Douglas Lim

Pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia

Douglas Lim (lahir 11 Oktober 1977) ialah seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia. Beliau terkenal dengan penglibatannya dalam televisyen, teater dan filem tempatan, dan juga berpengalaman sebagai seorang emcee.[1][2]

Douglas Lim
Kelahiran (1977-10-11) 11 Oktober 1977 (umur 46)
PendidikanVictoria Institution
Pusat pendidikanUniversiti Gereja Kristian Canterbury
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pelawak
  • Pengacara
  • Penyampai radio
  • Penyanyi
  • Pengarah
  • Penulis
Tahun aktif1997–kini
PasanganNatasha Fernz (k. 2007)
Laman web rasmiwww.douglaslim.com

Kehidupan awal sunting

Lim dilahirkan pada 11 Oktober 1977 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Gereja Kristian Canterbury.

Kerjaya sunting

Semasa dua tahun pengajian matrikulasinya, beliau muncul dalam sitkom Kopitiam dan memutuskan untuk menjadi pelakon kerana percaya ia menjadi pilihan terbaik. Selain itu, beliau turut menyanyikan lagu tema sitkom ini, "Empty Decorations" bersama Chelsia Ng.[3] Tidak lama kemudian wajah beliau muncul dalam siri yang sama sebagai watak pemilik kedai gunting bernama Steven. Persembahannya dalam Kopitiam melayakkan Douglas menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Komedi) di Anugerah Televisyen Asia.

Selain itu, Lim juga menjadi salah seorang daripada barisan pelakon utama komedi Cina tempatan Homecoming yang disiarkan di Astro Wah Lai Toi. Beliau juga telah menjayakan beberapa iklan TV termasuk Petronas, TM, Nestle, Sime Darby, Maybank, HSBC dan UEM. Selain sebagai pelawak berdiri, khidmat beliau sebagai emcee juga diperlukan oleh beberapa syarikat yang dilihat sebagai sepadu bagi kejayaan acara mereka.

Beliau berlakon dalam filem sejarah 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba yang mana Lim memegang watak sebagai Ahli MCA. Pada 15 Januari 2008, Lim menerbitkan dan mengacarakan rancangan Malaysiantalents.com untuk siaran di portal web gua.com.my.[4]

Pada tahun 2009, Lim menubuhkan Persatuan Pelawak Cina Malaysia, salah satu cabang pelawak berdiri paling berjaya di Malaysia. Selain kerjaya lakonan dan pengacaraan, Lim juga ialah seorang penggiat teater; pada Mac 2011, beliau menjayakan teater muzikal Lat Kampung Boy: Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya pada 16 Mac hingga 3 April 2011; memegang watak sebagai Frankie, rakan karib zaman muda kartunis Lat. Ia turut dibintangi oleh Awie, Jalil Hamid, Rahim Razali dan Atilia Haron.[5]

Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk filem animasi Bola Kampung The Movie terbitan Animasia Studio, adaptasi dari siri animasi Bola Kampung. Pelakon lain yang turut menyumbangkan suara mereka ialah Afdlin Shauki, Aznil Nawawi, Aizat Amdan, Deanna Yusoff dan Marsha Milan Londoh.[6]

Dari 6 hingga 18 November 2013, Lim menjadi sebahagian dari barisan pelakon pementasan teater penghargaan khas untuk legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, Supermokh Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya.[7]

Dua tahun kemudian, Lim berkongsi pentas bersama Afdlin Shauki, kumpulan Bocey dan Harith Iskander dalam pementasan Lawak Ke Der yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.[8] Lim memegang watak sebagai Jackie dalam filem Soulmate Hingga Jannah arahan Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan pada 16 Februari 2017.[9]

Douglas menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 dari Februari hingga April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Uqasha Senrose dan Sangeeta Krishnasamy.[10]

Douglas merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Tony Eusoff dan Nabila Huda.[11]

Beliau ialah salah seorang daripada barisan pelakon yang menjayakan Kopitiam: Double Shot, yang bersiaran di Viu pada 28 November 2019. Ia merupakan versi terbaru dari sitkom Kopitiam.[12][13]

Pada tahun 2021, Lim berlakon dalam dua filem, iaitu Arwah Pak Mat, Lif & AJK sebagai Ah Chai dan Chomel sebagai John serta telefilem Dolla Watch Me Glow sebagai Yuan.

