Radhi Khalid

Pelakon lelaki Malaysia

Muhammad Radhieddeen Abdul Khalid atau lebih dikenali sebagai Radhi Khalid (lahir 4 Februari 1964) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, pengarah dan penerbit Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya lakonan pada usia 22 tahun, beliau muncul dalam siri televisyen pertama, Sophia dan mula mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai pemuda Bangladesh bernama Abdulla dalam Spanar Jaya.[3]

Radhi Khalid
Radhi Khalid pada 2024
Kelahiran
Muhammad Radhieddeen bin Abdul Khalid

(1964-02-04) 4 Februari 1964 (umur 60)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, pengarah, penerbit
Tahun aktif1986–kini

Selain peranan lakonan di televisyen, Radhi juga terkenal dengan peranan lakonan dalam filem termasuk Selubung (1992), Pasrah (2000), Soalnya Siapa (2002), Sumolah (2007) dan Jejak Warriors (2015). Beliau juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia[4] dan pernah menjadi pensyarah separuh masa Kolej Intec, Shah, Alam, mengajar teater, lakonan dan seni.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan sebagai Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid pada 4 Februari 1964 di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Beliau mempunyai adik-beradik seramai 22 orang (dari empat ibu) dan merupakan anak ke-12, berdarah kacukan Pakistan dan Arab di sebelah bapanya.[6] Radhi merupakan bekas pelajar di Penang Free School. Radhi mengulas dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Arwah bapa saya ada empat isteri. Kalau ikut satu emak satu bapa saya ada empat beradik dan anak ketiga. Hubungan kami adik beradik memang akrab. Kami tidak ada perasaan irihati antara satu dengan lain kerana kami sudah dididik begitu oleh ibu bapa kami."[7]

Kerjaya sunting

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Radhi memulakan kerjaya awalnya sebagai pelayan restoran. Seterusnya beliau bekerja sebagai model, penari dan emcee. Radhi mendaftarkan dirinya di syarikat penerbitan Nizarman (M) Sdn. Bhd. sebagai krew filem pada pertengahan 1980-an, dan kemudiannya menjadi Pengurus Produksi. Namun peluangnya terbentang luas apabila ditawarkan watak utama drama Jalan Lain Ke Mekah bersama Wafa Abdul Kadir pada 1994.[8] Beliau kemudian menjadi pembantu pengarah dan pelakon drama bersiri IQ Genius yang mendapat sambutan hangat di kalangan kanak-kanak.[8]

Radhi pernah menghaidiri uji bakat untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan Maya Studio yang dikelolakan oleh pelakon dan pelawak Jaafar Onn. Semasa menyertai Maya Studio, Radhi sering mengadakan persembahan tarian untuk siaran TV atau menjadi model pengantin bila Maya Studio diundang mengadakan pameran pengantiin.[8]

Kerjaya lakonannya bermula pada 1986 apabila Radhi ditawarkan membintangi siri sitkom Sophia. Peranan filem beliau hadir pada 1992 menerusi filem Selubung arahan Shuhaimi Baba lakonan M. Nasir, Deanna Yusof dan Ida Nerina.[8]

Radhi juga menyumbangkan suaranya dalam siri animasi Kampung Boy karya kartunis Datuk Lat.[9] Pada 2001, Radhi menyertai barisan pelakon sitkom popular ntv7, Spanar Jaya, beliau memegang watak sebagai Abdulla, seorang pemuda Bangladesh.[10][11]

Radhi memegang watak sebagai Ali, rakan sekerja dan kepentingan cinta Farah Diba lakonan Erra Fazira dalam filem drama romantik Pasrah arahan Yusof Haslam yang ditayangkan pada 8 Januari 2000.[12]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[13]

Dengan membelanjakan RM2 juta,[14][15] Radhi menerbitkan dan mengarah filem pertamanya Raju & Raja pada 2005 di bawah syarikat miliknya, Radhikal Films yang mengisahkan mengenai konflik kehidupan masyarakat India dan Melayu.[7] Bagaimanapun pada 2017, beliau memberitahu filem sulung arahannya tergendala selama lima tahun kerana kekurangan dana dan berharap dapat melihat karya sulungnya itu disiapkan sekaligus ditayangkan untuk tontonan umum.[16] Radhi bersama Tony Eusoff dan Peter Ong terlibat dalam pementasan teater Jalan Impian yang dipentaskan di KLPac pada 13 hingga 17 Julai 2005.[17]

