Neon (telefilem)
Neon ialah sebuah telefilem Malaysia 2003 arahan Feroz Kader terbitan Neon Entertainment. Ia dibintangi oleh Faizal Yusup dan Eric Fuzi sebagai pelakon utama dan penampilan istimewa daripada 66 artis-artis popular tanah air.[1] Telefilem ini menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Jumlah Artis Paling Terbanyak di dalam Filem (66 Artis Popular).[1] Telefilem ini telah dikeluarkan dalam bentuk VCD pada 18 Disember 2003.[1]
Neon | |
---|---|
Genre | Drama |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 125 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Real Desire |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal | 17 Disember 2003 |
Sinopsis
suntingNeon berkisar tentang Hafiz yang ditimpa nasib malang tidak henti-henti, namun keadaan berubah dengan kemunculan cahaya harapan yang menyuluh harapan, sekali gus memberi kekuatan untuknya meneruskan hidup. Hafiz berhadapan dengan segala jenis kedukaan dan malang pada satu satu malam, Hafiz menemui pelbagai jenis manusia dengan ragam dan karektor yang berbeza. Yang menarik tentulah pertemuannya dengan Laila. Seorang mangsa kasanova kolej yang ditinggalkan di tepi jalan. Mereka mengenali diri masing-masing lalu memberi sedikit sinar buat Hafiz.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Faizal Yusup sebagai Hafiz
- Eric Fuzi sebagai Topa
Penampilan khas
sunting- Zaidi Omar sebagai Encik Reezam
- Hani Mohsin sebagai Pengunjung Bilik Pameran I
- Eja sebagai Pengunjung Bilik Pameran II
- Hairie Othman sebagai Jurujual Bilik Pameran
- Yasmin Hani sebagai Lina
- Serina Redzuawan[nb 1] sebagai Pelayan Restoran I
- Norzizi Zulkifli sebagai Pelayan Restoran II
- Aziz M. Osman sebagai Pelanggan Restoran I
- Norish Karman sebagai Pelanggan Restoran II
- Jasmin Hamid sebagai Pelanggan Restoran III
- Ary Malik sebagai Saira
- Opie Zami sebagai Mat Pet
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Penumpang Teksi
- Zami Ismail sebagai Pemandu Teksi I
- Mamu Maidin sebagai Mamak Kedai Runcit
- Radhi Khalid sebagai Pemuda Bangladesh
- Zaibo sebagai Pelanggan Kedai Runcit I
- Esma Daniel sebagai Pelanggan Kedai Runcit II
- Vanida Imran sebagai Pelanggan Stesen Minyak I
- Rashidi Ishak sebagai Pelanggan Stesen Minyak II
- Ferhad sebagai Pelanggan Stesen Minyak III
- Normala Samsudin sebagai Pelanggan Stesen Minyak IV
- Fiza Elite sebagai Jurujual Stesen Minyak
- Danny X-Factor sebagai Ketua Geng Motor
- Boy Iman sebagai Geng Motor I
- Ucop Cecupak sebagai Geng Motor II
- Ezany Nizariff sebagai Geng Motor III
- Khatijah Abdul Ghani sebagai Teman Wanita Ketua Geng Motor
- Lisdawati[nb 2] sebagai Pengutip Tin
- Ropie Cecupak sebagai Za Za
- Cico Harahap sebagai Ringgo
- Ako Mustapha sebagai Kawan Ringgo I
- Soffi Jikan sebagai Kawan Ringgo II
- Bront Palarae sebagai Kawan Ringgo III
- Nasrizal Ngasri sebagai Tokan
- Norman Hakim sebagai Fido
- Izi Yahya sebagai Inspektor Polis
- Mustapha Kamal sebagai Sarjan Polis
- Jalaluddin Hassan sebagai DSP Kamal
- Abby Abadi[nb 3] sebagai Perempuan Gila
- Kartina Aziz sebagai Pemandu Teksi II
- Abu Bakar Omar sebagai Pemandu Kereta Mewah
- S. M. Salim sebagai dirinya sendiri
- Azhar Sulaiman sebagai Sungkai
- Bob Lokman sebagai Rock
- Sheila Mambo sebagai Ina
- Arash Mohamad sebagai Lelaki Kaya
- Zila Bakarin sebagai Teman Wanita Lelaki Kaya
- Saiful Apek[nb 4] sebagai Lelaki Pelik
- Badrul Muhayat sebagai Salim
- Rita Rudaini sebagai Laila
- Sathiya sebagai Penjaga Tandas Awam
- Bob Azrai sebagai Pengguna Tandas Awam I
- Jit Murad sebagai Pengguna Tandas Awam II
- Imuda sebagai Peniaga Gerai Kopi Satu I
- Abon sebagai Peniaga Gerai Kopi Satu II
- Loloq sebagai Pemuzik Jalanan
- Azza Elite sebagai Pelanggan Gerai Kopi Satu I
- Aman Shah sebagai Pelanggan Gerai Kopi Satu II
- Melissa Saila sebagai Pelanggan Gerai Kopi Satu III
- Kuswadinata sebagai Penduduk Kampung I
- Aziz Sattar sebagai Penduduk Kampung II
- Hamid Gurkha sebagai Penduduk Kampung III
- Fauziah Nawi sebagai Ibu Topa
- Kher Cheng Guan sebagai Reston
- AC Mizal sebagai Karim
Pelakon tambahan
sunting- Nazeem sebagai Kawan Ringgo IV
- Bobo sebagai Kawan Ringgo V
- Rock sebagai sebagai Kawan Ringgo VI
- Syafiz sebagai Kawan Ringgo VII
- Syafikah Syarim sebagai Anak Ina
Sumber:[nb 5]
Penerbitan
suntingIdea asal penerbitan telefilem ini datang daripada pengarahnya, Feroz Kader yang juga berkhidmat sebagai penulis skrip.[1] Penerbitan bermula apabila Neon Entertainment (M) Sdn. Bhd. membelanjakan RM350 ribu untuk menerbitkan telefilem ini.[1] Majlis pelancaran telefilem Neon diadakan di Seri Kembangan, Selangor dan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.[1] Watak utama telefilem ini dijayakan oleh bakat baru dalam dunia lakonan, Faizal Yusof.[1] penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur termasuk Brickfields, Pasar Seni, KTM dan Kampung Abdullah Hukum.
Keluaran
suntingNeon diterbitkan oleh Mohamed Rafiq Abdul Kader Sahib, Abdul Kalam Pakkir Mohamad, Mohamed Iskandar Abdul Kader, Salem @ Jemiran Mohd Kutty dan Feroz Kader menerusi Neon Entertainment (M) Sdn. Bhd. dan diterbitkan bersama oleh O.A. Mohamed Yaacob dan Syarikat Pakkir Mohamad.
Telefilem ini diedarkan dalam bentuk VCD oleh Real Desire Sdn. Bhd.[1]
Catatan
suntingRujukan
suntingPautan luar
sunting- Neon di Filemkita