Sangeeta Krishnasamy

Pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia

Sangeeta a/p Krishnasamy (lahir 12 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan dalam filem Goa arahan Venkat Prabhu dan sebagai peneraju wanita dalam filem ZHA di kalangan pelakon filem India Selatan yang terkenal.

Sangeeta Krishnasamy
Kelahiran (1985-10-12) 12 Oktober 1985 (umur 35)
Pusat pendidikanUniversiti London
PekerjaanModel, pelakon, pengacara, peguam
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian1.52 m (4 ka ​11 1316 in)

Kehidupan awalSunting

Sangeeta dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan lulusan undang-undang di Universiti London, dan memulakan kerjayanya sebagai model semasa belajar ketika ditawarkan untuk model untuk kempen dalam talian Nikon, beliau fasih berbahasa Tamil, Melayu, Inggeris dengan lancar.

KerjayaSunting

Sangeeta telah membintangi beberapa filem dan drama,[3] serta telah mengacarakan beberapa rancangan TV.[4]

Pada tahun 2015, beliau merupakan pelakon utama untuk dua filem iaitu Vetti Pasanga dan Vennira Iravugal. Vennira Iravugal menjadi filem Tamil Malaysia yang terkenal selepas ditayangkan di beberapa festival filem di seluruh Eropah, dan selepas memenangi anugerah juri khas di Festival Filem Tamil Norway pada tahun 2014 dan seterusnya membawa pulang semua 5 anugerah dalam semua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia pada tahun 2015. Beliau merupakan seorang pelakon terbaik di Sinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 untuk kategori pelakon terbaik dalam kategori filem dan telefilem.[5]

Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Cikgu Cheryl dalam filem drama biografi 2017, Adiwiraku arahan Eric Ong yang dikeluarkan pada 19 Mac 2017.[6]

Beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah berlakon bersama dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah arahan Nik Amir Mustapha. Filem ini ditayangkan pada 13 September 2018.[7]

Sangeeta menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Uqasha Senrose.[8]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Bahasa Catatan
2009 Goa Kawan Jessica's Tamil Filem Kollywood
2010 I Know What You Did Last Deepavali Tamil
2012 Zha The Movie Tamil
2014 Vennira Iravuggal Megala Tamil Anugerah Khas Juri Norway Film Fest & Semua 5 kategori di MKU 2015
3 Genius Tamil
Aaram Seiya Virumbu Tamil
Vetti Passangga Tamil
2015 Maravan Tamil
2017 Adiwiraku Cikgu Cheryl Melayu, Inggeris, Tamil
Kambathe Kannemma Tamil
Identity Tamil
Ennaval Tamil
2018 Rise: Ini Kalilah Shanti Melayu
Vedigundu Pasangge Vithya Tamil
2020 Daulat Melayu
Proksi   Melayu Pos-produksi

DramaSunting

Tahun Tajuk Bahasa Catatan
2009 Manippu Tamil
2009 Satyam Sivam Sundram Tamil
2009 Deepa Kondattam Tamil Istimewa Deepavali
2010 Bangsar Villa's Tamil
2010 Narmadha Tamil
2010 A Night Before Christmas Tamil dan Inggeris Istimewa Krismas
2011 Natpu Natpu Tamil
2011 Netru Illatha Matram Tamil [9]
2011 Natpugal Pirivathillai Tamil [10]
2012 Last Chance Tamil
2014 Unarvu Tamil
2015 Mounam Tamil
2017 Oh My English Level Up! Melayu dan Inggeris
2018 Jibril Melayu
2019 Detak Cinta Stetoskop Melayu
2019 Spanar Jaya X Melayu
2020 Berdua Melayu

TelevisyenSunting

Tajuk Bahasa Saluran Catatan
ATTAM 100 VAGAI Tamil Astro Vaanavil
Sukaneka 1 Malaysia Melayu TV2
Yellaithandi Varuvera Tamil Astro Vaanavil Rancangan khas Pongal
Kaadhal Oviyam Tamil Astro Vaanavil
Anugerah Industri Muzik Malaysia-India Inggeris Astro Vaanavil Persembahan Anugerah

IklanSunting

  • L'Oréal Hair Asia Pacific Malaysia
  • ntv7 Stars of Diwali
  • Nikon ambassador web
  • Tourism Malaysia 2010-2012
  • Swami Sivananda Hair Oil.
  • Hari Pahlawan 'Kerinduan'
  • Duta SPS Jewelries Nilai

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Penerima Keputusan
2015 Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori Filem Vennira Iravuggal Dirinya sendiri Menang
Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori DVD dan Telefilem Unarvu Menang
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Wanita Terbaik Adiwiraku Dirinya sendiri Menang[11]
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017 Menang[12]
Anugerah Skrin 2017 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang[13]
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Wanita Baru Popular N/A N/A Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular N/A N/A Tercalon
2019 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 Pelakon Wanita Terbaik Adiwiraku Dirinya sendiri Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ T.K. Letchumy Tamboo (7 Julai 2019). Breakout star of Malaysian film Sangeeta Krishnasamy spreads her wings with producer role South China Morning Post. Dicapai pada 7 April 2020.
  2. ^ Dennis Chua 4 Oktober 2017). (Showbiz) Double joy for actress Sangeeta New Straits Times. Dicapai pada 7 April 2018.
  3. ^ Sangeeta: TV and drama Sangeeta Krishnasamy. 12 September 2017.
  4. ^ Sangeeta: Hostings Sangeeta Krishnasamy. 12 September 2017.
  5. ^ A conversation with Malaysian actress Sangeeta Ksrishnasamy Daily Seni. Dicapai pada 14 April 2017.
  6. ^ Dennis Chua (27 September 2017). "Actress Sangeeta looks forward to starring in more Malay movies". New Straits Times. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  7. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). ‘Rise: Ini Kalilah’ captures the spirit of New Malaysia Star2. Dicapai pada 26 September 2018.
  8. ^ "Lepas Bintangi Spanar Jaya X, Sangeeta Teringin Jadi Pelakon Komedi?". xtra. 18 Disember 2018.
  9. ^ http://mytamilchannel.com/index/netru-illatha-matram-the-making/
  10. ^ http://www.sabthamsvision.com.my/production/view.php?id=70#video
  11. ^ T K Letchumy Tamboo. "FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy". astro awani. Dicapai pada 2017-12-30.
  12. ^ "Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur". ampfkl.blogspot.my.
  13. ^ "Senarai pemenang Anugerah Skrin 2017".

Pautan luarSunting