Di Balik Tawa adalah rancangan terbitan Astro yang ditayangkan secara ekslusif di Astro Warna. Program bual bicara hati ke hati dengan pelawak-pelawak tanah air dan negara jiran telah berjaya mendapat sambutan hangat dan membuatkan penonton sebak dan sayu mengalir air mata apabila mengetahui betapa perit dan susahnya kehidupan para pelawak ini disebalik layar kaca.

Di Balik Tawa
GenreBual Bicara, Realiti
Pencipta
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim2
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna HD
Format gambarHDTV 1080i
Siaran asal30 Disember 2017 (2017-12-30) – 2018 (2018)

Berikutan sambutan memberangsangkan dari rancangan ini, satu lagi rancangan spin off iaitu Di Balik Idola dihasilkan dan menemu ramah bukan sekadar pelawak seperti DBT tetapi juga pelakon, penyanyi tanah air.

Selepas Di Balik Tawa musim 1 berakhir, Accapan dan Zaibo telah meninggal dunia.

Episod

sunting



episode artis sinopsis
Achey Episod Achey paling menyayat hati dimana dia kerap menangis mengenangkan kesusahan dilalui suami isteri semasa belum bergelar artis, rumah ibu bapanya terbakar dan kelengkapan bagi mengerjakan ibadah haji telah hangus dijilat api, dia juga hilang segala sijil-sijil dan hanya sijil spm dan politekniknya saja yang dapat dicetak semula. Dia juga rasa kesal mengenangkan sikapnya yang mementingkan kawan-kawan hingga isterinya terpaksa menamparnya untuk menyedarkan dia, juga tohmahan para warga alam siber yang menuduh isterinya mandul kerana sudah 9 tahun berkahwin mereka belum memiliki cahaya mata.
Ropie Semasa tamat SRP (PMR, PT3) dia bekerja di kilang sofa dan satu hari dia mendapat tawaran dari rakan yang baru dikenali dan tanpa diduga orang itu telah menculiknya dan meninggalkannya di dalam hutan sambil tangan terikat ke belakang. Dia berjaya lari dan kembali ke kilang tetapi kad pengenalan dan duit gajinya telah dibawa lari. Semasa pergi membuat laporan polis, rupa-rupanya orang itu adalah banduan yang lepas lari dari Penjara Taiping!


Ropie melakukan 3 kerja sebelum menjadi pelawak bersama Cecupak. Dia juga menceritakan betapa sedihnya dia hingga ayahnya mahu memukul dia hanya kerana mahu menjalani ujibakat sinaran pasport kegemilangan. Ropie lari meninggalkan Pulau Pinang dengan menghantar anak dan isterinya ke Johor, dia hanya memberitahu keberadaan mereka kepada Ucop, sepupunya yang juga ahli kumpulan Cecupak.

Sesudah bpergelar artis, Ropie tidaklah semewah yang disangka. Tawaran pasang surut dan ada kalanya dia tidak mampu berbelanja. Isterinya menuntut cerai dan membawa pergi anak-anaknya termasuk seorang anak angkat yang dijaga sejak kecil, Ropie yang terkontang kanting mengalami kekecewaan kerana kerinduan pada telatah anaknya di rumah. Ropie berpindah keluar dan berkahwin baru kerana terlalu sunyi.


