Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah merupakan drama televisyen Malaysia 2024 arahan Shuhaimi Zulkefli, dibintangi oleh Rita Nadira, Aniq Suhair, dan Aidit Noh. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 9 Januari 2024, menggantikan I Love You, Stupid.[1]

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
Genre
  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Keagamaan
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Aku Cinta Dia Karya Sharifah Abu Salem
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahShuhaimi Zulkefli
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hanya Tuhan Yang Tahu" — Awi Rafael
Lagu penutup"Senyawa" — Datuk Seri Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhammad Norazhar Baharuddin
PenerbitHaji Md Fadzil Teh P.J.K
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 Januari 2024 – 15 Februari 2024
Kronologi
MengikutiI Love You, Stupid
Diikuti olehMy Lovely Driver

Sinopsis sunting

Dania terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya hamil. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil beranggapan Dania hanya bergurau dan seterusnya menghilangkan diri. Bapa Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden Persatuan Niaga.

Ibunya Datin Kayra bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis-gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh Ibu Bapa Iqbal. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Safiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Humairah juga gembira dengan kepulangannya. Humairah mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Safiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah abang kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania mirip dengan arwah tunangnya selepas mengenakan hijab. Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Humairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?

Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kayra terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan sebuah al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-nya terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini kerana takut bertepuk sebelah tangan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Aniq Suhair sebagai Ustaz Iqbal. Anak Haji Mukri & Hajjah Safiyyah serta abang kepada Qabil.
  • Rita Nadira sebagai Nur Dania Safuan/Siti Aisyah (Dua watak). Dania adalah anak tunggal Tuan Safuan dan Puan Kayra yang menjadi mangsa hamil anak luar nikah juga mempunyai wajah seiras Siti Aisyah (Tunang Iqbal) yang meninggal dunia sebelum hari pernikahan.
  • Aidit Noh sebagai Qabil Husin @ Haji Mukri. Teman lelaki Dania yang enggan bertanggungjawab atas perbuatan menghamilkan Dania. Anak angkat Husin serta anak kandung Haji Mukri yang diserahkan kepada Husin (adik Haji Mukri) kerana faktor kewangan. Suka hidup bersosial.

Pelakon pembantu sunting

  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Safuan. Merupakan seorang ahli perniagaan yang mengusahakan syarikat milik isterinya Puan Kayra, Bapa Dania yang mendesak menggugurkan kandungan Dania.
  • Mas Anizan sebagai Puan Kayra. Isteri Tuan Safuan dan Ibu Dania yang menjadi mangsa kekerasan rumahtangga.
  • Serene Claire sebagai Julia. Merupakan pekerja syarikat yang menjalinkan hubungan sulit dengan Tuan Safuan dengan niat untuk membalas dendam.
  • Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri. Pengetua Rumah Wadi Safiyyah dan suami kepada Hajjah Safiyyah juga ayah kepada Iqbal dan Qabil & Abang kepada Husin.
  • Lydiawati sebagai Hajjah Safiyyah. Ibu Iqbal dan Qabil.
  • Ezany Nizariff sebagai Husin, Adik kepada Haji Mukri yang membesarkan Qabil.
  • Azza Elite sebagai Hajjah Maryam
  • Rashidah Jaafar sebagai Mak Long
  • Lieza MK sebagai Normala. Isteri Husin. Ibu angkat/Ibu saudara yang membesarkan Qabil.
  • Iman Aneesa sebagai Ustazah Humairah
  • Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
  • Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syakir
  • Ikhram Juhari sebagai Radzi. Akauntan Puan Kayra.
  • Shalia Shuid sebagai Kak Jah
  • Faris Ebni sebagai Daim
  • Asyraf Dasley sebagai Danial
  • Aileen Sufiah sebagai Rozie
  • Dina Allysha sebagai Syakilla
  • Fendi Seman sebagai Pak Kassan
  • Helmi Hamdah sebagai Haji Ariffin
  • Natasha Azizan sebagai Sheera
  • Puteri Dellyna sebagai Nora
  • Aina Khairi sebagai Sofea
  • Anisa Azzuddin sebagai Rakibah
  • Zetty Ahmad sebagai Natrah

