Normala Samsudin

wartawan dan pengacara Malaysia

Yang Berbahagia Puan Sri Datin Seri Normala binti Samsudin (lahir 4 Jun 1964)[1] merupakan seorang pengacara, wartawan penyiaran, penyampai berita dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan bekas pengacara rancangan majalah wanita TV3, Nona yang dihoskannya dari 2001 hingga 2004.


Normala binti Samsudin
Kelahiran (1964-06-04) 4 Jun 1964 (umur 58)
Segamat, Johor, Malaysia
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Wartawan penyiaran
  • Penyampai berita
  • Pelakon
Tahun aktif1985–kini
PasanganYBhg. Tan Sri Dato' Seri Azmi Khalid (k. 2005)
Anak-anak3

Kerjaya di TV3Sunting

Sebagai salah seorang personaliti TV3, Normala Samsudin terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen itu, Nona yang telah bersiaran sejak 1985. Ia menjadi salah satu rancangan TV3 yang paling lama bersiaran.

Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama. Normala juga digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang.

LakonanSunting

Kredit lakonan beliau termasuk Gerak Khas The Movie (2001), Idola (2002), Gerak Khas The Movie II (2002) dan Neon (2003).[2]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan ahli politik dan bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato' Seri Azmi Khalid pada Oktober 2005.[3].

RujukanSunting

  1. ^ Farah Eliani (21 Jun 2020). "Normala Samsudin, 56 tahun, masih jelita, sihat bertenaga. Ini amalannya…". SinarPlus. Sinar Ahad. m/s. 25. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  2. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  3. ^ "Azmi: Normala a blessing". The Star. 13 October 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2005. Dicapai pada 22 March 2010.

Pautan luarSunting