South China Morning Post
South China Morning Post (bahasa Cina: 南華早報, dipendekkan kepada SCMP) (bahasa Melayu: Pos Pagi Cina Selatan) serta edisi mingguannya Sunday Morning Post (Pos Pekan Ahad) merupakan akhbar berbahasa Inggeris yang utama di Hong Kong.
Jenis | Akhbar harian |
---|---|
Format | Terbitan lebar sehelai |
Diasaskan | 6 November 1903 (44142 isu) |
Ibu pejabat | Hong Kong |
Edaran |
|
Pemilik | Alibaba Group |
Pengasas |
|
Penerbit | SCMP Publishers |
Presiden | Gary Liu, CEO |
Ketua pengarang | Tammy Tam |
Pengarang | Chow Chung-yan |
Timb. pengarang | Zuraidah Ibrahim |
Pengarang urusan | Brian Rhoads |
Pengarang berita | Yonden Lhatoo |
Pengarang pendapat | Robert Haddow |
Pengarang sukan | Noel Prentice |
Penyunting gambar | Yves Siowheur |
ISSN | 1021-6731 |
Nombor OCLC | 648902513 |
Laman sesawang | www |
South China Morning Post | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 南華早報 | ||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 南华早报 | ||||||||||||
|
Media ini ditubuhkan pada bulan November 1903 oleh Tse Tsan-tai, seorang revolusioner yang menentang Empayar Qing, dan Alfred Cunningham, seorang wartawan British, di bawah nama 《南清早報》 (Naamcing Zoubou), atau dalam bahasa Inggeris: South Qing Morning Post ). Nama asal tersebut ditukar kepada nama terkininya pada 1913, berikutan Revolusi Xinhai yang menggulingkan empayar tersebut lalu mewujudkan suatu republik yang mengambil alih kekuasaan China.
Syarikat induknya, South China Morning Post Ltd diambil alih News Corporation milik Rupert Murdoch pada tahun 1987. Saham utamanya (sebanyak 34.9%) dibeli Kerry Media milik Robert Kuok beberapa tahun kemudian dengan nilai sebanyak US$375 juta.[2] Anak Robert, Kuok Khoon Ean, menjadi pengerusi akhbar itu pada tahun 1997.[3] Pada 11 Disember 2015, terdapat laporan yang menyatakan aset media syarikat induk akhbar ini akan dibeli syarikat Alibaba Group.[4] Pembelian tersebut disempurnakan pada 5 April 2016.[5]
Rujukan
sunting- ^ "South China Morning Post Advertising & Marketing Solutions, About SCMP". advertising.scmp.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-29.
- ^ "How the SCMP sale adds up for Kuok and Ma". EJ Insight.
- ^ "Khoon-Ean Kuok: Executive Profile & Biography - Bloomberg". www.bloomberg.com. Dicapai pada 30 Mei 2018.
- ^ "Alibaba to Buy South China Morning Post". The Wall Street Journal. 11 Disember 2015. Dicapai pada 11 Disember 2015.
- ^ "Paywall down as Alibaba takes ownership of SCMP".
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi
- South China Morning Post official account on Twitter
- Inkstone News on daily digest of China-focused stories
- Abacus News on China tech news, internet culture & gaming
- Goldthread on Chinese culture and new generation
- South China Morning Post (Chinese) di Twitter (discontinued in 2016)