Robert Kuok Hock Nien

(Dilencongkan dari Robert Kuok)
"Robert Kuok" dilencongkan di sini.
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Kuok.

Robert Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: 郭鹤年; Cina Tradisional: 郭鶴年; pinyin: Guō Hènián) (lahir 6 Oktober 1923) merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar AS$12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.[1]

Robert Kuok
郭 鶴 年
KelahiranKuok Hock Nien
(1923-10-06) 6 Oktober 1923 (umur 96)
Johor Bahru, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanHong Kong[1]
Nama lainChing Ching
KerakyatanMalaysia[1]
PekerjaanPengerusi, Shangri-La Hotels and Resorts Chain
Nilai bersih AS$ 12.5 bilion (anggaran)
(Mac 2011)[1]
PasanganHo Poh Lin, 謝碧蓉
Anaklapan[1]

Kehidupan awalSunting

Kuok dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 6 Oktober 1923. Beliau mendapat pendidikan menengah di Johor Bahru, dan kemudian belajar di Institusi Raffles Singapura.

Kerjaya perniagaanSunting

Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinasional, Kumpulan Kuok.[2] Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.[1]

Aktiviti kebajikanSunting

Kuok dan sepupunya, Kuok Hock Chin menubuhkan Yayasan Kuok pada tahun 1970 untuk mengurangkan kemiskinan dan jurang ekonomi antara masyarakat kaya dan miskin di Malaysia. Keluarga Kuok sangat mempercayai tanggungjawab sosialnya untuk berkongsi kekayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f "Robert Kuok still Malaysia's richest man". New Straits Times. Dicapai pada 17 Februari 2012.
  2. ^ "Bloomberg Billionaires Index". Bloomberg LP.