Bob Lokman

Pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik Malaysia

Mohd Hakim "Bob" Lokman (lahir 15 April 1964) merupakan pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik Malaysia. Beliau kini ialah penceramah agama dan politik di pentas PAS. Namanya melonjak naik selepas lagu popular "Isabella" nyanyian Search. Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Bob Lokman
Bob Lokman.JPG
Bob Lokman memberi ceramah agama
Kelahiran
Mohd Hakim bin Lokman

(1964-04-15) 15 April 1964 (umur 56)
PekerjaanPenggubah lagu, Penulis lirik, Pelawak, Pengacara, Pelakon, Penceramah agama, Penulis buku, Ahli politik
Terkenal keranaIsabella
Parti politikPAS
PasanganRelawati Daud (k. 2004)
Anak8
Ibu bapaLokman Ahmad (bapa)
Kerjaya muzik
GenreBalada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock
Tahun aktif1988–2011

PendidikanSunting

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu. Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

Menyertai PASSunting

Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.Tindakannya itu memberi inspirasi baru kepada PAS dan 'dipentaskan' ke seluruh negara termasuk dalam Pilihan raya kecil Merlimau di Melaka.

Ditahan kerana berceramahSunting

Pada 10 Oktober 2011, Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah ini telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1).[1] Kesalahan berceramah tanpa tauliah bukanlah perkara baharu kerana ahli politik seperti Abdul Khalid Samad dari PKR juga tidak disambung permit ceramah dan berhadapan perbicaraan di Kapar. Jais juga pernah menahan bekas Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin. Permohonan tauliah boleh dibuat melalui JAIS, [2] melalui empat kategori.

Ceramah itu disampaikan selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dengan seramai 70 jemaah masjid ketika itu. Beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan menghadiri siasatan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat pada keesokannya. Pengarah Jais Marzuki Hussin mengesahkan Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Beliau tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS. Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Beliau mempersoalkan mengapa JAIS menahan beliau setelah bertaubat dan mendekati Allah. Sedangkan dahulu dia bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan dimaklumkan bahawa penganjur majlis ceramah turut diminta memberi keterangan.[3][4]

Lagu-Lagu ciptaanSunting

  1. Taman Rashidah Utama - Wings
  2. Fotostat - Wings
  3. Purnama - Search
  4. Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet
  5. Malas - Teacher's Pet
  6. Songsang - Search
  7. Dakapkan Ku Ke Syurga - Teacher's Pet
  8. Inspirasi Taming Sari - Wings
  9. Intan, Ku Kesepian - Wings
  10. Belenggu Irama - Wings
  11. Sekeping Kertas Bermaruah - Wings
  12. Dari Tuhan - Wings
  13. Jerangkap Samar - Wings
  14. Orang Kita - Wings
  15. Isabella - Search
  16. Memandu Nafsu - Search
  17. Teguh - Search
  18. Orait Mama - Search
  19. Kasih - Ella
  20. R 'N' R Lu Punya Suka - Wings
  21. Akhirnya - Search
  22. Ikutkan Saja - Search & Wings
  23. Kuburkan Aku - Wings
  24. Rock 'N' Roll Band - Wings
  25. Tangisan Marhain - Wings
  26. Puisi Merdeka - Wings
  27. Dendam Cinta Seusia Dunia - BPR
  28. Aku Mercedes Rock 'N' Roll - Black Rose
  29. Mawar Hitam - Black Rose
  30. Keindahan Sepi - Lefthanded
  31. Semangat Lamina - Lefthanded
  32. Satu Tidur Panjang - Lefthanded
  33. Pesta Hidup Di Kotaraya - Lefthanded
  34. Pusara Di Lebuhraya - Ekamatra
  35. Kerana Cinta - Exist
  36. Segalanya Ku Terima - Illusi
  37. Malang Nasibmu - Iklim
  38. Di Galeri Ini - Mega
  39. Bila Berlabuh - Mega
  40. Tulisan Mu - Mega
  41. Pada Syurga Di Wajahmu - Nash
  42. Memburu Rindu - Hattan
  43. Rendang Tak Berbuah - Hattan
  44. Falsafah Cinta - Slam

FilemografiSunting

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
Pi Mai Pi Mai Tang Tu TV3 Episod "Kaki Pau"
2007 Teksi Tunai Pengacara Astro Prima Rancangan realiti

Tentang Bulan 2010 (barangkali)

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1996 Yes, Tuan!
2003 Iskandar Eddie Gondol
2009 Jin Notti Jin Samsu
Santau Bomoh
2010 Zoo Encik Din
Mantra Haji Fatah
2011 Sekali Lagi Bapa Sheila

RujukanSunting

Pautan luarSunting