Pada Januari 2011, Radhi menubuhkan syarikatnya Radhikal Films Sdn. Bhd. yang mengkhusukan kepada penerbitan rancangan televisyen dan filem,[18] yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif. Produksi sulung syarikat ini, Baran diarahkan oleh Michael Ang lakonan Kamal Adli dan Scha Al-Yahya, diikuti oleh Daging Darah diarahkan oleh Mior Hashim Manap lakonan Radhi sendiri, Rozie Rashid, Shahzuan Aiman, Kenchana Dewi, Mazin Siraj, Louisa Chong, Mustafa Kamal, dan Rashidi Ishak.[19]

Beliau menyertai barisan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Kamal Adli, Julia Ziegler, dan Najua P. Ramlee beraksi di pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[20][21][22]

Radhi menjayakan watak sebagai Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama dalam pementasan teater The LKY Musical yang dipentaskan di Teater Sands, Marina Bay Sands, Singapura pada Ogos 2015.[23][24] Radhi kembali beraksi di pentas teater menerusi Dato' Seri yang diadaptasi dari The Tragedy of Macbeth karya William Shakespeare, ia dipentaskan di KLPac dari 1-5 Jun 2016.[25]

Radhi menjayakan peranan pembantu sebagai Sham Interpol dalam drama adaptasi novel, Cik Serba Tahu yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Sari Yanti.[26]

Filemografi sunting

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Selubung Filem pertama
1997 Gemilang Komposer Penampilan khas
2000 Pasrah Ali
2002 Soalnya Siapa?
2003 Iskandar Sawi
City Sharks Pengurusan Restoran Filem Singapura
2004 Puteri Gunung Ledang Tapik
2005 Qaisy & Laila Sadiq
2007 Sumolah Andy
1957: Hati Malaya Syeikh Ahmad
2009 Pisau Cukur Dato Salleh
2012 Baik Giler Tuan Azmi
2013 Kolumpo Feroz
2014 Supersquad The Movie Blinq (suara) Filem animasi 3D
Mat Tudung Datuk Jefri
2015 Jejak Warriors Farouk
2016 Bo-Peng Juru Pam Minyak Pelakon undangan
2018 Orang Itu Ranjit
2019 Showdowplay Frankie Juga sebagai penerbit
M.O.X: Misi Operasi X Professor Q
2024 Rain Town Dr. Malik
Safari Mall Pos-produksi
TBA Menentang Adat Pak A'ad
Raju Raja Filem pertama arahan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Sofia TV1 Drama pertama
1997 Kisah Benar (Musim 15) Zaki TV3 Episod: "Sesat"
1999–2005 Spanar Jaya Abdulla ntv7
2000 Kidnap
Kampung Boy (Musim 2) Mustafa (suara) Astro Ria
Salam Taj Mahal TV3
2002 Insurgensi Rjr Yaakob TV1 Pelakon undangan Ep 10-12
2003 Kisah Benar (Musim 22) Shahrul TV3 Episod: "Kembali"
Phua Chu Kang Bellboy Mediacorp Saluran 5 1 episod
2006 Realiti Mac 8TV
2007–2008 Pasrah The Series Ali TV3
2008 Ghost (Musim 1) Dato' Zakaria 8TV
Goda Encik Zainal
2009 10 Rahman Astro Citra
2010 Di Bawah Ketiak Isteri Astro Prima
Gerak Khas (Musim 12) Feroz TV2 Episod: "Orang Asing"
Cornetto Inikah Cinta? Uncle Love Astro Ria
2013 What If 8TV
Tanah Kubur (Musim 7) Mamat Astro Oasis Episod: "Subahat"
2014 Super Game Boy Astro Ceria
2015 Delina Kamal TV3
Gerak Khas (Musim 15) Jamal Osman TV2 Episod: "Ops Tinjau"
3 Campur 2 Atuk Astro Ceria
2017 Namaku Bedah Abang Bangla TV9
Cik Serba Tahu Sham Interpol Astro Ria
2018 Gantung The Series Pak Lan Astro First 2 episod
Mata Ketiga Profesor Mazlan Tonton Pelakon undangan
2019 Spanar Jaya X Abdulla TV3
Devoted Datuk Usman Viu Penampilan khas
Cinta Non Grata En Malik TV3
Rumah Siti Khadijah Leman
2020 Nasi Kerabu Untuk Che Abe Badrul
The Bridge (Musim 2) HBO Asia/Viu
Gerak Khas (Musim 20) Abang Ed TV3 Episod: "Pintas"
2022 Murder By Moonlight Dato Karnain Astro Citra
Hilang Tuan Ghaffar Viu
2024 Takdir Itu Milik Aku Dollah Kutty Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Cili Padi Pembaca suratkhabar TV3
1994 Jalan Lain Ke Mekah
1996 Nur Penyuluh Alam
1997 YB & Thuraya
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Remi Remos ntv7
Pinang Durian TV3
2002 Neek GP dan Muthu Mania Muthu Astro Ria
2003 Neon Pemuda Bangladesh VCD
2005 Good Morning Cikgu TV3
2006 Cinta Roti Kadeem TV2
2009 Seratus Hari Jadi Boss Kamal Astro Ria
2013 Pasport Duniawi TV AlHijrah
Menantu Cantik Astro Prima
2014 Daging Darah TV3
2017 Simpang Jalan Polis Astro Citra
2019 Lelaki Bukan Biasa TV1

