Spanar Jaya X ialah sebuah siri televisyen komedi Malaysia 2019 arahan Ahmad Idham. Siri ini diterbitkan oleh Enfiniti Production dan merupakan sekuel kepada siri asal Spanar Jaya ciptaan Mamat Khalid, Loloq dan Norenshah Sahari yang ditayangkan dari 1999 hingga 2005.[1][2] Spanar Jaya X disiarkan sempena ulang tahun ke-20 siri komedi ini dan disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 bermula 2 Februari 2019 hingga 27 April 2019.

Spanar Jaya X
GenreKomedi
Berdasarkan daripada
Spanar Jaya oleh Mamat Khalid, Loloq dan Norenshah Sahari
Ditulis oleh
  • Deen Ali
  • Ainfazrin Azizul
  • Nurulsyahida Mohd Fadzil
  • Eddie Mazlan
  • Topokki
PengarahAhmad Idham
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
AG Coco
Lagu pembukaan"Spanar Jaya X" oleh Kapow
Lagu penutup"Spanar Jaya X" oleh Kapow
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifTiara Jacquelina
PenerbitDale Majid
PenyuntingMuhamed Sufiandin Wahid
LokasiJelas Juta Studio
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
Enfiniti Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2 Februari 2019 – 27 April 2019
Kronologi
Rancangan berkaitan
Spanar Jaya

Siri ini juga diterbitkan khas untuk salah seorang pelakon asal Spanar Jaya Zaibo, yang meninggal dunia pada November 2018, tiga bulan sebelum Spanar Jaya X ditayangkan.

Sinopsis sunting

Pak Selamat telah menyerahkan bengkel Spanar Jaya sepenuhnya kepada Amir@Mat Rock (Opie Zami) yang merupakan pekerja setianya. Namun, hampir setahun berlalu, bengkel Spanar Jaya mengalami masalah kewangan dan menanggung hutang kerana Mat Rock tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan. Pak Selamat kecewa dengan Mat Rock kerana tidak berkongsi masalah hutang yang dihadapinya. Pak Selamat bersedia untuk membantu Mat Rock menyelesaikan hutang bengkel itu tetapi dengan syarat, anak buahnya, Syasya (Uqasha Senrose) akan diserap masuk bagi memantau segala hal ehwal kewangan dan Zaki (Ben Amir), seorang mekanik akan menjadi ‘Chief Foreman’ bagi memajukan semula perniagaan di Spanar Jaya.[3][4]

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Opie Zami sebagai Amir@Mat Rock,bekas mekanik Spanar Jaya yang kini merupakan pemilik baharu di bengkel tersebut setelah bengkel itu diserahkan sepenuhnya oleh Pak Selamat kepadanya. Pak Selamat menyerahkan bengkel tersebut kerana dia menjalankan perniagaan kereta mewah bersama-sama dengan menantunya, Iskandar.
  • Uqasha Senrose sebagai Syasya,sepupu kepada Misha dan juga merupakan anak saudara kepada Pak Selamat.Dia juga merupakan salah seorang graduan dalam bidang perakaunan yang akan membantu Mat Rock dalam hal ehwal kewangan di bengkel Spanar Jaya.
  • Ben Amir sebagai Zaki, merupakan adik kepada Iskandar, seorang bapa tunggal dan merupakan ‘Chief Foreman’ di bengkel Spanar Jaya.
  • Douglas Lim sebagai Henley, merupakan pemilik kedai alat ganti kereta dan juga pembekal kepada bengkel Spanar Jaya. Dia juga merupakan kawan rapat kepada Mat Rock.
  • Sangeeta Krishnasamy[5] sebagai Vicky, merupakan seorang guru Bahasa Inggeris, mempunyai pusat tuisyen bersebelahan dengan bengkel Spanar Jaya, turut mengajar Bahasa Inggeris kepada Mat Rock, seorang yang peramah dan baik hati.
  • Kalai sebagai MJ, merupakan peminat Michael Jackson
  • Lim Jian Wen sebagai Low Teh Yang, anak kepada Uncle Stanley dan juga salah seorang pekerja bengkel Spanar Jaya.
  • D'Boy Hamdan sebagai Sahak Sentil

Pelakon undangan sunting

  • Ahmad Idham sebagai Iskandar,bekas ketua Chief Foreman Spanar Jaya yang kini memiliki perniagaan menjual kereta mewah sendiri bersama Pak Selamat
  • Nabila Huda sebagai Mona,bekas isteri kepada Zaki
  • Ramasundram Rengan[6] sebagai Moorthi,rakan karib lama kepada Pak Selamat
  • Radhi Khalid[6] sebagai Abdulla,seorang warga Bangladesh yang bermastautin di Malaysia.Merupakan rakan lama kepada Mat Rock dan juga bekas pekerja bahagian cuci kereta di bengkel Spanar Jaya.

Lagu tema sunting

  • Tajuk: Spanar Jaya X
  • Artis: Kapow
  • Komposer: AG Coco

Episod sunting

No. episod
keseluruhan
No. episod
musim
Tajuk Tarikh siaran pertama
11"Ini Harta Mat Rock Yang Punya"2 Februari 2019
22"Kenapa Nak Tahu?"9 Februari 2019
33"Viralkan Spanar Jaya!"16 Februari 2019
44"Desperate Ex-Wife"23 Februari 2019
55"Stileto Merah"2 Mac 2019
66"Brader Jangan Bimbang"9 Mac 2019
77"Sweat, Blood & Cheers"16 Mac 2019
88"Tailor Swiff"23 Mac 2019
99"Minda Juta-Juta"30 Mac 2019
1010"Sentuhan Kecundang"6 April 2019
1111"Soft Rock"13 April 2019
1212"Kecoh & Kucing Memancing"20 April 2019
1313"Sekian, Terima Kasih!"27 April 2019

Penerbitan sunting

Untuk musim pertama penggambaran Spanar Jaya X telah dibuat di Jelas Juta Studio di Sungai Buloh, Selangor.[7] Tempoh penggambaran ini telah dilakukan sekitar hujung tahun 2018 dan awal tahun 2019.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sitkom Spanar Jaya Kembali Selepas 20 Tahun!". RojakDaily. 21 Disember 2018.
  2. ^ "Spanar Jaya 20 tahun". Harian Metro. 20 Disember 2018.
  3. ^ "Spanar Jaya X Imbau Nostalgia Penonton…". Donna. 28 Januari 2019.
  4. ^ "Spanar Jaya". Kool FM. 28 Januari 2019.
  5. ^ "Lepas Bintangi Spanar Jaya X, Sangeeta Teringin Jadi Pelakon Komedi?". xtra. 18 Disember 2018.
  6. ^ a b "Sitkom Spanar Jaya Kembali Selepas 20 Tahun!". RojakDaily. 21 Disember 2018.
  7. ^ "#Showbiz: Welcome back, Spanar Jaya!". New Straits Times. 11 Januari 2019.

8.https://m.facebook.com/sukafilem/posts/spanar-jaya-musim-baru-kini-dikenali-sebagai-spanar-jaya-x-jika-dahulunya-siri-i/2110620285669981/

Pautan luar sunting