Adamaya (digayakan sebagai AdaMaya) ialah sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2010 arahan Feroz Kader, dibintangi Lisa Surihani dan Sein Ruffedge. Berdasarkan daripada filem 2008 I'm Not Single karya Pierre Andre, drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 6 April 2010 hingga 13 Mei 2010 menggantikan Na O Mei.[1]

Adamaya
Poster Adamaya – Slot Akasia TV3.jpg
GenreMelodrama, romantik
Ditulis olehZarihah Hassan
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod23
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Teo (tidak dikreditkan)
PenerbitDavid Teo
PenyuntingMiG Sound Factory
Lokasi
SinematografiJufri Ayob
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
MiG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 April 2010 – 13 Mei 2010
Kronologi
MengikutiNa O Mei
Diikuti olehSyah Jihan

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Mengisahkan perkahwinan di usia muda di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam (Sein Ruffedge) dan Maya (Lisa Surihani), Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak bernama Amani (Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan).

Dani (Faizal Yusof) pula telah berkahwin dengan Jasmin (Putri Mardiana) dan selepas lima tahun, Dani kembali mencari Maya. Percintaan Adam dan Maya menghadapi dugaan tatkala Dani muncul semula dalam hidup mereka. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Syed Hussein sebagai Adam
Lisa Surihani sebagai Maya

Pelakon pembantuSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (6 April 2010). "Lisa Surihani & Hussein Ruffedge dalam drama Adamaya". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  2. ^ AdaMaya (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 April 2018.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Adamaya Berikutnya
Na O Mei Syah Jihan