Faizal Yusof
Faizal Yusof (lahir Mohd Faizal Yusup; 13 Jun 1978 – 1 Januari 2011) ialah pelakon lelaki Malaysia dan bekas peserta Hero Remaja. Beliau muncul dalam banyak siri televisyen Melayu popular, termasuk Jersi 9,[1] Adamaya,[2] Tiramisu dan Manjalara.[3]
Faizal Yusof | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Faizal bin Yusup 13 Jun 1978 |
Meninggal dunia | 1 Januari 2011 Pusat Rawatan Islam, Selangor | (umur 32)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Batu Muda 3°13′39″N 101°41′25″E / 3.2274355°N 101.6901398°E |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2000–2011 |
Televisyen | Jersi 9 Adamaya Tiramisu Manjalara |
Pasangan | Siti Nordiana (k. 2006; c. 2009) Rosmunira Rashid (k. 2010) |
Anak | 2 |
KerjayaSunting
Allahyarham Faizal merupakan salah seorang bekas peserta Hero Remaja 2000/01 yang turut disertai oleh Zed Zaidi yang merangkul gelaran juara.
Kemunculan pertama Faizal dalam bidang lakonan ialah melalui telefilem Blok 404 (2004) dan kemudiannya Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan bersama Erik Fuzi dan menampilkan ramai pelakon popular tanah air seperti Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi. Beliau memegang watak Hafiz, seorang pemuda yang ditimpa nasib malang.[4]
Faizal juga terkenal dengan watak lakonannya dalam telefilem Zaharul Vs. Zarina yang bersiaran di Astro Ria. Pada 2006, Allahyarham membintangi filem Gong arahan Sandosh Kesavan. Beliau turut memegang watak pembantu sebagai Dani dalam drama Adamaya yang dibintangi oleh Sein Qudsi dan Lisa Surihani.
Sebelum kematiannya, Allahyarham sempat muncul dalam drama Tiramisu dan telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka.
Kehidupan peribadi dan kematianSunting
Beliau sebelum ini telah berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana dan mempunyai seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie.[5] Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 pada usia 33 tahun. Beliau meninggalkan isteri keduanya, Rosmunira Rashid yang mengandung lima bulan pada waktu kematiannya.[6]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Blok 404 | Azlan | Silver Chung | Filem pertama |
2006 | Gong | Didi | Sandosh Kesavan | Filem terakhir |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Syair Untuk Najihah | Syamer | TV1 | |
2006–2007 | CID 3278 | Inspektor Azri | TV9 | |
2007 | Manjalara | Faryzal (Ryzal) | TV3 | |
2008 | Intan Asmara | Kamal | ||
2008–2009 | Spa Q (Musim 2) | Shah | ||
2009 | Wadi Unung | Nazir | Astro Prima | |
Dua Marhalah | Syamil | Astro Oasis | Penampilan khas | |
Tower 13 | Joe | TV3 | Episod: "Azri/Anjang" | |
2010 | Adamaya | Dani | ||
Jersi 9 | Amran | TV9 | ||
Tudung Express | Megat | Astro Prima | ||
2010–2011 | Tiramisu | Alias | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Neon | Hafiz | VCD |
2004 | Surat Untuk Bulan | Amin | |
Zaharul vs Zarina | Zaharul / Zarina | Astro Ria | |
2005 | Zaharul vs Zarina 2 | Zaharul / Zarina | |
2006 | Guruh Di Langit | Zairul | TV1 |
2009 | Pesan Mak | Kamil | TV2 |
2010 | Wak | Radin Khairul Nizam (Wak Ijam) | |
Cikgu Badar | TV3 | ||
Gulai Labu Ikan Masin | Kamal | TV2 | |
2011 | Jangan Hantar Aku Ke Neraka | Hamzi | TV9 |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Nominasi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Anugerah Skrin 2011 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Jangan Hantar Aku ke Neraka | Menang |
RujukanSunting
- ^ "Jersi 9". tv9.com.my. 1 Jun 2009. Dicapai pada 3 Januari 2011.
- ^ "Adamaya". tv3.com.my. Dicapai pada 3 Januari 2011.
- ^ "Actor Faizal Yusof dies". mmail.com.my. 1 Januari 2010. Dicapai pada 3 Januari 2011.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ "Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung". bharian.com.my. 2 Januari 2011. Dicapai pada 3 Mei 2012.
- ^ "'Tiramisu' star Faizal dies of heart attack". nst.com.my. 2 January 2011. Diarkib daripada yang asal pada 2 January 2011. Dicapai pada 3 January 2011.