Aku Yang Kau Sakiti

Aku Yang Kau Sakiti ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Redza Rosli, Rita Nadira, dan Zamarul Hisham. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 5 Julai 2023 menggantikan Obsesi Dia. [1]Drama ini kembali ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2024.

Aku Yang Kau Sakiti
Genre
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Buat Ku Setia" - Syah Putra & Hariz Fayahet
Lagu penutup"Buat Ku Setia" - Syah Putra & Hariz Fayahet
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitDatuk Hasniza Nordin
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
iQIYI
Mediacorp Suria (2024-kini)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 Ogos 2023 – 4 September 2023
Kronologi
MengikutiObsesi Dia
Diikuti olehPemburu Rahsia

Sinopsis

sunting

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Pelakon tambahan

sunting
  • Mohd Akmal Hafizi
  • Mohd Izzul Fikri
  • Mohd Aniq Naimi
  • Hidayah Nur Antasha
  • Aishah Dad
  • Zarrin Nuqman
  • Airil Hafiz Mat Kila
  • Khairuz Zamani Ramli
  • Vijaya Kumar
  • Danial Idlam Ramdzan
  • Mas Anita Abdullah
  • Hasniza Hussain
  • Lim Hui Hong
  • Nor Angelene Yaacob
  • Nik Nuur Syari'ah
  • Hamisah Hazali
  • Micheal Jean Pabtis
  • Nasir Khan Shamsudin
  • Mohd Aidil Afizin bin Asri
  • Suria Aweng
  • Zulhelmi Alif Kamari
  • Safieya Humairah
  • Shafirah Mohd Shaarin
  • Norazlina Ismail
  • Ahmad Hadif Ahmad Husairi
  • Ramizam Izwan
  • Norhasliza Hassan
  • Maria Hassan
  • Syamsul Anwar Zaini
  • Mohamad bin Ismail
  • Farah Nabilah Rudy
  • Anjeli Qistina Abdullah
  • Airul Affizan
  • Ahmad Fahmi Ismail
  • Muhd Dahlan Berhan
  • Zaed Abdul Hamid
  • Izzul bin Fikri
  • Fadzil A. Aziz

Rujukan

sunting
  1. ^ "Drama Aku Yang Kau Sakiti". Myinfotaip. 1 Ogos 2023. Dicapai pada 6 Ogos 2023.