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1995 IQ Genius TV1
2002 Wizzy Wizard TV Pendidikan
2008 Actorlympics TV ntv7
2020 Prestasi Podium Penerbit Sukan RTM

Peserta sunting

Tahun Tajuk Kumpulan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Comel

Teater sunting

Tahun Tajuk
2004 Anak Kerbau Mati Emak
2005 Jalan Impian
2013 Asmara Songsang
2016 Dato' Seri

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dirinya sendiri Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Zieman (10 Jun 2005). Radhi Khalid’s more than just a funny guy The Star (Malaysia). Dicapai pada 7 April 2014.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (29 Ogos 2001). "Radhi tidak kejar trofi". Berita Harian. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  3. ^ Biodata Radhi Khalid Cinema.com.my. Dicapai pada 7 April 2014.
  4. ^ Nadia Azam (18 Disember 2015). Radhi: Jangan jadi hero sebar berita palsu Malaysiakini. Diperoleh pada 20 April 2018.
  5. ^ Kari udang parpu teloq Radhi Khalid Karangkraf. Dicapai pada 8 November 2014.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (3 Jun 2001). "Radhi masih bertatih". Metro Ahad. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  7. ^ a b Muzlina Abu Bakar (1 November 2005). "Radhi Khalid terbit filem Raja & Raju tahun depan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 15 April 2018.
  8. ^ a b c d Khadijah Ibrahim (21 Disember 2006). Radhi Khalid pernah jadi penari Maya Studio Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2018. Diperoleh pada 7 April 2014.
  9. ^ Manavalan, Theresa (4 Julai 1999). "Kampung Boy Hits Big Time". New Straits Times. Kuala Lumpur, Malaysia: New Straits Times Press. Dicapai pada 2010-05-18.
  10. ^ Radhi ceriakan Spanar Jaya Utusan Malaysia (5 Februari 2002). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 28 Mac 2018.
  11. ^ Suzan Ahmad (19 Disember 2001). "Watak Bangla popularkan Radhi". Berita Harian. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  12. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  13. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  14. ^ Ashraf Nasser (10 Februari 2017). "Radhi Khalid perlukan RM2 juta untuk siapkan filem sulungnya". Cinema Online. Dicapai pada 19 April 2018.
  15. ^ Radhi Khalid perlukan RM2 juta untuk filemnya, Raju & Raja Kakimuvee.net (12 Februari 2017). Dicapai pada 20 April 2018.
  16. ^ Mohd Al Qayum Azizi (10 Februari 2017). "Filem Pertama Radhi Khalid Tergendala Kerana Tiada Dana". mStar Online. Dicapai pada 15 April 2018.
  17. ^ Rubin Khoo (11 Julai 2005). "Jalan Impian's road to fame". The Star (Malaysia). Dicapai pada 19 April 2018.
  18. ^ "Radhikal Films: About Us". Radhikal Films. Dicapai pada 20 April 2018.
  19. ^ "'Tak boleh buat muka tebal'". Harian Metro. 15 Mei 2015. Dicapai pada 20 April 2018.
  20. ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
  21. ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018.
  22. ^ "Kontroversi "Asmara Songsang" Mendapat Perhatian Media Antarabangsa". Says. 29 Mac 2013. Dicapai pada 14 Mei 2013.
  23. ^ Dinesh Kumar Maganathan (3 Ogos 2015). "Radhi Khalid: Playing Tunku Abdul Rahman in Singapore". Star2. Dicapai pada 15 April 2018.
  24. ^ Nurmaya Alias (3 Julai 2015). "Sahut cabaran jadi Tunku Abdul Rahman". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 15 April 2016.
  25. ^ Budiey (25 Mei 2016). "Teater DATO' SERI Lakonan Radhi Khalid". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2018.
  26. ^ "Merungkai pilihan hati Cik Serba Tahu". Media Permata. 1 April 2017. Dicapai pada 31 Mei 2018.

Pautan luar sunting