Rita Nadira Mohd Ritamurni (lahir 7 Jun 1997) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya awal dalam bidang peragaan, beliau terkenal dengan watak antagonis lakonannya[3] dan dikenali menerusi watak lakonannya dalam Jujurlah Nikahi Aku (2020) dan Tak Sempurna Mencintaimu (2021).[4][5][6]

Rita Nadira
Kelahiran
Rita Nadira binti Mohd Ritamurni

(1997-06-07) 7 Jun 1997 (umur 27)
PendidikanSeni Persembahan (Teater)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanModel, pelakon
Tahun aktif2019–kini
EjenThe Models Lab KL
SaudaraRita Suraya (kakak)

Kerjaya

sunting

Mewarisi bidang pemodelan daripada kakaknya, Rita Suraya, Rita Nadira mula bergiat aktif sebagai model, pada masa yang sama menceburi bidang lakonan.[1][7] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2019 menerusi telefilem Kisah Seram Hostel di Astro Citra, ia turut dibintangi oleh Janna Nick dan Wafariena Roslan. Drama pertama lakonannya ialah drama adaptasi novel Jujurlah Nikahi Aku yang dibintangi oleh Sean Lee dan Uyaina Arshad yang mana beliau memegang watak sebagai Zurin.[8] Beliau kemudian berlakon bersama Redza Rosli dalam drama Juliet yang disiarkan di TV1 yang mana beliau melakonkan dua watak, Julia dan Juliet. Pada tahun 2021, beliau berlakon di samping Fendy Bakry dan Intan Najuwa dengan memegang watak Melissa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bersiaran di TV3.[9][10] Dalam tahun 2022, Rita berlakon dalam beberapa drama TV, antaranya termasuk Kerana Dia Suka dan Terima Kasih Cinta.

Kehidupan peribadi

sunting

Bapa Rita Nadira adalah seorang penternak dan ibunya, seorang suri rumah.[1] Nenek sebelah bapanya berketurunan Cina, manakala datuk sebelah bapanya berketurunan India Muslim.[1] Ibunya pula berketurunan Jawa. Beliau ialah adik kepada bekas model, Rita Suraya.[1] Rita ialah lulusan dalam bidang Seni Persembahan (Teater) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[7]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Ezzrin Loy namun hubungan berakhir pada 2019 kerana kekangan kerja. Bagaimanapun, hubungan Rita dan Ezzrin masih kekal baik.[11][12][13]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Mustaqim Sofea Filem pertama
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Jujurlah Nikahi Aku Zurin Astro Ria Drama pertama
2021 Bunga's Secret Garden Bunga Astro Gempak
Tak Sempurna Mencintaimu Melissa TV3
Ayahanda Mazni
2022 Kerana Dia Suka Wardina
Jangan Menangis Cinta Dina Dahlia Astro Ria
Jiwa Wanita Ainul TV9 Episod: "Ibu Kalau Tak Duit, Ibu Jangan Membeli"
Juliet Julia / Juliet TV1
Julia's Secret Recipe Bunga Astro Gempak
Terima Kasih Cinta Dr Nora TV3
2023 Gadis Exxtra: Saiz Bukan Ukuran Irwinda Astro Ria
Rindu Darul Iman Puan Sri Julia (muda) TV Okey Penampilan khas
Keria Women Naura TV3
Aku Yang Kau Sakiti Amanda
2024 Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Dania / Siti Aisyah
Pewaris Cinta Dylea Astro Ria

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Kisah Seram Hostel Chempaka Astro Citra Telefilem pertama
2022 Sempurna Mencintaimu Melissa TV3
Ayahanda: Ibrah Ramadan Mazni
2023 Saat Hilang Cintamu Salina
Baby Jarum Syikin Astro Ria

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Sepahtu Reunion Al-Puasa Rose Astro Warna Episod: "Karma Sebelah Pintu"
Sepahtu Reunion Live Hanis Episod: "Rezeki Tak Salah Alamat"
2024 Sepahtu Reunion Al-Raya Episod: "Derhaka Seorang Anak"

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e Bissme S. (10 September 2020). "More than just another pretty face" [Bukan sekadar hanya wajah cantik] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 24 April 2021.
  2. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (28 Januari 2021). "Cinta? Tunggu dahulu - Rita Nadira". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 April 2021.
  3. ^ Aqmar Mustaza (18 Mei 2022). "Rita Nadira terima berbakul cacian, makian". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  4. ^ Nisa Irina (29 Julai 2020). "Rita Nadira sedia untuk terokai bidang lakonan lebih mendalam". Cinema Online. Dicapai pada 24 April 2021.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Julai 2021). "'Saya dikenali dengan watak jahat'". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  6. ^ "Rita Nadira takut dikecam netizen". Kosmo!. 1 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  7. ^ Zaidi Mohamad (22 Julai 2020). "Peragawati cabar diri watak utama". Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2021.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (23 April 2021). "Kerana Melissa, Rita Nadira dipanggil anak babi". Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2021.
  9. ^ Nur Emira Saizali (6 Ogos 2021). "Jadi jahat, laluan populariti Rita Nadira". Kosmo!. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Julai 2020). "Ikatan cinta terlerai". Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2021.
  11. ^ ""Saya kini solo" - peragawati dan pelakon Rita Nadira sahkan tiada lagi hubungan istimewa dengan Ezzrin Loy". Media Hiburan. 23 Julai 2020. Dicapai pada 24 April 2021.
  12. ^ Kamaruddin Razal (22 Julai 2020). "Rita Nadira putus cinta dengan Ezzrin Loy, tapi..." Astro Gempak. Dicapai pada 24 April 2021.

Pautan luar

sunting