Abam Bocey Abam asalnya menyertai program Raja Lawak bersama adiknya Ali, tetapi Afdlin Shauki hanya mahukan seorang saja. Mereka membatalkan hasrat itu dan mencuba lagi sekali dan terpilih, kali ini dua beradik seibu tapi berlainan bapa ini terpilih ke Raja Lawak 6 sebagai Albob. Abam mencuba nasib lagi kali ini di program Bintang Mencari Bintang bersama Fad sebagai Bocik dan dia berjaya menempa nama. Sebelum menceburi bidang komedi, Abam sukar mendapat pekerjaan selepas kontrak kantin perusahaan keluarga mereka dengan Puspakom ditamatkan. Disebabkan saiznya yang terlalu besar dan berat, sukar untuk Abam mendapat kerja tetap dan jawatan yang dipohon.
Bell Ngasri Bell dan adik beradik terpaksa melupakan zaman kanak-kanaknya kerana perlu bekerja menyara keluarga. Meskipun banyak mendapat tawaran berlakon mereka tidak hidup mewah kerana perlu berjimat.
AC Mizal AC berkongsi kisah bagaimana dia mengalami pasang surut dalam arena seni semasa mula berkahwin dengan Datin Amylea Rosnaida. Bagaimana dia tidak mampu membayar sewa rumah, tidak menerima tawaran berlakon sekian lama.
Joey Daud Joey mula menceburi bidang seni sebagai penyanyi solo dan jualan album nya laris di Indonesia pada tahun 1998 meskipun tidak mendapat sambutan hangat di negara sendiri. Tetapi peristiwa demonstrasi di Indonesia menyebabkan segala rekod-rekod jualan album di syarikat label di sana tidak dapat ditemui dan Joey tidak menerima wang royalti seperti termaktub dalam kontrak.
Ali Puteh Ali menceritakan betapa peritnya mereka berusaha keras untuk memasuki dunia lawak apabila mencuba dari satu destinasi ke destinasi lain untuk ujibakat 1 program yang sama hanya kerana ingin mengubah taraf hidup. Dia juga banyak memberi laluan kepada Abam kerana dia tahu betapa sukarnya untuk Abam mendapat pekerjaan.
  • Abam dan Ali adalah 2 adik beradik yang ditemubual dalam rancangan ini dan mempunyai episod berbeza. Bell dan Anne Ngasri tidak mempunyai slot masing-masing kerana Anne cuma hadir dlm 1 episod bersama Bell.
Imuda Abdul Rahim Muda berkongsi cerita pembabitan awalnya sebelum menceburi bidang seni dengan hasil tidak seberapa, bergelut dengan penyakit Gout.
Saiful Apek Dihari pengebumian ibunya, Saiful hanya tahu dia anak angkat setelah tidak dibenarkan untuk mencium dahi jenazah arwah ibu angkatnya. Dia berjaya bertemu dengan keluarga kandungnya semula.
Ilya Buang Satu-satunya ahli asal kumpulan Senario dalam rancangan ini. Ilya menceritakan bagaimana mereka hanya dibayar gaji bulanan sewaktu Senario gah di puncak, rancangan mereka mendapat tontonan tinggi, memiliki kelompok peminat tersendiri, popular serata Malaysia.
Didie Alias Didie berasa sedih apabila imej ala lady gaga nya dikeji masyarakat dan anaknya turut terkena tempias. Dia bersyukur kerana anaknya masih cemerlang dalam pelajaran biarpun dikeji hanya disebabkan penampilan ibu mereka.
Shuib Nama timangan asalnya ialah Ijoy, dibesarkan dalam 1 rumah kecil, Shuib dijaga oleh Atuk dan Neneknya. Dia tidak tahu mengenai dunia seni pada waktu itu kerana tiada medium hiburan yang mampu dimilikinya. Shuib begitu susah sekali hinggakan dia tidak memiliki motorsikal ataupun kereta, dia minat menyanyi dan berkenalan dengan bakal juara AF3 Asmawi Ani sewaktu berkaraoke di Bongsu Corner. Cubaan memasuki program nyanyian gagal kerana ditolak sebab tidak memiliki paras rupa, dari situ Dia berkenalan dengan Jep dan Mamat yang merubah perjalanan hidupnya. Jep mencadangkan nama Shuib, lari dari nama asalnya iaitu Shahmira dan mereka jadi lebih rapat selepas sama sama bertugas sebagai ground crew air asia. Jep yang terlebih dahulu berkawan dengan Mamat memperkenalkan Mamat kepada Shuib. Shuib dan Jep selepas menjuarai Raja Lawak 3 sedikit terumbang ambing kerana tidak tahu bagaimana cara untuk membawa diri, tiada pengurus dan tiada tawaran susulan diterima selepas RL3, kehidupan mereka mula teratur selepas siri tv Bujang Sepah Lalalitamplom, mereka mendapat tawaran untuk Maharaja Lawak 2011 dan menjadi juara menewaskan pelawak lebih berpengalaman seperti Johan, Zizan, Nabil. Malangnya pergolakan dalam kumpulan dan tiada kerjasama baik dari Mamat hanya tinggal Jep dan Shuib saja meneruskan legasi Sepahtu.
