Actorlympics TV
Actorlympics TV ialah sebuah siri sketsa yang berasaskan teater pentas popular Actorlympics, di mana barisan pelakonnya trlibat dalam pelbagai jenis permainan ragam yang memerlukan mereka beraksi spontan berpandukan tema, objek atau pembayang yang tertentu. Actorlympics TV diacarakan oleh Afdlin Shauki dan dibantu oleh Douglas Lim, Din Beramboi, Nell Ng dan Reza Zainal Abidin, dan setiap minggu menyaksikan seorang pelakon jemputan.
Actorlympics TV | |
---|---|
Genre | Komedi, sketsa |
Dibangunkan oleh | Vision Works |
Pengarah | Afdlin Shauki |
Dibintangi oleh | Afdlin Shauki Douglas Lim Nell Ng Reza Zainal Abidin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Afdlin Shauki |
Tempoh siaran | 30 minit setiap episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | ntv7 |
Siaran asal | 16 Januari - 16 April 2008 |
Siri Actorlympics TV hanya bertahan selama satu musim, disambungi oleh siri Spontan di Astro Warna.
Format
suntingDalam setiap episod, para peserta bermain tiga permainan yang berbeza. Pemilihan dan susunan permainan setiap episod tidak mengikut apa-apa format yang tertentu. Selalunya permainan memerlukan topik dan para pemain bertanya kepada penonton di studio topik apa yang harus dibincangkan dalam permainan.
Biasanya dalam setiap permainan, hanya sehingga empat daripada kelima-lima orang pemain (termasuk pengacara) boleh bermain sekali; kerana seorang lain perlu menjaga pembaz untuk "mengadili" permainan.
Selepas selesainya ketiga-tiga permainan, seorang "juara" dipilih antara mereka menurut penilaian yang sembarangan dan menikmati testimonial daripada peserta-peserta lain.
Permainan
suntingBerikut adalah permainan-permainan yang dimainkan setakat ini, disertakan huraian masing-masing:
- Berdiri membongkok duduk
- Tiga orang bermain sekali bersketsa mengikut tema yang diberi, seorang perlu berposisi berdiri, seorang membongkok dan seorang lagi duduk. Seorang boleh menukar posisi, contohnya dari berdiri ke membongkok atau duduk, tetapi pada masa yang sama, pemain lain harus turut menukar posisi, jika tidak kena cemuhan penonton.
- Cerita berabjad
- Seorang penonton memberi tema dan huruf permulaan, seorang pemain harus memulakan ayat dengan huruf itu, dan pemain seterusnya harus membalas dengan ayat yang bermula dengan huruf seterusnya. Proses ini berulangan sehingga kesemua 26 huruf selesai; ayat "Z" diikuti ayat "A", dan ayat terakhir harus bermula dengan huruf yang sama dengan ayat pertama.
- Dialog dalam baldi
- Pemain memetik kertas dari sebuah baldi dan perlu membaca dialog-dialog yang tertera dalam kertas-kertas tersebut sambil menyesuaikannya dengan situasi yang diberi.
- Genre
- Seorang penonton menyatakan tajuk sesebuah filem/rancangan TV untuk dilakon semula oleh para pemain. Pemain-pemain melakonkan semula suatu babak filem/rancangan itu setepatnya boleh, sebelum seorang pemain lain melaungkan genre lain untuk para pelakon mengubah suai lakonan mereka dengan genre itu.
- Jamuan petang Cik Kalsom
- Seorang pemain perlu meneka watak yang dibawa oleh pemain-pemain lain yang menyertai "jamuan". Huraian setiap pemain yang membawa watak tetamu ditetapkan dalam satu ungkapan dan peserta yang meneka harus cuba meneka ungkapan itu dengan tepat.
- Jangan bergerak
- Dua orang memulakan permainan ini dalam posisi yang ditentukan penonton, lalu membuat sketsa pertama. Mana-mana pemain meneriak "freeze" untuk menghentikan gerakan lalu seorang lagi pemain tiba untuk mengganti tempat seorang pemain sedia ada dan membuat sketsa baru. Proses ini berulang sehingga pembaz ditekan.
- Mereka-reka (dahulunya "Ciptaan")
- Empat orang pemain dibahagi kepada dua pasangan, setiap pasangan diberi prop untuk mereka jadikan "barang lain" berasaskan bentuk prop itu. Setiap "rekaan" yang masuk akal meraih satu mata, manakala yang tidak masuk akal pula menghadapi sorakan "bu" penonton. Pembaz dibunyikan menandakan bertukar giliran.
- Pemberita berkepala 3
- Tiga orang pemain berapat dengan satu sama lain untuk membentuk seorang "pemberita berkepala tiga". Berpandukan "berita" yang diberi seorang penonton dan satu lagi "berita" yang diberi seorang pemain lain, setiap "kepala" bergilir-gilir menyebut satu perkataan sahaja.
- Penterjemahan
- Berdasarkan tema yang diberi seorang penonton, seorang pemain bertutur dalam "bahasa yang asing sekali" (sebenarnya meraban) sambil membuat bahasa gerak-geri agar mudah untuk seorang lagi pemain "menterjemahkan" percakapannya.
- Soal-menyoal
- Seorang penonton menyatakan satu situasi tertentu untuk dilakonkan para pemain, dan dalam situasi tersebut para pemain tidak boleh mengatakan apa-apa ayat selain pertanyaan. Mana-mana pemain yang menyebut selain pertanyaan dikenakan pembaz.
- Tangan
- Dua orang pemain berkongsi sehelai jubah, seorang pemain berada di belakang pemain lain mengawal tangan tanpa dapat melihatnya sementara pemain di hadapan memberi arahan. Pemain diberi barang-barang yang ditutup tudung dan hanya boleh dibuka sebaik permainan bermula, dan sepasang tangan peserta di belakang itulah yang memegang barang-barang berkenaan tanpa dipengaruhi pemain di hadapan selain suaranya.
Episod
sunting# | Tarikh | Tetamu | Permainan | "Juara" | Huraian lain |
---|---|---|---|---|---|
1 | 16 Januari 2008 | Joanna Bessey |
|
Joanna Bessey | |
2 | 23 Januari 2008 | Khir Rahman |
|
Khir Rahman | |
3 | 30 Januari 2008 | Din Beramboi Radhi Khalid |
|
Reza Zainal Abidin | Douglas Lim tidak hadir |
4 | 13 Februari 2008 | Patrick Teoh |
|
Patrick Teoh | |
5 | 20 Februari 2008 | Riezman Khuzaimi |
|
Riezman Khuzaimi | |
6 | 27 Februari 2008 | Joanna Bessey |
|
Douglas Lim | |
7 | 5 Mac 2008 | Patrick Teoh |
|
||
8 | 12 Mac 2008 | Khir Rahman |
|
Khir Rahman | |
9 | 19 Mac 2008 | Riezman Khuzaimi |
|
Riezman Khuzaimi | |
10 | 26 Mac 2008 | Khir Rahman |
|
Douglas Lim | Hanya dua permainan dimainkan. |
11 | 2 April 2008 | Patrick Teoh Din Beramboi |
|
Din Beramboi | Douglas Lim tidak hadir |
12 | 9 April 2008 | Patrick Teoh |
|
Nell Ng | |
13 | 16 April 2008 | Din Beramboi, Radhi Khalid |
|
Radhi Khalid | Douglas Lim tidak hadir |