Melodrama [mé-lo-dra-ma] ialah pengkaryaan drama yang lebih mengutamakan sensasi dan emosi melampau dramatik berbanding perwatakan terperinci dalam jalan ceritanya. Penceritaan dalam karya-karya sebegini sering menampilkan watak-watak hero dan heroin dalam latar persendirian yang lazim menghadapi konflik moral dan keluarga, cinta yang sangat dasar[1] (yakni pergelutan antara kebaikan dan kejahatan[2]) atau cabaran luar yang menggoda atau membahayakan; ia biasa disampaikan melalui dialog yang melebih-lebih dan terlalu sentimental seakan stereotaip, malah turut disertai dengan kesan khas dan muzik yang menonjol untuk mengisyarat kepada penonton.[1]

Mélodrame yang dicat oleh Honoré Daumier antara tahun 1856 dan 1860, menggambarkan pemandangan khas Paris seperti yang berlaku di Boulevard du Temple.

Istilah "melodrama" pada asalnya merujuk kepada suatu bentuk seni persembahan teater yang lazim pada Zaman Victoria diiringi orkestra atau muzik; namun gaya persembahan ini dilanjutkan dalam banyak bentuk media termasuk opera, operet, muzikal, program televisyen dan radio serta filem.[1] Penceritaan berunsur begini menurun dadak pada abad ke-21, tetapi plot yang berkecenderungan melodramatis masih populer dalam medium komik dan kartun.[2] Dalam konteks moden kini, istilah "melodrama" secara amnya dilihat menunjukkan mutu karya yang dianggap rendah[3] tidak sahaja kerana wujudnya unsur-unsur membangkitkan perasaan di atas, tetapi juga ketiadaan faktor teknikal seperti penceritaan yang halus, pembangunan watak yang sempurna, ataupun kedua-duanya.[2]

RujukanSunting

  1. ^ a b c "19th Century Melodrama". Dicapai pada 13 Juni 2014. Periksa date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ a b c "What Is Melodrama?". Dicapai pada 13 Jun 2014.
  3. ^ Brooks, Peter (1995). The Melodramatic Imagination: Balzac, Henry James, Melodrama, and the Mode of Excess. Yale University Press. m/s. xv.