Vokal Mania | Pengacara bersama Azira Shafinaz | TV3 | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Pengacara bersama Nabila Huda |
Diskografi
Album studio
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Tassamaqu |
|
Single
Tahun | Tajuk | Penyanyi undangan | Rujukan |
---|---|---|---|
2001 | "Keliru" | ||
2007 | "Di Sini" | ||
2012 | "Apo Kono Eh Jang" | Rafidah Ibrahim | |
2013 | "Al-Haq.....Yang Satu" | Mawi | |
2014 | "Paranoid" | Luna Maya | |
2017 | "Senonita" | Syamsul Yusof & Shuib Sepahtu (OST Abang Long Fadil 2) | |
"Itu Saja" |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1993 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993 | Penyanyi Berkumpulan Popular | 4U2C | Menang |
2000-2001 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000/01 | Pelakon TV Lelaki Popular | Gerak Khas | Menang |
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 | Pengacara TV Lelaki Popular | Dato AC Mizal | Tercalon |
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Pengacara TV Lelaki Popular | Dato AC Mizal | Menang |
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Hos MeleTOP | Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2013) | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Pengacara TV Lelaki Popular | Dato AC Mizal | Tercalon | |
Anugerah Lawak Warna 2015 | Pengacara Lawak Paling Popular | Dato AC Mizal | Menang | |
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Hos MeleTOP | Dato AC Mizal "(Super Spontan All Stars)" | Menang |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Pengacara TV Popular | N/A | Tercalon |
Artis Versatil Popular | N/A | Tercalon |
Penghargaan
Penghargaan Malaysia
- Pahang :
Beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' dari Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang pada hujung 2010.[46][47][48]
Rujukan
- ^ "Mizal Zaini". Sinema Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 9 April 2011. Dicapai pada 2 Julai 2017.
- ^ Muhammad Faris Alfiq Mohd Afandi (17 Januari 2018). "5 Soalan Bersama... AC Mizal". Berita Mediacorp. Dicapai pada 17 Januari 2018.
- ^ a b c d e f g h Dennis Chua (27 Januari 2017). "Man for all stages" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkib daripada yang asal pada 22 April 2017. Dicapai pada 10 January 2018.
- ^ "Back to his first love" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. September 2015. Dicapai pada 10 Januari 2016.
- ^ "AC jatuh bangun tiga kali dalam perjalanan seni". Berita Harian Singapura. 31 Mei 2015. Dicapai pada 13 Januari 2018.
- ^ a b c Suzan Ahmad (7 Jun 2009). "AC Mizal terharu terkenang watak Inspektor Mazlan". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 10 Jun 2009. Dicapai pada 9 Februari 2018.
- ^ S. Tamarai Chelvi (9 November 2020). "A man of many talents" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Haryati Karim (11 Februari 2010). "Hilangnya band pop Malaysia". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 13 Januari 2015.
Bercerita sedikit pengalamannya bersama band 4U2C yang ditubuhkan pada tahun 1992 itu, AC mengatakan...
- ^ "Datuk AC Mizal and the infamous Fiona dance moves" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 7 Ogos 2017. Dicapai pada 10 Januari 2018.
- ^ "'Bukan mahu popular tapi...' - AC Mizal dedah rahsia anggota kumpulan 4U2C". XTRA. 15 November 2019. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (7 Julai 2004). "AC Mizal raih tumpuan melalui Tassamaqu". Berita Harian. Dicapai pada 10 Januari 2018 – melalui KLIK.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (7 Julai 2004). "AC Mizal raih tumpuan melalui Tassamaqu". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 10 Julai 2004. Dicapai pada 10 Januari 2018.
- ^ "Najib lancar Suluhkan Sinar". Berita Harian. 14 Januari 2005. Dicapai pada 16 Mac 2020 – melalui KLiK.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (13 Jun 2006). "AC, Emilya yakin potensi Emac Vision". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020 – melalui KLiK.
- ^ Mohd Hafiz Ismail (29 Januari 2014). "AC Mizal kembali dalam Gerak Khas". Sinar Harian. Diarkib daripada yang asal pada 25 Jun 2018. Dicapai pada 30 April 2018.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 April 2016). "Perkara biasa persamaan Sembang Teh Tarik Kaw". mStar Online. Dicapai pada 10 Januari 2017.
- ^ "AC Mizal kembali tubuh 4U2C". Sinar Harian. 10 Jun 2014. Dicapai pada 13 Januari 2015.
- ^ Wahi Aziz (6 November 2014). "'Saya tak kisahlah...'". Harian Metro. Dicapai pada 11 Januari 2015.
- ^ "AC Mizal intai pasaran AS". New Malaysian Post. 19 Oktober 2014. Dicapai pada 11 Januari 2015.