Pelajar Wadi Safiyyah sunting

  • Nur Syafika Hasna Hasandi
  • Nur Shazwani Mohd Nasir
  • Nur Qaira Nasrin Naser
  • Nur Maizurah Balqis Shahrin
  • Nur Asyifa Najiha Abdullah
  • Adani Syahirah Saiful Kahar
  • Anis Sofea Shukri
  • Nurul Farah Hanim Thalmi
  • Nurul Shifa Ishak
  • Hasya Aifa Abdul Rashid
  • Miesya Izureen Jasmen
  • Qaseh Humaira Huzairy
  • Fatin Auni Badrul
  • Afrina Nurzahra Azelan

Pelakon tambahan sunting

  • Muhd Fauzi sebagai Amir
  • Aina Khairi sebagai Sofea
  • Rosmi Ibrahim sebagai Abang Din
  • Wirda Aryanie sebagai Shahidah
  • Natasha Roslan sebagai Setiausaha 1
  • Nurul Hafiza Sakri sebagai Doktor 1
  • Faris Nabil sebagai Kawan Qabil 2
  • Fuzza Eskandar sebagai Polis 2
  • Norhailmi Mutalib sebagai Kamarul
  • Zabedah Hj Din sebagai Pekerja 3
  • Mohd Hafifi
  • Aiman Sufi sebagai Reza
  • Hanisah Aqila sebagai Nur Ain
  • Airil Hafiz Mat Kila sebagai Halim
  • Zarrin Nuqman sebagai Munir
  • Irdina Humaira sebagai Setiausaha 2
  • Zuliana Ernie sebagai Doktor 2
  • M. Ashraff Salim sebagai Gangster 1
  • Manas Syafiq Shahlan sebagai Polis 3
  • Wirda Aryanie sebagai Syahidah
  • Zambri Ibrahim
  • Nur Misya bt Nasri
  • Myza Zariel sebagai Receptionist
  • Mohamad Hisham sebagai Polis 1
  • Aimanminsi sebagai Azhar
  • Ahmad Safri sebagai Kamal
  • Fath Hafeez sebagai Rais
  • Nina Azamira sebagai Peguam
  • Along Shahrul sebagai Gangster 2
  • Che Ma binti Chin sebagai Pekerja
  • Mohamad Firdaus
  • Mahyuddin Mohamad sebagai Hamidi
  • Zetty Ahmad sebagai Natrah
  • Muhammad Habeeb sebagai Anuar
  • Karyn Julan Luhat sebagai Jururawat 1
  • Mimi Lok Sze Jie sebagai Jururawat 2
  • Joshua Faz sebagai Kawan Qabil 1
  • Syafiq Din sebagai Gangster 3
  • Ridhwan Zakri sebagai Pekerja 2
  • Nuraswani Aswandi
  • Sunny Shahros Roslan
  • Nor Amin Mohd Isa
  • Mohd Nasir Mohd Asri
  • Nurmala Abdullah
  • Yyeyen Vilientika Yee
  • Nur Zuhairah Zulhakim
  • Azman Mohamed Radzi
  • Mohd Syafwan Syazwa
  • Azman Mohd Radzi
  • Rohaiza Hanim Abdullah
  • Shasha Bharson
  • Nur Amirah Afiqah
  • Ernita Abdul Gani
  • Nor Arisya Nazira Jamil
  • Zaliqqal Ezzah
  • Farie Jelita
  • Nur Fatin Najla
  • Nurlika Ardilah Habib Mukri
  • Nur Hikmah Mohd Ariff
  • Nor Amin Mohd Isa
  • Mohd Fauzi Idris
  • Nurul Farisya Roslan
  • Nurul Fazreyna Haryani
  • Muhammad Fahmy

Lagu sunting

  • "Hanya Tuhan Yang Tahu" - UNIC (versi asal) dan Awi Rafael (baru)
  • "Senyawa" - Siti Nurhaliza

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah". Kepala Bergetar. 9 Januari 2024. Dicapai pada 12 Januari 2024.