Tauke Dia melakukan pelbagai kerja sebelum menjadi pelawak, antaranya ialah pembancuh air, anggota Johor Military Force. Tauke begitu rindu pada sahabat baiknya, arwah Pak Yus yang banyak membantu diawal pembabitan dalam bidang seni. Lagu Aris Ariwatan - 1,2,3,4 cukup membuatkannya sebak kerana teringat pada 2 individu paling dikasihinya, arwah Ibu dan Pak Yus.
Accapan Acca pada awalnya datang ke ibukota bukan untuk menjadi pelawak tetapi lebih pada menyertai pemilihan bolasepak kerana minatnya pada sukan itu dia sanggup berbasikal dari Perak ke Kuala Lumpur memakan masa tu berhari hari kerana Projek Lebuhraya Utara Selatan belum siap lagi pada waktu itu.
Jaafar Onn
Cikgu Jaafar bermula di Flat Jalan Pekeliling semasa mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Biarpun disenangi jiran tetangga dan rakan-rakan artis, dia mempunyai kisah sedih di alam perkahwinannya. Bekas isteri dan anaknya menjauhkan diri daripadanya. Hanya anak angkat dan rakan-rakan tempat dia mencurah kasih.
Vicha Saywho Permulaan Vicha tidak mendapat sokongan ayahnya. Rumahtangga Vicha juga dilanda badai. Biarpun sudah mendapat tempat di dunia hiburan Indonesia tetapi Vicha bergelut untuk hidup selesa. Percubaan untuk menerobos masuk dunia lawak Malaysia juga begitu perit apabila tiada wang untuk membeli tiket penerbangan dan passport. Walaupun menduduki tempat ke 3 Maharaja Lawak Mega musim pertama, Saywho ditipu oleh pengurus dan dari 150 000 ringgit hadiah kemenangan dia hanya mendapat 10 ribu. Vicha juga dicurangi oleh suaminya yang menjalin hubungan sulit dengan kawannya sendiri yang ditugaskan untuk menjaga 2 anaknya semasa dia berada di Malaysia.
Dzawin Dzawin mengalami kemurungan apabila kedua orang tuanya berpisah. Semasa di sekolah pondok dia juga sengsara kerana kemiskinan keluarga. Bapanya jarang melawat hinggakan dia sanggup berbohong pada kawan-kawan kuliah mengatakan bapanya sudah meninggal dunia. Tetapi mereka terkejut apabila bapanya itu datang melawat Dzawin. Semasa memulakan karier lawak solo, Dzawin mula mendapat tawaran sana sini tetapi dia tidak dapat berada dekat dengan bapanya yang kritikal di wad ICU.
AR Badul Badul biarpun datang dari keluarga artis, arwahnya seniman AR Tompel tidak menggalakkan anak-anaknya menjadi artis. Dia mahu mereka fokus pada pelajaran. Badul bermula dari pentas kecil ke pentas kecil yang lain sebelum menjadi bintang filem era 70an.
Ebby Yus Ebby pernah bekerja kotor di lorong haji taib semasa dia belum bergelar artis. Selepas bergelar artis juga dia pernah menjadi penarik kereta tetapi disebabkan seorang pemilik kereta yang ingin ditariknya itu mengenali dia sebagai artis, dia mengabaikan tugasnya itu. Sejak itu dia berhati hati dalam membawa diri kerana tidak mahu memburukkan namanya.
Jalil Hamid Anak pertama Jalil lahir normal tetapi mengidap demam panas semasa kecil dan menjadi orang kurang upaya. Meskipun mempunyai kerja tetap di ITM tetapi Jalil masih mempunyai minat yang membara dalam arena seni. Dia juga pernah menolak tawaran menyambung pelajaran di sebuah universiti di utara tanah air kerana jika dia pergi dia perlu berjauhan dengan anak isteri dan tiada sumber pendapatan. Dia juga pernah menumbuk seorang doktor yang menyebabkan gigi anak sulungnya patah dan berdarah kerana cuba memasukkan tiub