Azza Zawari

Noor Azzarima binti Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite merupakan salah seorang daripada bekas anggota penyanyi Kumpulan ELITE , pelakon wanita , usahawan dan pengacara tv. Azza ialah pengasas kumpulan Elite yang pernah dianggotai Sasha Saidin, Abby Abadi, Watie dan Linda Rafar. Namun, Elite sudah pun berpecah apabila anggotanya membawa haluan sendiri. Azza pula ketika ini aktif sebagai pelakon dan pengacara.

Azza Zawari
Kelahiran
Noor Azzarima binti Zawari

1978 (umur 42–43)
Nama lainAzza Elite, Azza Zawari
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif1990–kini
PasanganAzlan Zulaily (k. 2012)
Anak2

Selain berlakon, Azza juga aktif dalam bidang perniagaan apabila mengeluarkan beberapa produk bawah keluaran Azza Elite Empire HQ dan antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.[1]

Azza kini sedang menjayakan sebuah program yang mengkhususkan pembelian barangan secara atas talian iaitu LAKU Mall HD pada tahun 2017 yang akan disiarkan di HyppTV. Beliau akan mengacara bersama Dynas Mokhtar dan Iskandar Ng. LAKU Mall adalah kolaborasi antara HyppTV bersama Mangkin Prestij dan M Tanochi Home Shoppping.

Kehidupan peribadiSunting

Azza pernah mendirikan rumah tangga dengan Ehsan Tun Ahmad Zaidi pada 14 Februari 2001, namun tidak dikurniakan cahaya mata sehinggalah mereka bercerai pada pertengahan 2004. Pasangan itu akhirnya bercerai pada pertengahan November 2004. Namun, Azza merahsiakan perkara berkenaan dari pengetahuan umum sehinggalah baru-baru ini saja dia bersedia menerima hakikat dan membuat pengumuman.

Bagi mengisi kekosongan diri, Azza mengambil seorang anak angkat, Marrisa Jannah yang kini berusia setahun lebih. Namun, Azza sudah menganggap Marrisa seperti anaknya sendiri. Azza bakal muncul dengan album solo pertamanya yang berkonsepkan pop & dance. Album berkenaan diterbitkan syarikatnya sendiri, AR Productions.

Perkahwinan kedua Azza, 34 dan Azlan Zulaily, 25 diijabkabulkan pada 1 April 2012 di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.Suaminya Azlan Zulaily,25, yang bekerja sebagai pramugara penerbangan domestik AirAsia. Mereka sering bersama ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) setiap hari apabila suaminya pergi kerja. Perkahwinan pertamanya dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur berakhir pada tahun 2005.[2]

Pada awal Januari 2013, Azza telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Perubahan beliau disambut baik oleh suami dan ahli keluarganya.[3]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Bara Mona Filem pertama
2003 Mami Jarum Junior
Jutawan Fakir Zura
2004 Kuliah Cinta
2005 Sembilu 2005 Cikgu Azza
2006 Bujang Senang
2018 Qhaliq

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Maria Mariana The Series Mariana TV3
2004 Sembilu Diana TV2
2006 Sembilu Kasih Diana TV3
2017 Isteri-Isteri Ayah Zana
2018 Makmum Yang Paling Aku Cintai Hypp Sensasi
2020 Perempuan Tanpa Dosa Kak Habsah Astro Ria
2021 Hari Kita Jatuh Cinta Rohani Awesome TV
Tak Sempurna Mencintaimu Kak Siti TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 Aku Tak Gila Astro Citra

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 LAKU Mall HD Artis jemputan HyppTV

RujukanSunting

  1. ^ Jemang Rahman (2 Jun 2017). ""Eh… Tak Baik Cakap Macam Tu" – Azza (Elite)". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-25. Dicapai pada 25 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Niezam Abdullah (2 April 2012). "Sembilan Tahun Beza Umur Tidak Halang Azza (Elite) & Azlan Bina Rumah Tangga". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-25. Dicapai pada 25 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Azza Elite kini sudah bertudung". Astro Awani. 4 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-25. Dicapai pada 25 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan LuarSunting