- ^ "Lagu terhangat untuk musim 2015". Berita Harian. 25 Mei 2015. Dicapai pada 11 Januari 2016.
- ^ Kamaruddin Razal (16 Ogos 2017). "Menyepi hampir 10 tahun, AC Mizal kembali bintangi filem". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Ogos 2017.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (13 Ogos 2019). "Cedok ilmu penyiaran TV3". Harian Metro. Dicapai pada 14 Januari 2020.
- ^ "#Showbiz: Just awesome, AC!". New Straits Times. 15 Ogos 2019. Dicapai pada 14 Januari 2020.
- ^ Kamaruddin Razal (10 Ogos 2020). "AC Mizal kembali menggegar dengan Punchline DAC". Astro Gempak.
- ^ Feride Hikmet Atak (4 November 2014). "Hubungan AC Mizal dengan anak semakin pulih". mStar Online. Dicapai pada 10 Januari 2015.
- ^ Munirah Yusoff (18 Oktober 2001). "Pelakon Gerak Khas bercerai". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020 – melalui KLiK.
- ^ "Saya tahu AC Mizal miliki kekayaan". Utusan Malaysia. 5 Oktober 2010. Diarkib daripada yang asal pada 18 November 2016. Dicapai pada 11 November 2010.
- ^ "Gambar anak kedua AC Mizal dan Emylia Rosnaida". Oh Artis. Jun 2009. Dicapai pada 10 Januari 2018.
- ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (19 Oktober 2014). "Tiada istilah terlambat". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 22 Februari 2015. Dicapai pada 22 Januari 2015.
- ^ "Bapa AC Mizal meninggal dunia". Sinar Harian. 29 March 2014. Diarkib daripada yang asal pada 26 Julai 2017. Dicapai pada 12 Januari 2015.
- ^ "Bapa AC Mizal meninggal". Harian Metro. 30 Mac 2014. Dicapai pada 19 Februari 2020 – melalui KLiK.
- ^ Maliah Surip (24 September 2010). "Tuah gelang AC". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 31 Julai 2017. Dicapai pada 10 Disember 2017.
- ^ Isma Ismail, Asmizan Mohd Samiran 8 Firdaus Sahat (13 Julai 2014). "AC jawab dakwaan". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 13 Julai 2014. Dicapai pada 10 Januari 2015.
- ^ Rosli Manah (21 Disember 2011). "AC Mizal nafi gagal dalam perniagaan". Mangga. Diarkib daripada yang asal pada 8 Januari 2012. Dicapai pada 16 Februari 2018.
- ^ Georgie Joseph (9 Mei 2015). "Peace Yall FM bersiaran". Harian Metro. Dicapai pada 10 Januari 2016.
- ^ "AC Mizal buka stesen radio Internet". Berita Harian Singapura. 13 Mei 2015. Dicapai pada 10 Januari 2016.
- ^ "AC Mizal bida vape RM45,000". Harian Metro. 20 Oktober 2015. Dicapai pada 16 Mac 2019 – melalui KLiK.
- ^ Angelin Yeoh (1 August 2017). "Afdlin Shauki, Datuk AC Mizal to launch new TV station". Star2. Dicapai pada 27 September 2017.
- ^ Dennis Chua (22 July 2017). "2 celebrities team up for new television station". New Straits Times. Dicapai pada 27 September 2017.
- ^ Haslina Kamaruddin (18 Julai 2017). "Afdlin, AC tubuh stesen TV bukan kerana kecewa". Sinar Harian. Dicapai pada 27 September 2017.
- ^ "Afdlin Shauki, AC Mizal lancar stesen TV, kini perlukan hos, pelawak baru". Berita MediCorp.sg. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 27 September 2017.
- ^ Najiy Jefri (13 Februari 2020). "AC Mizal bakal tampil stesen TV sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mac 2020.
- ^ Syafiqah Jalal (14 Februari 2020). ""Saya sudah tiada kaitan dengan Awesome TV" - AC Mizal bakal tampil dengan stesen TV sendiri". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Mac 2020.
- ^ Attiqah Mohd (25 Oktober 2019). "Dato' AC Mizal tampil dengan koleksi eksklusif produk kecantikan terbaru, Idealyst X Dato' AC Mizal". XTRA. Dicapai pada 26 Mac 2020.
- ^ Kemalia Othman (22 September 2010). "AC Mizal Sahkan Terima Gelaran Dato'". mStar Online. Dicapai pada 13 September 2019.
- ^ Budiey (23 Disember 2011). "AC Mizal dan Eizlan Yusof dapat gelaran Datuk". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Januari 2018.
- ^ Nonie (24 Disember 2010). "Datuk AC Mizal bimbang Sultan murka". Mangga. Diarkib daripada yang asal pada 29 Disember 2010. Dicapai pada 16 Februari 2018.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan AC Mizal |