Filem Mami Jarum Junior merupakan filem komedi romantik Malaysia 2003 dan sambungan kepada filem Mami Jarum yang ditayangkan pada tahun 2002. Filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen ini menampilkan barisan pelakon yang sama seperti filem sebelumnya tetapi watak utamanya telah bertukar daripada Kartina Aziz kepada Rita Rudaini.

Mami Jarum Junior
PengarahProf. Madya A. Razak Mohaideen
PenulisProf. Madya A. Razak Mohaideen
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
29 Mei 2003 (2003-05-29TMalaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.80 juta

Sinopsis sunting

Rita ialah seorang andartu yang gemar membawa mulut dan memecah-belahkan kehidupan orang lain. Memandangkan rakan baiknya Mami Jarum telah insaf, maka Rita telah berbaik-baik dengan Chombee (Mami Jora). Rita selalu mengada-adakan cerita buruk yang mengatakan bahawa Mami Jarum selalu mengutuk Chombee. Tindakannya itu telah menyebabkan Chombee perang besar dengan Mami Jarum. Rita juga membantu Chombee untuk mencarikan jodoh Zaid dan untuk dirinya sendiri. Ini kerana Rita sering dikutuk orang sebagai 'andartu' dan dia telah mengubah penampilannya. Pelbagai masalah dan ragam terpaksa mereka hadapi.

Pelakon sunting

Pekerja (krew) sunting

  • Amy MIG - Penata Muzik
  • Azly Murad - Penolong Pengarah
  • Hashim Rejab - Pengarah Seni
  • Ikhzal Ideris - Penolong Pengarah
  • Latiff Mohaideen - Pengurus Produksi
  • Mariam Ibrahim - Penyunting Filem
  • Zainal Abidin - Pengarah Fotografi

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Aktres Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 17 (Pencalonan) - Rita Rudaini

Rujukan sunting

Pautan luar sunting