Kehidupan peribadi sunting

Lim berkahwin dengan Natasha Fernz pada 12 Mei 2007.[14][15]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Day After Tomorrow
2007 1957: Hati Malaya Ang Lee / Ahli MCA
2008 Los dan Faun Madre'D
2009 My Spy Taiko
2013 Bola Kampung The Movie Szeto Suara
Lemak Kampung Santan Abeng
Tanda Putera Leslie Cheah Penampilan khas
2017 Soulmate Hingga Jannah Jackie
2018 Badang Ketua Geng Kamzin
2021 Arwah Pak Mat, Lif & AJK Ah Chai
Chomel John
Rumah Madu Ku Berhantu Mr. Wong
2023 Polis EVO 3 Inspektor Dell
2024 The Experts Ah Teck Pos produksi
Harimau Malaya: The Untold Story Lionel Pos produksi

Teater sunting

Tahun Tajuk
2011 Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
2012 Lawak Ke Der?
2013 Cuci The Musical
Broken Bridges
Supermokh Sebuah Muzikal
2018 Ola Bola The Musical
2019 Ola Bola The Musical: Restaging

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Lari Hantu Lari Dirinya sendiri Astro Citra
2021 Dolla Watch Me Glow Yuan

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1997-2003 Kopitiam Steven ntv7
2002 Each Other TV3
2003 Homecoming Astro Wah Lai Toi
2004 Living with Lydia MediaCorp Saluran 5
2007 Let’s Breakfast 2 TV2
2008 Malaysiantalents.com Gua.com.my
2012 SME: Small Mission Enterprise ntv7 Juga sebagai pengarah dan penulis
2016 Komediri Astro Warna
2017 Gegar Lawak
10 Things You Didn't Know About Malaysians History
2018 Arena Panggang Astro Warna
2019 Spanar Jaya X Henley TV3
Kopitiam: Double Shot Steven Viu Sebagai penulis
2021 Budak Intern Billy TV9
Dukun Diva Astro Citra
2022 One Cent Thief Inspektor Lim Astro Ria
2023 Mega Spontan Mentor Astro Warna
From KL to PL Pengacara Astro Ria

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
2021–2022 Rancangan Douglas Lim & Juanita in the Morning Fly FM

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2022 "ADUH" SonaOne

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Video Viral Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Liz Lee (24 Oktober 2013). "Up Close & Personal with Douglas Lim". The Star Online. Dicapai pada 10 Mac 2012.
  2. ^ Nor Khalilah Gusti Hassa (24 Oktober 2015). "Aura lawak Douglas Lim". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  3. ^ Venner-Pack, Natasha (2 Julai 2015). "Kopitiam, where everybody knows your name". Star2.com. Dicapai pada 15 April 2017.
  4. ^ Li Eee Kee (15 Januari 2008). "Behind the Scenes into Malaysiantalents.com". gua.com.my.[pautan mati kekal]
  5. ^ Feride Hikmet Atak (14 Januari 2011). "Teater Muzikal Lat Kampung Boy Di Istana Budaya Mac Ini". mSTAR Online. Dicapai pada 28 Julai 2011.
  6. ^ "Suara Latar Selebriti Hidupkan 'Bola Kampung The Movie'". Perak Today. 7 Mac 2013. Dicapai pada 28 Julai 2013.
  7. ^ Michael Chiang (3 November 2013). Rhythm of the game in ‘SuperMokh’ Diarkibkan 2019-02-24 di Wayback Machine Star2. Diperoleh pada 24 Februari 2014.
  8. ^ Muhammad Adnan (17 April 2015). "Pertaruhan Pelawak Baharu di 'Lawak Ke Der 2015' Menjadi". mStar Online. Dicapai pada 28 Julai 2016.
  9. ^ Tahir Alhamzah (21 Februari 2017). "Douglas Lim back on the big screen". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  10. ^ "Douglas Lim mahu ulang fenomena Spanar Jaya". XTRA. 30 Januari 2019. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  11. ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: Ola Bola The Musical returns with new cast members". New Straits Times. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  12. ^ Aref Omar (22 November 2019). "#Showbiz: Douglas Lim not in demand?". New Straits Times. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  13. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 November 2019). "Bukan eksklusif, tapi tak laku - Douglas Lim". Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  14. ^ Grant Corban (13 March 2020). "DOUGLAS LIM AND VALERIE'S WEDDING". grantcorban.com. Dicapai pada 3 May 2020.
  15. ^ Kelly Tey (27 January 2017). "Calming garb for nervous pooches". The Star Online. Dicapai pada 3 May 2020.

Pautan luar sunting