Zaibo

Pelakon, pelawak dan penari Malaysia

Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo (19 Disember 1956 – 14 November 2018) merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penari Malaysia, berasal dari Padang Besar, Perlis.[1][2][3]

Zaibo
Kelahiran
Zainal Ariffin bin Abdul Hamid

(1956-12-19)19 Disember 1956
Meninggal dunia14 November 2018(2018-11-14) (umur 61)
Sebab kematianKanser Esofagus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Rengit Batu Pahat
PendidikanIjazah dalam Pengajian Seni
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPelakon, penari, pelawak, pengacara
Tahun aktif1970–2018
Terkenal keranaPak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya
PasanganSiti Hawa Shawal (k. 2010–2018)
Anak-anak9

Kerjaya sunting

Beliau mula dikenali dengan lakonannya dalam beberapa sitkom dan drama-drama terbitan Malaysia dan Singapura. Semasa masih muda pada tahun 70-an dan 80-an, dia pernah menari ala-John Travolta. Beliau juga merupakan salah seorang pelakon drama siri tarian Tari Tirana di TV3, memegang watak Haji Mohsen iaitu datuk kepada pelakon utama wanita, Tirana (lakonan Wan Sharmila).

Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem termasuk Queen Control (1992), sebelum berlakon dalam Soalnya Siapa? (2002). Kemudian pada tahun 2008, beliau berlakon dalam filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008) dan pada 2010 dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Beliau juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa (musim 1 sahaja) dalam siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau turut menjadi pengkritik tetap musim ketiga Raja Lawak.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusof dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Hawa Syawal pada 3 Disember 2010, dan memiliki sembilan anak tiri. Hubungan mereka sebagai sahabat yang terjalin selama 15 tahun sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.[5] Zaibo mendapat pendidikan ijazah dalam bidang Seni Persembahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.[6][7]

Kematian sunting

Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 November 2018 pada jam 1:30 petang di Rengit, Johor. Berita pemergiannya itu telah disahkan oleh anaknya sendiri, Hafiz melalui laman Facebooknya.

Tahap kesihatan beliau sebelum ini terjejas selepas dikesan menghidap kanser esofagus tahap empat sejak November 2018.[8]

Sepanjang Allahyarham bertarung dengan kansernya, khabar Zaibo hanya diketahui umum apabila ada rakan-rakan artis atau wartawan yang berkongsi tentangnya menerusi media sosial. [9][10]

Allahyarham dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat selepas solat Isyak.[11]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Gelora Cinta Filem pertama
Queen Control
1995 Putera Tamrin
1996 Super Star
1999 Tarzan Tantor Alih suara BM
Anna and the King Pedagang Siam Penampilan pertama untuk filem Hollywood
2000 Soal Hati Osman
2002 Soalnya Siapa?
Cinta 200 Ela Abang Ali
2003 City Sharks Petani Filem Singapura
Aku Kaya The Movie Tok Ketua Alalatok
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Penarik Beca
2006 Tentang Bulan Guru Mengaji
2008 Senario The Movie: Episode 1 Pengurus Zoo (pencerita) Penampilan khas
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Wan/Mr. Aligator
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Boss
Senario Asam Garam Asam
Magika Nujum Pak Belalang
Cuti-Cuti Cinta Tan Sri Zaini
2011 Kembar Siang Haji Sabran
Ratu The Movie Penganjur Penampilan khas
2012 Man Sewel Datang KL Pak Din
Untuk Tiga Hari Rusdi
2013 Awan Dania The Movie Orang Buta
Laki-Laki
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Ayah Ifti Liyana
2015 Ada Apa Dekat Bas Stop Pak Leman
2016 Lu Mafia Gua Gangster Tuan Direktor Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1990 Platform TV1
1999–2005 Spanar Jaya Pak Selamat ntv7 Sitkom
1997–1998 Kampung Boy Tok Din / Mustafa Astro Ria Suara
1995-2003 Under One Roof Yusof Mediacorp Saluran 5 Sitkom
2000 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Pak Itam TV3 Episod: "Suraya"
Episod: "Ane"
2009 Ceplos Encik Samad TV9
Tok Ketua Omar Abdullah Astro Warna Sitkom
2009–2010 Tari Tirana Haji Mohsin TV3
2010 Halimah Jongang The Series Pak Deris Astro Prima
Bila Musang Berjanggut Tok Mambang TV3
2011–2013 6 Progresif Cikgu Ahmad TV9
2012 Antara Kita TV Okey
2018 Melankolia Pak Abu TV3 Drama terakhir sebelum meninggal dunia

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Asam Garam Hidup
1997 Dekat Tapi Jauh
2002 Aku Kaya Pak Din VCD
Esok Hari Raya
2003 Dee & Moon
Neon Pelanggan Kedai Runcit I VCD
2009 Antara Garisan Tok Imam Astro Ria
2010 Madu Sorok Mail TV3
2014 Insyirah
2017 Restu Ramadan Pak Daud TV3
Fatonah Azali Pak Tam

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Raja Lawak (Musim 2) Juri Astro Prima bersama Enot & Harun Salim Bachik
2009 Raja Lawak (Musim 3) bersama Fauziah Nawi & Shamsul Ghau Ghau
2010–2014 Pelik Tapi Sedap Pengacara TV1 mengacara bersama Zamzarina Zambri
2014 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza Astro Warna
2018 Di Balik Tawa (Musim 2) Dirinya sendiri

Rujukan sunting

  1. ^ Zaibo Lalui Pengalaman Terguris Dengan Anak Tiri mStar Online. 19 April 2012. Dicapai pada 3 September 2012.
  2. ^ Zaibo tukar karier jadi penari! mStar Online. 20 Ogos 2009. Dicapai pada 3 September 2009.
  3. ^ Saya tak kaya tapi bahagia - Zaibo Utusan Malaysia. 26 Ogos 2001. Dicapai pada 3 September 2009.
  4. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  5. ^ Abie Abdullah (4 Disember 2010). "Zaibo nikah kenalan lama". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2013. Dicapai pada 18 Ogos 2013.
  6. ^ "Saya tak kaya tapi bahagia - Zaibo". Utusan Malaysia. 26 Ogos 2001. Dicapai pada 19 Februari 2019 – melalui Utusan Online.
  7. ^ "Sanggup Lepas Kerja Kerajaan". Utusan Online. 23 September 2018. Dicapai pada 19 Februari 2019. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  8. ^ "Zaibo positif walaupun disahkan kanser tahap empat". Utusan Malaysia. 14 November 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
  9. ^ "Kehilangan Allahyarham Zaibo dirasai rakan selebriti". Sinar Harian. 14 November 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
  10. ^ "Zaibo seperti bapa saya, terima kasih untuk segalanya" - Wardina Safiyyah". MSTAR. 14 November 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
  11. ^ "Pelakon Zaibo meninggal dunia". Kosmo. 14 November 2018. Dicapai pada 15 November 2018.

Pautan luar sunting